Hai semua..
Bulan ni bukan sahaja bulan kemerdekaan tapi bulan ni ada kisah yang Allah tuliskan untuk wieya sebagai mama.Wieya diuji dengan miscariage anak ketiga diusia 11 minggu :'(
Baby tak membesar seperti sepatutnya. Pada mulanya adik perempuan wieya keguguran. Selang 2 minggu wieya sendiri merasainya. Memang tak pernah terfikir akan terjadi dan kun faya kun. Siapa kita untuk menolak takdir Ilahi..
Bermula dengan spotting darah campur lendir. Pegi klinik check up baby kecik dari sepatutnya. Doktor minta scan lagi 2 minggu. Dokktor bagi ubat kuatkan rahim.
Masih bleeding seminggu tapi tak banyak. Terus tak sedap hati bila rasa cramp perut dan rasa macam nak senggugut. 1/8 terus ajak suami pergi klinik sebab risau dan sakit. Suami balik kerja terus ajak.
Rupanya scan memang baby dah tak ada. Doktor buat speckulum, bukaan dah ada. dan ada cebisan daging darah yang dah doktor ambik. Seterusnya kena buat dnc serta merta. Takutnya wieya masa tu Allah sahaja yang tau
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥