Sunday, 21 August 2022

Hello 2022 ! I’m back

                 Assalamualaikum semua 

Lamanya tak menaip disini. Rupanya 2021 tiada langsung coretan yang wieya taip buat tatapan masa hadapan. Tahun lepas banyak yang berlaku. Masih suasana covid dan sebagainya.

Hari ni tup tup dah masuk bulan Ogos. 2022 yang sangat cepat dan pantas masa berlalu. Amsyar pun hampir memasuki umur 6 tahun dan Akasyah sudah berusia 3 tahun 🥰

Rindu blogging. Jadi malam ni terasa nak menaip untuk lepaskan rindu dihati. Kekangan masa menjadi mama dan isteri banyak wieya update di ig story dan wasap story sahaja.

Banyak yang berlaku tahun ni. Pahit manis semuanya ada. Cuma tahun ni masih berempat. Belum rezeki nak berlima ☺️ alkisahnya ada kisah disebalik ini. Nanti wieya update entri lain.


Rindu berblogging. Harapnya lepas ni lebih rajin menaip macam dulu dulu. Dan share yang best best dalam blog kesayangan sejak 2010 ni.

 Bulan ni bulan kemerdekaan. Dan tahun ni special dapat beraya bersama tersayang setelah 2 tahun tak dapat beraya. Maka nikmat mana lagi nak kudustakan..

Sekian dahulu, nanti wieya update lagi.💓








0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi