Monday, 12 December 2011

Sedappnya Kuih periSa Pandan yg Comei tue ;)

Petang yang hujan, sedap minum petang. Tetiba mak ajak wia kukur nyok. Hee. Opss itu dalam bahasa Kedah tapi dalam bahasa biasa, mesin kelapa sebelah nak buat kuih feveret adik comel wia :) Memandangkan dah lama wia tak makan, bersemangat juga masuk dapur petang time hujan sebab nak makan & minum petang kuih panas panas.

Nak tahu kuih yang mudah dan cepat di buat dan dibancuh oleh mak. Kuih Cara ! ;) Senang saja. Nak lebih wangi kisar tepung dengan daun pandan. Dapat la bancuhan hijau yang asli.

Mudah saja siapkan. Wia tak pandai nak sediakan resepi. Walaupun suka kan pada makanan dan suka snap gambar makanan. Apa yang penting, masakan ktepung dalam acuan yang sesuai. Sebelum kuih masak, masukkan gula sebagai pemanis. Gula tepung je tau ;) Nanti cairlah sendiri dalam tepung yang panas dimasak.

Nak cepat masak atas dan bawah. Tutupkan dengan tudung penutup yang sesuai. Wia pakai tudung periuk yang muat muat dengan acuan. Buka api yang perlahan saja tau. supaya tak nampak hangit dan tak sedap sebab keras. ;)

Abaikan acuan yg tertumpah gula. Gula hangus ;)
Masa tengah masak atas dapur :]
Time panas, cepat je dah habis ;)
Akhirnya kuih cara comot wia siap ;)
Alhamdulillah kenyang, petang tu makan kuih cara yang lembut dan masih panas. Manis manis lagi. Memang nikmat.  Okey itu saja nak update. Selamat berblogging. ! Ini minum petang yang special penah wia rasa. Sebab semua ada. Maksud wia, minum petang bersama famili memang santai. :)

1 comment:

  1. wahh ! lma x mkn kuih 2.. rsa lapar bila tgk kuih tuee..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi