Wednesday, 14 December 2011

DIY Dinding Bilik Anak DaRa ;)

Penah guna dan lekatkan dinding dengan pelekat dinding (DIY) dak.?  Bagi wia, wia penah dengar tapi baru pertama kali guna. Hee. Al-maklumla sibuk kemas bilik, teringin nak cantikkan dinding bilik anak dara yang sebelum ni suram dengan bunga bungaan pelekat dinding. Bunga kaler merah jadi pilihan. ;)

Tergerak hati nak letak sebab teringat yang wia penah terlihat yang orang decorate guna sticker wall ni.. Macam macam corak ada.#Orang dah lama sampai bertahun buat dan lekat, wia baru nak try..;) Biarlah dari tak penah langsung kan.? Pelekat tu wia beli kat pasar malam saja. Murah dan jimat. Corak pun beraneka. Sampai rambang mata dibuatnya. Haha..

Corak bunga merah jadi pilihan wia ;)
Corak angry bird utk adik adik wia yg lelaki :D
Dua corak pilihan aritu ;)
Inilah hasilnya selepas DIY oleh wia ..Comot ;p
dan diposisi ini jugak :]
Rasa puas hati juga dapat decorate camni. Serius teruja masuk bilik ada munge munge. Tapi rasa cam nak penuhkan bilik dengan bunga bungaan yang kaler warna warni ;) Bilik adik adik lelaki belum DIY lagi sebab bilik depa tengah kosong untuk dimasukkan kipas dinding baru malam ni ;p

Selamat berblogging uoOls. Wia suka DIY sticker wall yang ada basikal comel comel cam keremajaan. Hadoii tapi tak dapat hari tu, sebabnya banyak corak bunga saja. Apepun semua tu boleh tukar ikot mood kan.? Kos tak mahal pun. Teehee :"D

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi