Wednesday, 28 December 2011

Jatuh Cinta Lagi !! ❤

Bahagianya malam ni.. Berdebar debar pun ada. Mungkin tuhan hadiahkan hikmah disebalik kesedihan yang wia rasa petang tadi. Subhanallah. Sekelip mata perasaan bertukar. Syukur sangat sangat ! :) Tengok mood wia cepat bertukar kan.? Bukan susah pun. Hanya situasi saja yang berubah.

Malam ni entah kenapa broadband pun laju seiring dengan mood wia sekarang. Yakni bahagia. Bertambah bahagia dan ceria la rasa. Bukan bahagia dirisik atau dilamar ye uoOls. Tapi mengenai hubungan jarak jauh yang sangat pelik wia rasa. Hee.

Pandanglah menggunakan hati, pasti terlihat hikmah di sebalik setiap kejadian dan ketentuan Allah s.w.t itu, Insyaallah :)
Kegembiraan malam ni memang agak luar biasa. Mungkin rahmat dariNya dari liku liku yang buat wia rasa sampai tercipta entri petang tadi. Apapun syukur alhamdulillah, semuanya dah kembali normal seperti sediakala. Tiga tahun dah kukuhkan hati wia dan si dear  ^-^


Biarlah segalanya berkahir dengan baik dan bertambah baik. Semuanya dari kehendakNya. InsyaAllah ada masa wia nak buat "Book Of Love" pasal ehem ehem wia dan si dear la. Maaf# Malam ni jiwa rasa bahagia pulak. Sukar digambar.. tapi mungkin itu yang dinamakan jatuh cinta. Jatuh cinta yang entah keberapa kali ! Blushing* Biarlah hanya tuhan yang tahu rasa hati ini.

Moga malam ni mimpi yang indah indah. :) Semoga kalian juga bahagia seperti apa yang wia rasa sekarang. Amin. Rindu. Sayang. Cinta. Lumrah dalam perhubungan yang penting. Kami sangat pelik malam ni. Kelakar bila fikir balik. Ok malam semua. Psst jangan lupa sebelum tidur maafkan orang lain dan berminta maaf la sesama insan. InsyaAllah..berlapang dada la untuk esok harinya :)

with love

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi