Monday, 28 February 2011

Bff Ibarat Mutiara Di Tengah Lautan..

Assalamualaikum :) haishh.. susahnya nak cari kawan ! Pulakk. Tetiba aku cakap susah nak cari kawan. Sebelum ni susah nak cari umah. Tadi cakap susah nak tau hati budi. Hmm macam macam dah terfikir di benak hati. Wahwah jeles tengok kawan bl0gger semua pelekat gambar cantik cantik dan cun kat bl0g bersama BFF masing masing. Tapi aku je tak ada. serius cemburu. Bukan tak ada tapi nak kata yang rapat sampai tak ada yang sehidup semati tu susahla. Aku memilih ke? mungkin jugak. Kadang kadang aku rasa aku ni sensitip sangat sampai tak ada yang nak berkawan. Haha. Biarlah nak stori sikit, membe ni kadang kadang susah nak cari yang sekepala. Dari pengalaman aku, ramai yang aku tengok kawan makan makan la. Kutuk belakang..gosip sana sini. Susah laa nak ada kawan. Haishh.
Kawan Seribu Macam Tapi Yang Besties Susah Nak Dicari..
| Credit: google |

Mengeluh lagi dan lagi tak henti henti. Sebab kan teringinnya nak ada kawan susah dan senang katsini. Tapi yang ada semua yang dah berjauhan. Kadang kadang banyak dah berubah perangai mengikut usia dan sebagainya. UoOls..cemana ye nak cari sahabat yang benar benar sahabat. Yang bila berkawan tak akan cakap belakang kita. Tak akan kutuk kutuk. Sebab aku dah cukup sakit hati bila tengok ada yang baik di depan di belakang Allahu Akhbar..mengutuk sesuatu yang mengaibkan. Bila dapat tahu, hanya Allah yang tahu perasaan tu. Cukup terkilan rasanya, untuk mempercayai seseorang yang bergelar sahabat, kawan dan teman. Besties? 
| Sweet teddy like me and him ;) |

Oh kalau aku sendiri suka memilih, masih wujud ke perkataan besties tu dalam kamus hidup aku. Entahlah, kadang kadang rasa heppi tengok kawan kawan bergambar bersama kawan susah senang. Tapi aku yang ada diriku adalah sahabat sendiri dan mak adalah segala galanya bagiku yang tahu zahir batin isi hatiku. Sebut pasal mak saat ni rasa sebak pulak. Mungkin aku rindukan mak dan saat luahkan apa yang terasa, terluka dan pendek kata segalanya. Memang tak sah kalau tak call sehari tau..hmm rindunya kat mak..muahh! <33
|Madam Faridah, my bel0ved mum|

Okey kalau orang lain mesti suka luah macam macam dekat besties yang sebaya kan?..tapi kalau aku, inilah insan satu satunya yang aku luah. Memang paling memahami dalam dunia. Incik dear pun kalah. Hmm.. sayang mak erat erat. Aku sanggup hilang kawan tapi tak sanggup kehilangan mak. Aku sanggup hilang kawan dari kehilangan ayah. Aku sanggup hilang kawan dari hilang incik dear.. sebab insan tersayang bertiga inilah yang selalu ada tika aku susah dan senang. Memang terasa bahagia dapat meluahkan segalanya pada insan insan ini.. Jangan tak tahu satu satunya saudara perempuan aku, iaitu adik aku jugak besties terhebat walaupun aku kuat gado dengan dia waktu kecik kecik. Dengan incik dear pun sama.. walaupun aku suka leter kat dia tapi dia tetap gigih dengar ;) sayangg sangat semua!

Hmm itu saja besties aku dunia akhirat :) Yang lain nanti nantilah dipertimbangkan. Kalau BFF tunggu lama sikit tapi kalau sekadar teman berbual dan teman ke kelas..banyak :) Okeylah nak layan cerita indonesia jap.."Ketika Cinta BertaSbih"..macam best! Aku minat cerita dari Habiburrahman El Sharizy.. Walaupun tengok berulang kali. Rindunya family.. Jumpa entri seterusnya. Sekejap je dah 28hb Februari. Esok dah masuk bulan baru. harap lebih baik dari bulan nie. Sebabnya..bulan 3 banyak yang istimewa. Pasti entri cecah 70 plus plus macam tahun lepas. Ahaks..walla! Harap besties sebaya akan muncul tidak lama lagi. Siapa nak berkawan dengan ai?... garang dan sensitip =P

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi