Monday, 21 February 2011

HOT !! KeSabaran Diuji Dalam Cuaca Yang HOT.

Assalamualaikum. Aku mulakan dengan kata kata yang selalu kita dengar iaitu kesabaran manusia ada hadnya. Itu yang buat aku menahan marah yang teramat bila ada sipulan yang b0ngkak buat aku sumpah seranah sebab menahan marah yang teramat. Kalau aku yang hanya insan biasa ni tambahan seorang yang cepat sensitip mana tahan dengan perangai manusia yang suka jatuhkan orang. Memang nahas la jawabnya. Sebelum aku taip lebih panjang biarlah aku terangkan satu satu yang ini bukanlah entri marah atau emosi tapi hanyalah sekadar ambik pedoman. Yang baik dijadikan teladan yang buruk tinggal tinggalkan.

Okey baru sat tadi, aku dengan seorang junior pegi satu booth yang dibuka sempena PC Fair yang berlangsung hari ni hingga Jumaat ni.. kebetulan ada khemah khemah depan pagar guard hodtel jadi biasalah dah naluri perempuan suka jalan jalan ambik angin, cuci mata tengok aksesori. Tetiba sampai kat tempat yang paling aku tak suka bila ada orang buat research! Menyampah kot. Tapi tak semena mena aku boleh TERdengar atas sebab membe aku pun nak cuba. Ingatkan briefing dalam 5 minit ke 10 minit. Sesungguhnya larik dari jangkaan . Sebab dah macam setengah jam tau :(

sabar Pictures, Images and Photos
Ya Allah masa tu hanya tuhan yang tahu perasaan aku yang telah dijatuhkan oleh seorang sipulan yang b0ngkak sombong aku gelar dia. Sebabnya bukan nak mengata tapi atas sebab tahap kemarahan dah tahap maksima. Memang aku geram dengan sipulan yang agama, bangsa sama dengan aku. Tapi jantina yang berbeza. Uools try bayangkan.. apa yang uoOls rasa bila orang cakap pada kamu, yang kamu ni biar rendah tapi ilmu tinggi. Biar macam DORAEMON tapi orang tak hina kamu. 

Sy tak guna laptop tapi dia jual barang Yahudi. Ke tak pelik ke orang macam tu? Euww ?! tolonglah sedar wahai mamat cetek ilmu, Kalau ko tu terer BI tak la ko tu keje nak cari komisyen je kat booth cari pelanggan. Kalau ko nak hina U aku pun.. pandang pandang la katmna ko jejak sekarang? Huu dasar cetek ilmu! Bengang sangat dengat mamat TUA tak sedar diri.. ada ke nak interaksi dengan pelanggan kuku panjang, taik mata dua dua belah ada, dengan mulut berbau. JIjik ko tau! Lepas tu ko hina aku bulat bulat. Ko jatuhkan aku sikit sikit. Grrrr.. siapa tak bengang?!

Rakan rakan bl0gger, aku bukan nak cakap aku betul dan dia tak.. cuma aku nak bayangkan desini. Kalau uOols la,nak ke beli barang pada orang yang condemn kita? nak ke tertarik dengan produk tu kalau yang si tukang berceloteh depan mata selekeh? Nak ke uoOls tertarik dengan barang tu kalau dia cakap merepek pasal kita, hina sana sini..lepas tu bongkak?! Baiklah serius aku terasa dengan manusia tak sedar diri. Aku tahu aku perlu sabar. Kalau tak sabar tadi memang payung naik muka sipulan bongkak tu dah tadi. Kebetulan cuaca petang tadi memang dah panas betul.. memang HOT super dupper la jawapnya. Hmm.
Kesimpulan, janganlah memandang rendah pada orang lain even awak pandai mana sekali pun. Sebab setahu aku, manusia di dunia ni tak ada sesiapa yang BODOH. Cuma yang ada, mereka belum ada peluang nak berjaya. Bukan seperti yang sipulan bongkak tu cakap. Nak jual buku BI, tapi sepatah haram BI pun tak pandai cakap. Siapa nak pecaya siapa nak beli?! Aku lagi la naik menyampah siap hangin satu badan bila dia hina aku boolat boolat. Ya Allah, andai dikau dengar doa orang yang teraniaya.. dikau HARAM kan rezeki yang dia dapat. Amin* Kecuali dia meminta maaf padaku.. 

Okey geng.. aku cuma nak cakap, jangan la sesekali nak tarik pelanggan tapi tak pandang kiri kanan. Nasib ko tu pelajar kolej under UIA. Belum student dia lagi.. tapi dah kerek macam pelajar dia. Wekk:P Sumpah nampak dungu nya mamat tua tu desitu. Kesabaran aku tercabar tadi. Ditindah dengan kata kata yang amat pefih untuk ditelan. Aku cuma harap dia sedar yang dia tu hanya kuli dan bukan siapa siapa. Bukan nak hina.. tapi kalau ikutkan apa yang dia hina, memang dalam makan hati. Aku manusia biasa, hilang sabar dan marah adalah satu emosi biasa. Tapi siapa yang mahu diri dihina bukan? Macam itu la aku.. perlakuan dan perwatakan melambangkan individu seseorang. Jadi kalau nak orang hormat, hormatlah diri sendiri dan orang lain dulu. Akhirul khalam jumpa lagi entri seterusnya.
P/s: petang ni kesabaran aku di uji.. Hanya tuhan yang Tahu.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi