Monday, 28 February 2011

Bicara Hati Mungkin Akan Berulang Lagi..Sebab Hati Adalah Raja Kepada Akal Fikiran.

Assalamualaikum :) perkhabaran hari ni memang bermula dengan yang baik dan manis manis belaka. Tapi telah diragut pada sebelah pagi nak ke tengahari tadi pabila ada dua yang boleh dikatakan muda dari aku agak kurang diajar sebabnya menggunakan kata kata yang agak sopan pada seorang yang lebih tua darinya iaitu aku. Ok aku ngaku aku kuat sensitip tapi aku jugak ada perasaan untuk meluah. Dan di blog aku meluahka segalanya. Setakat ni cuma seorang membe aku yang tau aku ada bl0g. Tapi bila ramai yang tau, kemungkinan besar aku akan tukar url blog. Harap Maklum.
Okey sambung cerita bab tadi. Entah apa malang nasib tetiba je free kena sound dengan budak yang kurang diajar. Cakap biadap hinggakan dia ingat dia sorang boleh marah. Haiyak apa punya manusia la. Bukan ke kita hidup di Bumi ni perlu saling tolong menolong..bukan nak fikir perasaan hasad dengki je. Aku mengaku aku dah nampak banyak ragaam manusia kebelakangan ni. Sebab aku SENSITIP mungkin. Tapi bukan bermakna aku perfect cuma rupanya tuhan nak tunjukkan aku desini dunia realiti sayangg.. hanya nak dengan tidak je. Jadi aku redha dengan apa yang berlaku. Simpan banyak banyak perkara sampah pun buat kusut kepala je. Banyak lagi yang nak kena fikir.
Baiklah bab pertama selesai. Bab kedua pun macam betul betul menyakitkan hati. UoOls bayangkan dalam rapat berkawan.. tetiba dia cam halau kita balik dulu untuk diorang buat hal yang tapi entah kenapa tak ajak aku. Sebenarnya aku bukan terkilan depa tak ajak aku.. tapi aku teramat sakit hati pabila budak tu sengaja berperangai macam tu pabila ada orang lain. Bayangkan kalau tak ada sesiapa, maka dengan lembik tengkuk dan ayat manis je ajak aku kesana dan kemari. Sumpah pentingkan diri! Hudoh punya perangai! Grrrr..
Bicara hati Mungkin Akan Berulang Lagi..
Sebab Hati Adalah Raja Kepada Akal Fikiran.. Bukan sebaliknya.
Sebab tu sekarang aku lebih berhati hati dalam berkawan. Sebab manusia sekarang amat pelik. Mungkin dari dulu tapi yang sekarang aku dok jumpa, berselisih bahu pun tak bertegur sapa.. Cuba bayangkan andai ada kebaikan yang ditagih, pasti lembik lembut gigi dari gusi. Sabar ajelah.. hidup tanpa kawan sunyi. Hidip berkawan..kawan makan kawan. Memang susah nak cari sahabat sejati. Setiap orang berlainan.. aku terasa seperti layang layang terputus tali. Sebabnya bukan tiada arah tuju. Tapi adalah sebab peribadi kenapa aku cakap macam tu. Kadang kadang oraang tak interested pun nak baca cerita kita. Tapi orang menilai kita dari kata kata mukadimah dan isi pentingnya, Hanya memahami tahu apa yang tersirat dan tersurat.
Rinduka besties, Munirah, Fatimah dan Khairiah Sazwani.. tapi diorang jauh dari aku. Rasa macam nak nangis bila keseorangan desini. Walaupun ramai kawan tapi yang betul betul kawan adalah 3 orang ini.. sabarlah hati. Biarlah hari ini orang buat dekat kita, insyallah suatau hari nanti tuhan akan membalas segala perbuatan yang tidak baik. Jaga jaga cik selemah.. ada ubi ada la batasnya. Hati yang sakit bukan mudah nak rawat. Betul betul terkilan perangai budak 2 orang tu hari ni. Terasa nak bagitau satu dunia yang aku betul betul sakit HATI..

Eh tak habis lagi ke cik blog nie dok sakit hati. Yup memang belum reda sebab banyak dugaan yang datang menimpa. Aku akan senyum bila betul betul pelangi riang  muncul sebagai pewarna kebahagiaan. Ya Allah..berikan petunjuk.. amin* Sehingga desini..cuma satu pintaku, moga perbuatan yang mereka buat pasti ada balasannya. Kalau penyakit lain boleh di ubati.. tapi prnyakit HATI..lama dan susah nak jumpa penawarnya. Bole tak nak cakap..walau cemanapun aku tidak berseorangan.. aku masih ada keluarga dan Allah jugak si dear yang sentiasa menjadi pendengar suka dan duka. Jumpa lagi entri seterusnya..l0ve and miss my family so much! Walla..

P/s: Cepatlah pergi duka lara, datanglah bahagia..aku menunggu saat itu. Salam ceria buat bl0gger.. Terima kasih kepada yang memahami <33

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi