Thursday 24 February 2011

Doa Dalam Amalan Harian. Permudahkan Segalanya Ya Allah..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum. Bicara mengeni kisah hidup yang akan menginjak usia yang boleh dikatakan dewasa ini dalam 22 tahun memang terasa. Lumrah hidup sebenar dan pelbagai lagi. Aku tahu ini adalah hidup sebenar. Yang penting kena tabah. bukan tak pernah berendam air mata. Tapi banyak kali. Siap lebam mata bak panda. Tunggu nak sembuh ambik masa. itu yang aku rasa. Tapi aku tak boleh selalu lemah. Aku perlu kuat. Kata incik dear, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Aku pun yakin dengan apa yang aku rasa kini. Tuhan hanya menguji kecil dugaaan padaku. Adakah aku dapat tempuhinya atau sebaliknya.

Tinggal lagi dua mingu! Cepatnya. Masa kian berlalu. Hari kena tempuhi walau jerit perih sekalipun. Aku gagah. Sebab aku kan KUAT ;) Tak kira apa yang berlaku, aku nekad. Aku mesti boleh. Kadang kadang aku memerhati duniawi ini dengan sedalam dalamnya. Manusia dan makhluk ciptaanNya. Bermacam ragam. Aku duduk sendiri dan fikir.Apa agaknya yang mereka cari dalam hidup masing masing ye? Adakah kebahagiaan atau entahlah. Ragam manusi memang banyak kalau nak eloborate. Hari ni aku rasa kuat kerana hari semalam. Tetiba tenet malam tadi merajuk. aku usap lappy ni.. pujuk bagai. Last sekali penyelesaian adalah berdia agar aku sentiasa SABAR.

Diuji tuhan dengan dugaan mengingtkan aku suoaya tidak terlalu leka. Esok masih ada.. hari ni baru bermula dan kelmarin adalah kenangan untuk dijdikan rujukan masa masa akan datang. InsyaAllah :) Okey hint dah dapat cuma kena kerja keras sikit. Mudah mudahan aku peroleh hasil yang lumayan..amin* Meamng tak mahu toleh kebelakang. Maaf entrin kali ni banyak tersirat dari tersurat, tapi aku tau tak ramai yang baca entri nie... jadi biarlah luahan ini sekadar menghapdate blog supaya tak karat..senyum* Cukup sensitip + cukup sakit + cukup segala perisa. Terima dengan hati terbuka dan redha,. Insyallah aku akan redah tanpa rasa ragu ragu. Tiada lagi air mata yang tumpah membaziri bantal dan selimut. Cukup aku duduk senyap. Senyap lebih baik dari berkata kata.

Sebab aku dah cukup berdosa sebagai insani yang tak penah lari dari kesilapan dan kekhilafan lalu. Akan ku elak kekesalan lalu.. ku sulam buih buih kebaikan agar suatu hari nanti akan jadi teladaan buat ganerasi hadapan. Amin* Moga uoOls jugak aminkan doa daku yang satu ni. Tiada apa yang terlintas selain meminta meminta pada yang Maha Esa. Permudahkanlah urusanku dan jugak segala galanya. Aku redha apa yang berlaku.. Sekarang aku cuba dan mencuba semoga hasilnya aku boleh menarik lafaz lega...


Bl0gger sekalian. Sekadar berkongsi dalam entri yang sekarang aku punya masalah. Masalah? semua manusia ada masalah masing masing :) Dan sekarang ni aku nak tutup kunci mulut. Duduk senyap senyap dan lakukan rutin harian biasa. Ya Allah... berat jugak dugaanMu kali ni. Moga aku kuat. Doakan aku kalian.. P/s: Apa yang aku taip bukan nak mintak simpati jauh sekali meminta meminta.. tapi niat dihati nak mintak aminkan doa yang aku pohon bersama agar kelak menjadi kenyataan. Wallahualam. Berikan aku jalan keluar Ya Allah.. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi