Tuesday, 15 February 2011

Salam Maulidur Rasul :) Jom Selawat..

Salam buat kalian dihari yang penuh keberkatan dimana hari ni 12 Rabiulawwal 1432H bersamaan 15 Februari 2011. Terasa penuh bermakna bila ramai ramai berselawat ke atas Nabi akhirul zaman seluruh dunia tak kira yang kecil, besar atau tua, semuanya menyambut dengan penuh rasa kesyukuran ke atas hari keputeraan nabi yang jatuh pada hari ni. Salam Maulidur Rasul.. Selamat Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah, insan yang sangat menyayangi umat-umatnya sehinggakan nak meninggal pun rasulullah masih lagi mengingati umat umatnya. MasyaALLAH !! dan sememangnya kita wajib perlu sayang nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )


Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."
Alhamdulillah, dengan tu meh la ramai ramai kawan seISLAM basahkan bibir dengan selawat ke atas nabi Muhammmad tanda sayang kita padaNya. Insyallah banyak ganjaran yang diperoleh :')

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد
صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّ
.صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد
اللهم صلى على محمد

1 comment:

  1. salam maulidur rasul ye =)
    (pstt~cntik la dress itam tuh.eyka pon xpnh de dress tau ^^)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi