Saturday, 19 February 2011

Bercuti, Bersantai Bercanda Di Bukit Merah Laketown Resort. Beshh!

Assalamualaikum. Dah lama dah aku peram entri ni tapi belum berkesempatan untuk menaip. Tapi kali ni dah free aku rasa nak stori cuti bersantai dengan keluarga di Bukit Merah Laketown Resoul. Memang terbaiklah! Masa pegi kali yang keenam maybe dah tak excited macam kali pertama dan kedua doolu doolu. Tapi dah nama pun cuti.. best tetap best. Nak nak dengan keluarga tercinta. Memang layan la. HikSs. Aku palingg suka kesana sebab nak main air waterpark dia dan snap gambar sebab view dia memang cantik habis. Pada yang dah pegi mesti tau bestnya cemana.

Oklah pada CNY yang lepas, ayah dah janji dengan adik bongsu Badrul Munir nak pegi Bukit Merah. jadi disebabkan dah berjanji, budak budak selalu ungkit selagi tak pegi. Cuba sekali cakap tak jadi. mau muncung adik comei aku seminggu. Sebab bulan Januari lepas dia dah merengek nak pegi tapi atas masalah tertentu. Tak dapat pegi.. Sebab budak budak bukan faham orang dapat pegi ke tak. Ada masalah ke.. yang penting dia dapat pegi. Apalagi merajuk si Badrul 2 hari tak cakap dengan mak dan ayah. Tido pun tempat lain. Dasyat kan? Jadi cuti CNY yang lepas ayah dah janji nak bawak pegi dan kebetulan aku dan Nana adik aku sorang lagi dapat balik cuti seminggu. Jadi kemeriahan lagi terasa sebab ramai. Semua ada. Seperti yang dijanjikan, jatuhnya hari kaum Cina bangsa Buddha sambut Chinese New Year dan famili aku pulak gerak dan siap siap nak pegi bersantai di Bukit Merah. Bukan kemain siap beg salinan. Last last ada jugak yang tertinggal. Ahaks!

Gerak dalam lebih kurang 10.30 pagi. Memang highway ramai jugak yang lalu lalang. Kan sebab musim perayaan. Tak jauh dari rumah pun. Dalam setengah jam sampai ke destinasi yang dituju ;) Best tu memang terasa, Siap bawak jajan dan segala keperluan untuk dok dalam sana. FYI tetiba dah masuk bukit yang tinggi kononnya diberi nama Bukit Merah. Mengaum jugak ekzos ayah katsana.. memang terasa kereta tu sungguh berjasa. Sampai je nak parking, wah en.guard tu sewenang wenangnya memberi isyarat supaya drive ke arah terus. Sebab dalam tempat parking yang dijaga dah penuh mungkin. Tapi memang cantik la pakaian guard dekat situ. Macam main band sekolah pun ada. Yang penting baju warna warni. siap topi koboi. uOols  bayangkanlah ye. Psst aku cerita ni macam eksited pertama kali pegi kan. Tapi dah banyak kali. Fist pegi tahun 2007 kot kalau tak salah ke 2008. Tak pasti. Ehee:D
Okey sambung cerita. yang buat ayah bengang.. dah jauh ke dalam drive. Rupaya dah masuk homestay. Patutla macam jauh dengan waterpark je gayanya. Toing toing.. sekali kenalah dengan ayah. Rupanya tempat parking cuma dekat dari yang tadi. tapi en.guard tu yang tak bagitau. Semua orang yang di belakang kami pun sesat sama, Kesian.. Last sekali dah dapat tempat park. Apalagi bawak barang untuk mandi. Hurray! Dah daftar ramaiiii sangat orang tau. Walaupun CNY. haha. Oklah time mandi manda memang best. Eh sat..awat sebelum ni aku tak pernah buat entri ke Bukit Merah ye? mungkin aku belum ada bl0g kot. Yeke? Ohoo. Ok nak tempek gambar kenangan desana.. Taraa!

Destinasi dituju mestilah ke Waterpark ;)

Mandi manda yang best bersama kazen kecik:"D
Dari kanan: my adik Nana dan kiri aku memang enjoylah.

Sekitar view di luar waterpark :)
Ada tasikm buatan yang cantik la!

Kandid mak ayah disebelah kanan.
Gambar kiri adik comei yang puas main terjun kolam. Sakan dia..
memang best la dik. Thumb up!

View Bukit Merah yang memang cantik ! Aku suka kuasa 9 :)

Ayah pun mandi tau ;) meriah sangat. Hee
Ni view di salah satu waterpark ni. Beshh.. memang puas la main air.

Bergambar lepas naik mandi. Memang muka sunburn habiss.
Adik Badrul jangan cakap.. 2x kali ganda jawabnya;)

KelikS.. Pali memang susah nak snap gambar dia.
Sebab dia busy sangat main air. Kuikui. Gambar kiri: Gambar berpoyo harusla ada:P

Ayah p0sing memang menawan la;)
Tengok adik Badrul..mukanya sunburn habis. 
Tengah makan jajan, keropok.ehee:D

Dah habis dah gambar yang aku pilih untuk tempek desini. Banyak laagi dalam f0lder. Tu pun laama tau aku nak hapl0de gambar gambar ni semua. Hadoii. Harap sesiapa yang belek tu maaf la noh sebab sengaja aku kecilkan saiz. Sebab nak jimat ruang. Haha. Sabar ajelah. Mungkin lepas ni nak tempek kecik je la. Comei jugak kan?;) Ahha masa mandi tu macam macam wayang ada tau. Bersuka suki sakan.. nasib tak ramai yang berbikini. Ayah memang tahan kami makan dalam tu. Sampaila pukul 5 petang. UoOls bayangkan betapa laparnya waktu tu.Sob sob.. akhirnya pukul 5.15 petang baru keluar dari Waterpark untuk cari nyum nyum. Lapaq sungguh dah rasa. Kat restauran luar tu bersepah tapi ayah nak belanja makan dekat gerai sini jugak. Jadi situ semua guna kupon tiket tu.. jadi kena la tukar duit dulu. 

Kalau dekat sana tak pekena mi claypot memang tak sah, itu makanan pilihan aku dan Pali. Adikku Badrul dan dua orang kazen makan nasi ayam. Mahal sungguh kat situ. Huaaa! Ayah pulak makan bihun sup gearbox, mak makan lakSa, dan Nana makan mi hailam. Memang kena k0rban duit la kalau nak makan tau. Sedapp jugak. dan memang ramai la orang. Masing masing penat jangan cakap la. Dengan muka sunburn. Termasuklah aku. Huh memang alhamdulillah kenyang. Blurp! Selepas tu terus pulang dengan keletihan dan kekenyangan. Memang heppi la. Kalau nak cakap bila pulak nak pi sana lagi. Tunggu tahun depan ajela pulak ke dua tahun lagi. Psst kalau tak jemu lagi la nak kesana. Kua3x.


P/s:Oklah,saja nak bagitau aku dah renovate bl0g sikit sikit. Harap uoOls suka. Sebab aku cepat bosan. Hee. Warna tema dipilih. Coklat;) Oklah nak rest dulu. Nanti free aku bl0gwalking ye. Heppi selalu geng. Panjang entri kali ni aku taip aku rasa. Dari petang sampai malam. Hiks. Jumpa lagi entri seterusnya. Walla!

4 comments:

  1. hehe.. macam best je. tak pernah gi... nak gi jugakla tapi xtaw nak gi ngan sape. huhu. =)

    ReplyDelete
  2. @ ❤ Cik Ain ❤
    memang best pun cik ain ;)

    pegi la de ngan buah hati ye

    :D ;;)

    ReplyDelete
  3. memang best pon.. umah nenek dekat je dgn sne.. so petang2 dulu selalu datang bg mkn itik dkt tasik tu.. rindunye!

    ReplyDelete
  4. @ paan sabri
    yeke.. rajin rajin.. free ke selalu la kesana ye ;)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi