Saturday, 11 April 2015

Tips Mudah Untuk Kuruskan Pipi Yang Tembam

Assalamualaikum semua...
Dah lama cari petua tentang pipi 
moolat/chubby atau tembam nih..Tup tup tips ni berkesan. 
So bolehlah kita semua cuba sama-sama :)

Tips Mudah Untuk Kuruskan Pipi Yang Tembam
Tips Mudah Untuk Kuruskan Pipi Yang Tembam | Pipi Tembam.. memang menjadi satu simbolik kecomelan. Tapi ada juga sesetengah daripada kita tak suka pipi tembam.. Alahai.. bila pipi tembam nih, nampak muka bulat la..gemuk la.. aisshh.. macam-macam karenah manusia nih kan..
Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. wia kongsikan beberapa tips untuk mengatasi ketembaman pipi anda..
Tips 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.
Tips 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.
Tips 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.
Selamat mencuba.. hiksss..tak payah pakai produk-produk slimming muka dah kan.. :P In Sha Allah

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi