Wednesday 17 February 2016

Pantang Larang Trimester Pertama

Assalamualaikum :)
Hai semua..setelah lama tak menaip
terasa rindu sangat nak menulis dalam blog picisan kesayangan.
Alhamdulillah, seperti yang sedia maklum berbadan dua ni
banyak mood yang tak menentu singgah.
tambah-tambah masih di dalam trimester pertama.

wieya ada penah sekali jumpa doktor masa umur kandungan 6 minggu.
dan member nurse cadangkan wieya buat buku merah masa usia baby
8 - 12 minggu. Lewat pulak pasti kena bebel dengan nurse alamatnya.
Jadi decide nak buat buku merah awal bulan 3 nanti.. Boleh scan tengok si kecik
dalam perut ni terus nak tengok perkembangan nya dalam rahim..hehehe.
Mudah-mudahan baby sihat-sihat sahaja.

Syukur teramat dikurniakan suami dan keluarga mertua yang memahami.
Sungguhpun wieya tak ada morning sickness mahupun evening sickness
tapi nak masuk 2 bulan usia kandungan ni wieya cepat kembang tekak bila 
ada bau tumis masak di dapur atau makan benda seperti mayonis atau cheese
jenis tenusu dan susu cepat rasa loya. Tapi setakat ni belum muntah lagi.
Harapnya tak ada la muntah-muntah sehingga habis trimester pertama ni.  amin

Cakap bab susu. Wieya dah 3 kali tukar jenis susu.
dan bukan tak boleh minum. Minum okey tak ada muntah tetapi
mudah berangin badan. Sakit kepala dan cirit birit.
Nampaknya memang tak sesuai minum susu.
Dengar pasal susu pun dah rasa serik.
Sebab elok-elok badan sihat terus jadi pening dan sakit kepala
lepas minum susu. Huu. Setakat ni Dutch Lady, Enfa Mama
dan Dugro Mama semua letak tepi, Sabar je laaa..
ayah baby nak wieya minum susu. Baik untuk baby katanya
tapi badan tak leh terima. Makanya skip dulu susu buat sementara ni.

Bab supplement masa mengandung, banyak dah member cadangkan.
ada yang cakap Set Shaklee, Set Salindah, produk Amway macam
 supplement Kalsium, Protein dan Asid Folik.
Setakat ni wieya belum ambik apa-apa supplement lagi.
kecuali asid folik yang diambil sehari sekali.
Mungkin lepas baby usia 2 bulan baru nak ambik..
Sebab kata doktor, jangan ambik sebarangan ubat sebelum rujuk doktor
sebab tak nak berlaku apa-apa pada baby dalam kandungan.


Nanti wieya sambung entri lagi ye.
Sekarang badan kena banyak berehat.
Doakan wieya dan baby sihat,,hee.
:)

7 comments:

  1. semoga baby sentiasa sihat, thanks for the tips haha..
    sy yg ambik psikologi kanak2 nie kena faham bab2 semua nie walaupun belum kahwin haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin :)
      mudah-mudahan baby sihat..trima kasih @Nurulatika Yunus..yeke..hehe
      alhamdulillah ;)

      Delete
  2. jaga kandungan leklok..normal ibu preggy mcm tu..

    http://byshaz.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok terima kasih @Lady Shah :)
      In Shaa Allah

      Delete
  3. semoga terus sihat mummy-to-be ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Scha Lollita.. amin :)

      Delete
  4. In shaa Allah, aamiin ^^ bila lh dpt kahwin ni hehe.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi