Friday, 15 July 2016

Raya Kedua..❤ Meriahnya Syawal

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya semua!
Raya kan sebulan..hehe. Ok kali ni wieya nak update tentang raya kedua 2016.
Masih dapat beraya dengan keluarga tercinta. Balik ke kampung sebelah ayah pulak.
Tema untuk raya kedua ialah oren ;)
Tak rancang pun sebenarnya..Semuanya secara kebetulan:')
Seronok sangat pakai baju satu tema. Ayah dan adik-adik wieya je tak sedondon.

Rugilah beraya pakai baju cantik-cantik tapi tak bergambar kenangan kan?
So, jadi lah ruang tamu rumah tok wieya jadi port bergambar kami.
Masa ni ayah dah beraya rumah kawan-kawan dia seorang diri. 
Maklum la kampung halaman dia. Yang wieya dan suami 
sambil makan biskut sambil selfieguna monopod. 
Last-last minta jasa baik sepupu tolong snap kan gambar kami..hikss

Mak dan anak-anak perempuan nya. Comel ja 
mak dengan liayan sedondon dengan tudung kaler sama ;)
alahai  moment ni sweets sangat :')
 baru lah suami wieya masuk sekali, alahai tersama tema ngan langsir tok..hehe
liyana dan mak acah-acah sweets...layan kan je laa..haha
 I love my family so much..
Masa ni adik-adik lelaki pakat sambung tidur sebab malam berjaga tengok bola.
Maka, tiadalah gambar bersama mereka di hari raya kedua, Sabar ja la
 Bergambar kenangan di halaman rumah tok ;)
lighting matahari jugak mencantikkan gambar..

Tahun depan nekad nak pakai baju sama tema lagi.. in Shaa Allah ..
alhamdulillah tahun ni wieya diberi peluang untuk beraya 
bersama suami tercinta buat pertama kali ;) dan beraya bersama keluarga..
tahun depan giliran bersama keluarga sebelah suami pulak. Ikut turn laa..huu
Nasib Ipoh - Kedah tak jauh. ngee 

Ok esok dah hujung minggu. Jom sambung beraya ..
Pada yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal..Selamat berpuasa di ucapkan.
Maka nikmat Allah yang mana lagi mahu kami dustakan.
Bahagia nya rasa...Subhanallah! * tak sabar nak beli barang baby*
Happy 28 weeks baby mama dan ayah hari ni..Moga membesar 
dengan sihat dan sempurna.. Jumpa lagi 11 minggu ye sayang..amin.

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi