Assalamualaikum..
Sejak mengandung lagi wieya ada terlihat promosi di Facebook
mengenai Hippopo Baby Spa and Wellness nih..
Jadi dari situ tahu mengenai baby spa..
Memang dah niat..ada baby nanti nak bawak baby pegi try swim ..
wahh bestnya baby zaman sekarang..kecik-kecik dah pegi spa 😉
wieya dan suami try pakej "swim and massage" dengan harga RM88..
bagi wieya berbaloi..dan suami siap cakap nanti boleh pegi lagi sebab
baby Fariz Amsyar langsung tak nangis..hehe..dia enjoy!
Saja wieya booking seminggu awal..pegi hari Ahad bersamaan 12 Mac 2017.
slot baby Fariz pukul 10 pagi..Jadi baby pun memang dah bangun awal.
Mandikan dulu dan terus gerak ke Aeon Klebang, Ipoh
Sebenanrnya baby Spa ni baru je bukak kat branch Ipoh..
Kebetulan dekat dengan rumah jadi bolehlah
baby Fariz Amsyar merasa pegi spa sekali sekala😊
ni lah miss Aqila, therapist untuk baby Fariz..
sangat soft spoken dan lembut orangnya..baby selesa sangat..
Sesi dimulakan dengan streching sebelum mandi,
dalam erti kata lain, senaman regangan badan..hehe
Fariz Amsyar macam enjoy the moment,,
mama dengan ayah gembira amsyar suka😉
ni la muka mula-mula masuk dalam air..
tengah scan tempat dan keadaan,.hehe tapi tak nangis.
tengah menghayati air blow dari bawah..baik untuk otot kaki baby..hehe
mama dan ayah pun gembira!..ngee
Comelnya anak mama dan ayah terapung dalam tab comel tue..
dengan kaki kodek-kodek...hikhik..dan mula suka la tu..
;
Akhirnya,,,setelah 25 minit kick dan swim dalam tab mandi Hippopo
baby Fariz Amsyar tersenyum riang....
mama dan ayah happy tengok anak mana suka mandi..
lepas ni kita massage pula ye sayang..baby tak boleh lama dalam air takut letih.
paling lama baby umur bawah 5 bulan hanya 25 minit.
baby 6 bulan ke atas pun cuma 30 minit 😊
Masa massage amsyar dah mula merengek nak susu..
sempat 15 minit..berhenti kejap wieya menyusu fariz amsyar..
sambung massage terus amsyar terlelap..letih swim la tu ;)
slot massage pun 30 minit..minyak yang digunakan semua organik
selamat untuk baby..yeay! wieya guna minyak biji anggur untuk pertama kali
dan baby suka dan selesa..Nyenyak tidur..hehe
Sebagai kenang-kenangan..wieya shopping baju Bola untuk hero mama
saiz 12- 18 bulan..dan selepas dicuci..baju tu muat elok dengan baby Fariz..
alahai anak..comel sangat lahai..💓
Lepas ni kita pegi lagi dan ayah pulak belanja ye sayangg...
Bestnya berspa..mama nya pun teringin...hikss..
tercapai wishlist nak bawa baby sendiri pegi spa, Banyak info yang dapat.
Hujung minggu memang ramai, tapi kena booking dulu awal-awal..
thanks sudi membaca..bulan ni amsyar dah nak masuk 6 bulan..
mama tak sabar nak pagi makan semi-solid food untuk anak mama.!