Friday, 30 May 2014

Happy 6th AnniverSary Love ♥ ヅ

Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah hari ni adalaha Hari Anniversary
wia dan si dear yang ke-6...
6 tahun dan masih menghitung in Shaa Allah :)


 



Macam tak percaya sebenarnya pejam celik pejam celik
dah genap 6 tahun yang bermakna.
walaupun cinta jarak jauh tapi kami berdua masih dapat kekalkan hubungan
yang datang dari hati ini sebaiknya.
Mohon doanya untuk kebahagiaan akan datang..
Menjadi yang halal kelak till jannah ;)




My Dear... 
IloveYousomuch..
Moga Allah menjaga hubungan ini dan kita juga berusaha untuk
hubungan yang baik ni..Terima kasih untuk segalanya :*

  

Tuesday, 27 May 2014

Nuffnang!! Terima Kasih...

Assalamualaikum....
Selamat bercuti kepada negeri-negeri yang bercuti
sempena Isra' Mikraj hari ni bersamaan 27 Rejab 1435H :)
Salam buat muslimin dan muslimat..

walaupun wia jarang update blog..
tapi syukur alhamdulillah, banyak BE yang menari-nari dalam blog! :'D
Rezeki murah..mudah-mudahan..
Sebab tu rasa nak berterima kasih kepada Nuffnang
atas penghargaan yang diberi. Wia akan sentiasa setia bersama Nuff ..Hikss


7 BE ( Buffer Earning) ..dan wia is sooOo happpyyy!!
sebab tu nak rajin berblogging jika ada masa terluang..ngee
Banyak nak stori tapi kadang dek kekangan masa dan keletihan kerja
hanya mampu tersimpan dalam draf..Siapa blogger dia tahu kenapa..

Yeay hari ni bercuti boleh la update entri banyak-banyak ;)
Jangan jemu sudah la nanti ye..
Cuti sekolah pun dah bermula..banyak kenduri dan majlis kawin..
Besties wia pun bakal berkahwin..dan wia sangat teruja..Hehe

Korangg pun mesti banyak undangan walimatus kan?
so mesti nak shopping baju cantik-cantik..!
Zalora dan Poplook mmg menyediakan baju yang best ..
yang penting harga sangat berbaloi..

Ok Terima Kasih Nuffnang atas BE 
yang mencurah-curah di ladang blog ni..Syukur..
Semangat nak berblogging berkobar-kobar uOls..
Jom blog-walking! Hehe..
Salam Isra' Mikraj.......

Friday, 23 May 2014

Qasidah Adik-adik Maahad Tahfiz :)

Assalamualaikum..
Hai semua..Memang dah lama rasa nak upload kat blog..
Akhirnya malam ni sempat sharing dengan uOls..
Qasidah yang sangat sedap apatah lagi dengar secara langsung
lagi menusuk ke kalbu..In Shaa Allah..

Terima kasih pada yang merakam video Qasidah ni..
suara adik-adik tahfiz ni memang merdu dan lunak..
Sampai mengalir air mata dek qasidah cinta Sang Rasul yang disampaikan..
wia bersyukur dapat kongsi video ni..
sebab hari tu tak sempat rakam :'(
Nasibb ada yang rakam dan masukkan dalam Youtube! Hikss

Jom sama-sama dengar persembahan Qasidah adik-adik ni
bersama guru-guri mereka..
Moga dapat manfaat bersama..
Pesanan wia dengar dengan earphone lagi merdu...
Boleh dengar bait-bait lagu dengar jelas..
Mudah-mudahan menjadi lullaby buat kita semua :)


Jom sama-sama berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W..
Banyak ganjaran bersama..
Ok malam ni wia update yang ni dulu sebab hari ni sangat hepi dengan
perjuangan habis-habisan dan kegembiraan sempena Jumaat barakah.
Moga-moga semuanya berjalan lancar :)

Salam Blogging semua..

Monday, 19 May 2014

Ala Thai dalam Suasana Kampung ;)

Assalamualaikum....
Dinner dengan famili adalah aktiviti yang dapat
mengeratkan silaturrahim antara kami ahli keluarga..
cuma tak cukup korum makan makan di luar malam lepas..
dak Nana dan dak Pali tak ada..
Jadi, keluarlah kami 4 beranak ke kedai makan berdekatan..ngee :'D

Sambil tunggu order sempat la weouls snap-snap gambar..
ayah macam biasa..seorang yang pemalu dan tak suka gambar..Hikss
muka kena paksa biasalah kan..
cuba kalau tak dipaksa..memang senyum lebar penuh gigi ..




 Makan ala Thai dalam suasana kampung memang best!
suasana malam yang nyaman sangat selesa uOls..
ada pondok-pondok yang dibuah dengan buluh dan daun pelepah..
lampu-;ampu yang disusun kreatif memang cantik..
Maaf tak sempat snap gambar semua..sebab lapar..Haha ;p

Makanan pun sedapp! yup weouls suka makan luar bila
terasa teringin nak makan di luar..Orang lain masak..Hee
tapi bukan selalu laa..Masakan sendiri lagi jimat dan puas hati..

Ok saja  nak taip entri dinner dengan keluarga..
Rasa kasih sayang makin tererat sangat..Selamat berblogging
semua. Nanti wia blog-walk laju-laju..

Friday, 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu!! 16 Mei setiap tahun..

Assalamualaikum....
16 Mei setiap tahun adalah di tunggu buat murid dan pelajar
untuk meriahkan hari Guru dengan ucapan dan hadiah :')
Sebenarnya seorang guru di umpamakan sebagai lilin yang menerangi 
kegelapan. Mendidik dan mengajar tanpa jemu..

Jasa dan pengorbanan guru amatlah besar
dan hanya mampu dibalas oleh Allah S.W.T..

Kpd cikgu, teacher, ustazah, madam, miss, ummi..
Selamat Hari Guru diucapkan..Terutamanya SKDHZ, SMKS, SMKSB , 
UNISEL dan tmpt bertugas SRINPEK 

Jasa dan pengorbanan hanya Allah yg
 membalasnya  Terima kasih cikgu!!

Ni kek pemberian ibu bapa pada guru-guru yang pernah mengajar kesemua anaknya
di sekolah tempat wia bertugas :') Sedapp kek ni sebab kek homemade!
kek ni diberi nama kek Happy..

Gambar latest wia dalam bilik mesyuarat..ngee



Sebahagian hadiah guru-guru sempena sambutan Hari Guru ahad ni..
tak sabar nak tengok dapat hadiah apa nanti..
Semuanya macam ohsem dan besar-besar...
Nanti wia update lagi ek. Sekali lagi Selamat Hari Guru
buat semua guru di seluruh dunia :)

Friday, 9 May 2014

Hari - Hari Istimewa di Bulan Mei :)

Assalamualaikum....
Yabeda beduuu...internet dah laju..
Bila tak ter-hapdate rasa macam alahai..kesiannya blog.
Meh la kita menaip laju-laju update mana yang patut..Hikss
Rupanya tak banyak yang wia update dalam bulan April.
Sekarang pun dah masuk bulan Mei..

Banyak sangat hari- hari Istimewa yang ada dalam bulan 5 ni..
Hari Pekerja, Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Guru
dan Hari Anniversary..upss! Hee
Jadi, wia suka sangat bulan Mei!
5hb lepas pun hari wia dapat kerja..
Harap dapat berita lebih baik lepas ini..
amin ya rabbal alamin..

Bestnya boleh la celebrate..kan? :)

Candy Buffet :)

Sejambak Bunga :)

Kad Ucapan :)

Hadiah..Hikss
Semua di atas adalah my faveret! Kihkih
In Shaa Allah ada kejutan buat semua :')
Selamat Berblogging semua..
Bulan Mei yang Ohsem.. Alhamdulillah..

Monday, 5 May 2014

5 Mei | Isnin (Alhamdulillah)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan buat semua....
Rindu nak hapdate belog...
Lamanya tak menaip rupanya..

Sebenarnya banyak yang terjadi dalam hidup wia 
yang menjadi kekangan untuk wia meluangkan masa untuk
menulis di entri blog kesayangan yang satu ni..Hikss

dan sebenarnya hari nie 5 Mei 2014 hari Isnin..
wia dapat surat tawaran sambung kera di sekolah
tempat lama tetapi tugas yang baru...
dan wia PT bahagian data. IT..ngee :'D


dan sememangnya wia heppi selepas 4 bulan menganggur..
Harapnya ada berita lebih gembira bulan 6/7 ini..
amin ya rabbal alamin :)
dapat kerja tetap lebih baik Ya Allah..
PerancanganMu Maha Indah..Subhanallah...

Jadi wia sangatlah heppi!
dan ibu ayah tersenyum gembira...Syukur..Syukurr..
Mudah-mudahan ia menjadi pengalaman bermakna buat diri ini ;)
Belanja satu gambar...


Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan..Amin
:)

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi