Tuesday, 30 September 2014

Aktiviti Berkuda Katanya :'D

Assalamualaikum..
1 Zulhijjah lepas, wia berpeluang melihat kuda.
Ok tengok kuda dalam gambar dan tv memang pernah.
tapi yang real mmg ini baru pertama kali..Hehe
Syukur di hari Jumaat yang mulia..
ada satu aktiviti menaiki kuda berbayar iaitu salah satu reakreasi baru.

Jadi wiya pun macam teruja sangat..
konon macam nak tengok dekat dan tunggang..
sekali yang kuda dewasa tu tinggi sangat.
Rasa gayat la pulak. Sebab coach dia pun lelaki.
Susah pulak nak kawal nanti. Huhu
Jadi sila tonton orang lain termasuk kanak-kanak
tunggang kuda depan mata je la jawabnya..Teehee :'D

Kuda padi. Namanya Muharam. Comel!





Stranger nama kuda dewata yang hitam gagah perkasa tu..
Garang tau tapi pemalu sikit haiwan ni.
Sementara nak biasa dengan tempat baru, 
Memang kuda tu tak dengar sangat kata coachnya.

Tapi rasa ohsem la tengok kuda depan mata. Hikss
In Shaa Allah nanti tunggang kuda dengan cinta halal pulak ya
;)

Friday, 26 September 2014

Selamat Bertunang Aishah | Rizal

Assalamualaikum...
Ok kali ni nak update mengenai majlis tunang kawan merangkap jiran
sebelah menyebelah..Hikss
Cantik kombinasi pink dan yellow.

Mekap pun soft sangat. Ni majlis tunang kawan yang
paling cool. Rilek ja bersiap walaupun rombongan dah dekat.
aishah ni jenis tenang..pukul 3 petang, rombongan nak sampai..
pukul 2.30 dok mandi lagi. Gurlp..
memang rileks laa..wia yang nebes..ngee :')

Baju tunang Aishah ni memang cantik sangat.
Harga sangat berbaloi..Ok wia berkenan. Hee
Majlis sangat ringkas tapi bermakna.






 Selamat Bertunang Aishah :)
Salam 1 Zulhijjah 1435H
Maaf banyak entri tak update. Sekarang ada gambar post mana yang sempat.
Suka la tengok orang kawin. Orang tunang. 
Orang nikah. Orang Mengandung
dan Orang dapat baby. ngee.
Simptom 20-an katanya. In Shaa Allah tunggu tepat pada masanya.


Friday, 19 September 2014

Hadir Wedding Mastura | Hafiz

Asslamualaikum....
Minggu cuti sekolah mesti ramai yang kawin kan ;)
Termasuklah rakan-rakan kat sekolah yang masih bujang
naik pelamin dan kawin. Makan kenduri la kita!!

Kali ni ke kenduri kak Mastura, cikgu dekat sekolah wia bekerja
tema pink. Simple dan begitu muslimah sekali..
suka la wia tengok. Hee yang penting lauk kenduri sedap..








Memang kenduri paling simple wia penah hadir..
yang penting penuh barakah..
Selamat Pengantin Baru, Kak Mastura dan suami.
:)

Tuesday, 16 September 2014

Makan Angin di Bumi Langkawi :)

Assalamualaikum..
Fuh..fuh banyak nya stori tak update..hewhew
Ok ini sambungan kursus lepas.
kalau kerja gomen, kursus kalau tak makan 6 kali memang tak sah ;p
Jadi memang bab makan masa kursus jangan risau.
Jadi boleh la nak memboolatkan pipi dengan jayanya..Huuray!

Breakfast!

Minum pagi :'D

Sambil menyelam minum air kata orang,
kami diberi peluang untuk jalan jalan sekitar daerah Langkawi
dan banyak jugak tempat kami redah termasuk Dataran Lang,
Pantai Cenang dan Beras Terbakar..Hee
Naik van teksi tu kongsi tambang RM14.00 seorang pergi dan balik
dalam 12 orang macam tu. Berbaloi tak? ngee

Tempat wajib mai bila sampai Langkawi..yeay!

\
Masa dalam bot Jeti Kuah ke Jeti Perth-liS

Snap! di Pantai Cenang, Langkawi..Hehe

Lepas tu harus lah shopping di Haji Ismail Group
Borong coklat, kain batik dan minyak gamat..lalalala :'D

Makan..kursus dan makan buat kami happy..Hee


Syukur alhamdulillah...
Rezeki berkursus..Nama terpilih..
Harap lepas ni boleh pi kursus sambil melancong lagi..Amin..
Thanks for reading!
Psst gambar diambil secara rawak.
Memang banyak keping gambar ditangkap uOls..
kalau masuk dalam blog boleh jadi album..Haha..
:)

Sunday, 7 September 2014

KurSus 4 Hari 3 Malam ❤

Assalamualaikum....
Fuhh..lama nya ambik feel nak taip blog..
walhal banyak sebenarnya nak menaip..Hee
Sampai satu ketika pernah seorang kakak comel yg dahulunya
seorang blogger tegar bertanya..
dah nak tutup ke blog (private)..upss..

Tak pernah terfikir lagi..Mudah-mudahan akan berterusan
selagi masa mengizinkan..Hikss
Banyak nak stori ni uOls..
Dah bekerja memang tak boleh lari dari kena pi kurSus..

Kursus kali ni 4 hari 3 malam ni Langkawi !!
terujanya wia memang tak terkata ;p
Sebabnya tak pernah lagi jejak kaki ke bumi Langkawi..
Akhirnya impian terlaksana..Syukur alhamdulillah..

Bagasi sebelum bertolak..Hee

Menara Alor Star
Nanti wia cerita entri bab nie.. Hold dulu ye :')

Jeti Kuala PerliS ^___^

Hotel yang superb cantik dan selesa..


3 katil dan duduk 2 orang satu bilik..Memang heaven..ngee

Selamat sampai setelah terumbang ambing selama sejam
di pukul ombak..phew! Syukur...

Ehemm.. cuba teka pantai apa ;)

Sesungguhnya satu pengalaman yang indah..
entri bersambung ye.. Banyak lagi gambar nak dikongsi bersama..
Tunggu next entri ye.. Thanks for reading!

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi