Wednesday 27 July 2016

Musim Durian

Assalamualaikum.
Hai semua..Rata-rata negeri bulan ni dimurahkan rezeki dengan 
musim buah-buahan tempatan. Syukur Alhamdulillah..
Kalau tengah drive tu ,nampak di tepi-tepi jalan banyak longgokan buah
yang dijual. Contohnya manggis, rambutan, cempedak dan paling win adalah raja buah
yang satu ni..Apalagi kalau bukan durian. nyumsss..

Bestnya lahai musim buah. Rezeki ada dimana-mana.
Nak nak rezeki mak buyung. Dapat merasa buah rambutan, buah setar, buah pisang,
durian. Tapi wieya tak berani makan banyak durian. Setakat merasa di tekak je,

Kebetulan pokok bapa mertua baru berbuah sulong, nak merasa la jugak kan :)
pak mertua cakap rezeki baby dapat merasa buah durian sulong nya.
Manis dan senang nak dikopek..Alhamdulilah jadilah nak merasa.
Tak berani nak makan sungguh-sungguh..huhu

Cik abang pesan jangan makan banyak buah rambutan.
Mak wieya pesan jangan makan banyak buah durian, sebab 
sedang pembawakan budak. Risau jugak baby tak tahan.
Jadi wieya memang jenis penakut. Makan sikit je, buat melepas rasa dan ngidam.
Memang jenis buah durian ni panas, dan rambutan pun sama.
Ini lah durian sulong, pokok belakang rumah mak dan pak mertua :)
Buahnya senang dikopek, bau nya tak la kuat dan rasanya lemak-lemak manis ;p
zoom sikit..walaupun isinya tak kuning memikat, tapi rasa seulas pasti nak lagi :)
Syukur..mak buyung sempat merasa durian sebelum deliver..Rezeki =)

Buah-buahan yang wieya tahan makan adalah anggur hitam dan limau sunkist.
memang ada stok dalam ice box. Ynag lain boleh makan
 tapi dengar kadar kuantiti sedikit, kalau tidak pasti sakit 
kepala dan angin badan..HuhuKalau jenis mempelam 
dan buah masa macam buah setar dan belimbing, memang feveret! 
cicah garam..memang terliur..hehe..Memang hantu la wieya
masa mengandung suka masam-masam. Hikhik

Ok dek kerana negara Malaysia ni musim hujan dan panas, buah-buahan tempatan
semuanya manis-manis, alhamdulillah..
Selamat menikmati musim buah kengkawan..Jangan lupa minum banyak air
kalau makan durian. Ingat-ingat takut panas badan,,
Ok terima kasih sudi baca entri ini..Selamat Hari raya!

10 comments:

  1. sedapnya...
    kalau warna kuning lg bestkan.. tgk pun dah terliur... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp @Mazlina mohd Nazir :)
      kalau kuning lagi memikat..dan boleh agak rasanya lemak manis..

      Delete
  2. kite pun xsaba nak tengok baby awak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @mira :)
      doakan wieya dipermudahkan bersalin normal ye

      Delete
  3. bestnya dapat hilangkan kempunan. i kempunan dari tahun lepas tak dapat2 lagi. Asal balik kg je, durian dah habis. :(

    Anyway, congrats for the new family member walaupun tak keluar lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki :)
      setakat ni apa yang wieya kempunan semua dapat @Farhana Jafri ..

      terima kasih awak :)
      Doakan wieya dipermudahkan bersalin normal dengan selamat..
      amin

      Delete
  4. Rumah saya pun sekarang penuh dengan durian. Semalam baru makan pulut durian. Habis rumah & kereta bau durian je haha

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah musim buah kan @Teena Tna :)
    Sedap tu makan pulut durian..nyumss ;)

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa nampak. terliur dah ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 @adiba Rosli... ^__^
      cepat pi cari durian..hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi