Assalamualaikum
Lamanya tak berblogging. kali ni nak sharing nasi ayam homemade
semudah ABC . hehe. Sambil sambil tido kan anak..sejam dah siap nasi ayam kita ;)
sebelum kawin wieya pun tak tahu nak masak nasi ayam ke nasi
tomato ke atau nasi beriyani sekali pun.
Rupanya takde la susah sangat seperti yang dibayangkan. Cuma basic je.
yang lain tukar sikit-sikit rencahnya. Sesuai dimakan waktu tengahari atau keraian
bersama keluarga tercinta. hikss
Bahan- Bahan Nasi
Beras Faiza /segala beras yang ada dirumah korang
air rebusan ayam
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pegaga dan halia
Bawang putih bawang merah dipotong.
Daun salam.
Sedikit kunyit sebagai pewarna masakan
wieya tak tumis nasi supaya tak berminyak sangat beras bila jadik nasi.
tapi kalau korang nak tumis dulu bawang dan 4 beradik tu.
Ikut korang la..hehe Masak dalam rice cooker je. Settle!
Salad, tomato dan timun (tak ada dalam gambar) penting sebagai hiasan
dek kerana wieya masih pantang makan-makan cenggini.
Hanya mampu melihat saja la :')
Susun la pinggan ikut kreativiti korang....
ayam yang diperap digoreng..nyumss
diletak dipinggan hiasan tadi ;)
Bahan-Bahan Perapan ayam
seekor ayam dicuci bersih
Sos cili dan sos tiram
kicap manis / kicap masin
bawang merah, bawang putih, halia dikisar
madu secukup rasa.
Garam secukup rasa
Perap semalam lagi sedap. tapi bila perap sejam pun dah okey.
Gaul sebati dan goreng la sehingga garing. Bau dia sedap ya rabbi!
nasi yang ditanak siap untuk dihidang.
sup ayam marvelous..ngee ;'D
Bahan - bahan Sup Ayam
Sedikit ayam bahagian tulang.
bawang merah, bawang putih dan halia dipotong dan tumiskan bahan.
masukkan air, sup bunjut dan kiub ayam knorr sebagai perisa.
last sekali masukkan ayam dan taburkan daun sup. daun ketumbar sebagai hiasan.
Bahan-Bahan Kuah Cili Nasi Ayam
Cili Merah dalam 6 biji -dikisar halus
Masukkan bahan perapan ayam ke dalam cili merah yang dikisar tadi. Siap!
kicap wieya tak buat sebab itu pun dah cukup memadai. yeay!
kalau korang nak buat pun senang je.
Masukkan kicap manis dan kicap masin dan sup ayam. Siap!
taraaa!! siap dihidang dan boleh la dimakan bersama keluarga tercinta.
wieya masak untuk suami tersayang makan tengahari selalunya, hikss
ni pun nasib baby Muhammad Fariz Amsyar baik je tido sampai mama dia habis
masak.Syukur alhamdulillah..anak yang baik dan soleh.
Selamat Mencuba :-)
Wahh memang semudah abc. Tengok pun dah menyelerakan =)
ReplyDeletesedapnya mama wieya masak! :)
ReplyDelete