Thursday, 3 September 2015

Kepentingan Asid Folik Sebelum dan Semasa Mengandung

Assalamualaikum..
ehem ehem..nampak tak wieya dah masuk dalam alam perubatan sikit
hari ni. In Shaa Allah nak berkongsi tentang kepentingan Asid Folik.
mengapa tetiba nak kongsi pasal asid folik? Bukan wieya belum kawin ke?
Ni penting untuk Bride to Be diluar sana. Walaupun asid Folik bukan 
ubat mujarab untuk mengandung..tetapi ia sesuai untuk sesiapa yang
 nak rancang untuk mengandung. Coming soon while you married..Hee 

Apa itu ASID FOLIK? 

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Vitamin ye macam supplement gittu.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. Mommy to be must be alert. Penting!

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA? Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. sumber: Sini
Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bride to Be sesuai ye..hehe dan Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. * In Shaa Allah wieya tak susah makan ubat* cuma takut jarum..haha

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 

Nota : Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. So, jangan risau ye kawan-kawan. Asid Folik ni hanya vitamin :') 

Update : ehem..wieya baru je beli asid folik  kat farmasi tadi balik dari kerja
99 hari lagi sebelum majlis WaliamatulUrus. In Shaa Allah..
tak salah makan vitamin untuk masa depan dan kesuburan. Doakan yang terbaik
Ianya bagus untuk Bride to Be dan Mommy to Be 

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi