
.jpeg)
.jpeg)

Pukul 3 petang terus doktor datang dan bius. Wieya perasan ramai nurse masa doktor cucuk dan terus tak sedar apa dah..
Hai semua..
Bulan ni bukan sahaja bulan kemerdekaan tapi bulan ni ada kisah yang Allah tuliskan untuk wieya sebagai mama.Wieya diuji dengan miscariage anak ketiga diusia 11 minggu :'(
Baby tak membesar seperti sepatutnya. Pada mulanya adik perempuan wieya keguguran. Selang 2 minggu wieya sendiri merasainya. Memang tak pernah terfikir akan terjadi dan kun faya kun. Siapa kita untuk menolak takdir Ilahi..
Bermula dengan spotting darah campur lendir. Pegi klinik check up baby kecik dari sepatutnya. Doktor minta scan lagi 2 minggu. Dokktor bagi ubat kuatkan rahim.
Rupanya scan memang baby dah tak ada. Doktor buat speckulum, bukaan dah ada. dan ada cebisan daging darah yang dah doktor ambik. Seterusnya kena buat dnc serta merta. Takutnya wieya masa tu Allah sahaja yang tau
Lamanya tak menaip disini. Rupanya 2021 tiada langsung coretan yang wieya taip buat tatapan masa hadapan. Tahun lepas banyak yang berlaku. Masih suasana covid dan sebagainya.
Hari ni tup tup dah masuk bulan Ogos. 2022 yang sangat cepat dan pantas masa berlalu. Amsyar pun hampir memasuki umur 6 tahun dan Akasyah sudah berusia 3 tahun 🥰
Rindu blogging. Jadi malam ni terasa nak menaip untuk lepaskan rindu dihati. Kekangan masa menjadi mama dan isteri banyak wieya update di ig story dan wasap story sahaja.
Banyak yang berlaku tahun ni. Pahit manis semuanya ada. Cuma tahun ni masih berempat. Belum rezeki nak berlima ☺️ alkisahnya ada kisah disebalik ini. Nanti wieya update entri lain.
Rindu berblogging. Harapnya lepas ni lebih rajin menaip macam dulu dulu. Dan share yang best best dalam blog kesayangan sejak 2010 ni.
Bulan ni bulan kemerdekaan. Dan tahun ni special dapat beraya bersama tersayang setelah 2 tahun tak dapat beraya. Maka nikmat mana lagi nak kudustakan..
Sekian dahulu, nanti wieya update lagi.💓