Monday, 25 April 2011

Pengalaman Pegi Sopink SenSorang Di Tesco Shah Alam.. Fuhhh!

Assalamualaikum dan salam ceria :) pagi Isnin semua. Okey cam biasa wia nak cerita sedikit pengalaman yang berlaku semalam. Yess entri wia kebelakangan ni banyak stori cerita semalam tapi taipnya hari lain. Tak kesah laa. Janji hati ni tak sabar nak menaip pasal semalam. Ok semalam hari Ahad, hari hujung minggu. Jadi disebabkan banyak barang yang tak ada sejak wia berpindah di rumah sewa ni. Wia ambik keputusan nak pegi sopink di Tesco Shah Alam. Jenuh wia tanya kawan kawan yang ada dekat dekat area sini (Shah Alam) semua ada agenda tersendiri. Dan kalau free pun, transport pulak tak ada. Jadi wia nekad. Wia pegi sendiri. Tak kesah la kan. Walau dalam hati dok dup dap dup dap jugak kalau kalau tersesat ke di sini yang uols boleh tau Shah Alam banyak seksyen dan roundboard nya. Kalau tak biasa memang boleh sesat la. Hadoii..

Ok wia bersiap siap. Nekad nak pegi sendiri. Kononnya nak naik teksi. Tapi ikut keadaan laa. Nak naik bas macam tak tau sangat. Ehemm memang tak tau pun >.< sapa nak ajar kan.. Jadi wia ikut nasib je. Mulanya aku tunggu di perhentian di sebelah rumah sewa aku. Kebetulan ada seorang perempuan yang lebih kurang sebaya je umur dengan wia pun nak menunggu bas. Jadi orang cakap, malu bertanya sesat jalan.. jadi wia pun senyum simpul lalu bertanya desini kah nak tunggu bas ke teksi untuk ke Tesco? Dia pun tanya nak ke Tesco mana satu di Bukit raja dan satu di Shah Alam. Dia pegi tanya macam tu.. macam la wia tau =.= Sambil tersenyum lagi wia terus berterus terang cakap yang wia baru pertama kali desini. Jadi agak janggal dan tak tau apa apa.. nasib gadis tu tak loket ilmu. Dia cakap tempaty hentian bas yang aku tunggu ni hanya nak ke seksyen 7 dan untuk ke Tesco ke hape kena tunggu di seberang sebelah sana. Selepas ucapkan terima kasih pada gadis tu.. wiadengan lemah longlai jalan sambil dok berfikir cemana nk seberang jalan yang luas tu. Lepas tu kenderaan pun semua laju laju.

Bukan perlahan lahan laa. Kecut perut pun ada bila fikir. Hadoii.. balik semula ke guard pintu masuk tadi terjumpa pulak seorang lagi gadis yang tengah menunggu seseorang. Sekali lagi wia bertanya.. katmana ye nak menunggu bas ke teksi nak pegi Tesco.. dia cakap seberang sana. Sama seperti gadis pertama tadi. Lepas je habis cakap. Kebetulan, ada dua orang gadis yang berpegangan tangan nak melintas jalan. Cepat cepat aku mengekori diorang berdua melintas. Bukan apa tak berani kot melintas sorang sorang..huu :'(

Selesai melintas.. sekali lagi bertanya pada salah seorang yang manis bertudung.. awak nak pegi mana. Dia cakap nak pegi KL.. oo rupanya nak pegi KL pun boleh naik bas dari sini ea. Betapa mudahnya. Wia terus tanya nak naik bas apa ye untuk pegi ke Tesco? Dia cakap naik bas yang sama nak ke KL pun boleh.. jadi senang cerita wia ikut aje laa gadis tu naik bas. Bas kat situ memang kerap datang. Jadi pendek kata.. tak susah dan lama la menunggu bas mai.Senyum dan dalam hati dok dup dap dup dap jugak ;)

Dalam 20 minit bas pun sampai.. gadis tu tersenyum lalu ajak aku naik bas ni sebab katanya bas ni pun mungkin nak lalu ke Tesco. Sambil naik terus tanya pemandu bas tu lalu tak dia cakap lalu.. lepas bayar tambang 50 sen.. settle. Bas memang ramai orang. Jadi berdiri sekejap.. Tak samai 5 minit sampai di Seksyen 2..gadis tu suruh turun sebab kena tukar bas.. pulakk. Wia yang terpinga pinga ikut aje laa. hikSs. Ramai jugak orang yang menunggu. Patut la diorang cakap stesen 2 pun ada perhentian bas. Tapi aku tak penah pulak jejak kaki disana. Cuma tengok dari jarak mata memandang :) Ramai yang menunggu. Bas rapid pun ada dua buah yang sedang menunggu. Tapi pintunya masih tutup. Ramai jugak orang yang keluar hari ni.. maklumlah hujung minggu. Banyak ragam. Tapi aku terasa janggal =.= erkkk.
10 minit menunggu.. lepas tu datang seorang pakcik dia cakap, nak ke KL pada gadis yang bersama dengan wia naik bas tadi. Dia cakap ye.. terus gadis tadi sekali lagi ajak wia bersama sama dia. Kawan baik dia pun nampak baik sangat. Beruntung wia hari ni jumpa mereka berdua.

Alhamdulillah.. Dalam kategori awal jugak nak membayar tambang. sampai je dekat turn aku, pakcik tu cakap.. dik, bas ni tak gunakan tunai, dia guna kad rabbit ;) eh rabbit.. cumilnya! Aku pun gelabah la kan.. nasib gadis tadi tu tunggu aku. Baik hati orangnya. Dia yang sudi beri RM5 dia pada wia... sangat terharu :') dan dapat la kad rabbit niey..hikSs. Usha gambar kat bawah.. wia macam perakk sikit, maksudnya jakun la sebab baru petama kali guna. Tapi bagi student dan katsini memang dah familiar dah dengan kad ni mungkin.


cumil kan? bit bit bit Rabbit
Ni belakang kad tu ;) pelbagai corak.
Kiut sangat !
Okey lepas je naik bas yang agak ramai hari tu.. nasib ada yang turun di Tesco Shah Alam :) aku ikut diorang ajelah. Akhirnya aku sampai jugak desini. Weee ! tapi keseorangan. Huh >.< Sabar ajelah.. memula sampai aku tengok memang besar tempatnya.Dapat panggilan dari BF tersayang tanya perkhabaran sampai ke blum. Dalam dok sembang, banyak yang wia nak beli. Tapi dear cakap ada ambik troli ke tidak.. wia kata tak =.= Last sekali dear suruh pegi ambik sebab katanya banyak yang nak dibeli, takkan tak nak ambik. Wia yang kekok keseorangan macam terkulat kulat pegi ambik troli kat depan.. sekali nampak troli kosong. Maleh nak ambik jauh jauh.. jadi rembat aje la. Bagus punya perangai... hee. Jadi dengan muka tak besalah terus aku pegi usha usha barang barang. Terus beli apa yang patut ikut kemampuan. Sesekali pandang kiri kanan macam meriah je keluar sopink bersama keluarga dan teman teman. Sabar aje laa. Huuu T_T

Lepas membayar.. wow RM 14+.++! Macam tak pecaya.. tapi banyak yang aku beli, antaranya periuk nasi, almari kain, kuali dan sudip, pinggan dan banyak lagi laa. Tapi wia merasa sopink tak puas lagi.. banyak yang belum beli tau. Memandang bawa duit pun ciput je.. maka beli barang barang yang penting ja. Tengok tengok nampak duit dapat dompet ada RM4 je. Cemana nak balik naik teksi. Dengan tak tau tempat nak menunggu teksinya. Nasib bertanya pada waitress sebuah restaurant tue jugak seorang gadis.. dia yang bagitau temat atas. Kalau tak jenuh sesat lagi aku. Sob sob.. ini la yang dikatakan pengalaman.

Dah sampai tempat menunggu teksi dan bas, tetiba tak nampak teksi pulak. Gelabah lagii.. cemana nak tahan teksi dalam pukul 12 lebih tengahari waktu tu.. macam nak nangis pun ada. Nasib ada seorang teruna mungkin muda dari usia Wia berkopiah tengah bergayut fon. Wia dengan barang banyak dalam troli..takkan nak tinggalkan. Tempat tunggu teksi tu kat atas. Huh! kamain lagi.. kalau tak ada teruna tu tak tau la. Wia tanya dia ada teksi tak katsini. Katanya teksi selalu ada menunggu penumpang yang nak naik dari Tesco ni.. cuma sekarang waktu tu tak ada sebab pegi menghantar penumpang lain la kot. Selepas wia bertanya, teruna berkopiah tu terus sambung perbualan di phone semula.

Cuaca waktu tu memang agak panas terik. Memang mencabar hati. Tapi nasib tak tunggu lama.. akhirnya nampak jugak kelibat teksi. Lepas tu dengan tak semena mena, adik teruna tu terus tolong wia. dia kata nak tolong apa kak? wah macam tuhan tu Maha Membantu.. Dia berikan kelapangan tika wia amat memerlukan pertolongan. Syukur.... <3 Wia tekad naik teksi dengan RM4 dengan niat sampai je umah nak mintak tolong uncle tu tunggu jap sementara nak ambik duit. Tambah lagi denag kad ATM satu pun tak bawa. Dengan lunch pun tak.. memang macam macam terjadi. Sabar saja la. Akhirnya dengan tambang RM8 sampai jugak wia di rumah sewa bertingkat tingkat tue ;) macam yang dirancang minta en.teksi tu berenti jap sementara wia nak ambik. Barang pun tak ambil. Cepat cepat naik dan bayar. Settle! hantar barang naik atas.. letih jangan cerita. Tup tap tup tap.. semua ousmate ada kat rumah. Last last.. kedebuk kedebak dok pebetoi almari baru la apa la.. makan lunch pukul 5 petang.. penat hanya tuhan yang tau. Sebab alamari tu laaa.. Akhirnya wia berjaya pasang sensorang. Dua jam jugak la sebab sorang. Kejap nak jatuh sat nak tertanggal. Akhirnya! pecah peluh bertimba jugak la.. akhirnya menjadi jugak. Memang semalam semuanya adalah pengalaman.

Oklah.. kiranya 24 April memang wia tak boleh lupa. Oklah.. salam ceria semua. Nak pegi dinner sat. Petama kali masak di umah sewa..hikhik. Maaf pada yang berkunjung blog wia sebab wia dah lama tak berblogwalk sebab tenet broadband ni sedikit low laa. Nanti bila dah laju wia jejak balik ek. P/s ----> tetiba nak pegi sopink la. Tapi siapa nak teman ?? >.< Persoalan yang tak dapat dijawab sebab semua orang busy.. dan aku bukan la rapat sangat pun. Ok.. walla buat semua. Semangat nak sopink makin buak buak. Eheekk. Walla!

Sunday, 24 April 2011

Bahagia Nya Bilik Sewa Dan DiSunting Orang Dan dalam Kata Lain DH Dapat Seorang Roomate Akhirnya ! Syukur..

Assalamualaikum dan salam ceria :) entah kenapa hari ni (hari ni tu merujuk pada semalam ye) adalah hari yang bersejarah, tapi hati ini masih rasa tak best walaupun ada dua perkara yang berlaku. Kompem ke tidak..hanya tuhan yang tau. Ok sebenarnya yang wia dok kecoh kecoh nak bagitau ni adalah berkenaan dengan my roomate. Alhamdulillah kalau entri lepas aku cakap ada yang nak datang melihat, tepat pukul 10.00 pagi tadi bakal roomate aku sampai dengan membe nya. Tapi sebelum ada sesetengah uoOls yang baca entri ni salah faham pulak siapa pulak bakal roomate wia.. jangan fikir yang bukan bukan. Tapi bakal roomae wia tu adalah roomate yang akan sama sama stay dalam bilik yang sama di rumah sewa wieya sekarang.

Ok cerita laju laju. Sebenarnya semalam ada yang datang merisik bilik nih. jadi awal pagi la bangun pagi Sabtu semalam sebab nak mekap bilik yang simple tu jadi da bomb kan.. tapi tak ada la da bomb mana sebab masih banyak barang tak dibeli. Jadi bilik wia tu nampak sesimple yang mungkin. Dalam pukul 10 pagi macam tu seperti yang dijanjikan semalam. beep beep mesej henfon wia berbunyi. Cepat cepat tengok mesej di skrin fon.. yup orang yang nak merisik dah datang di pintu guard la. 

Terus tanya dia nak aku pegi turun ke atau dia yang nak datang naik sendiri. So, resultnya dia nak wia turun. tapi dah orang datang merisik cara baik, kita pun layanlah cara baik. Terus ke pintu guard dan nampak la kelisa hijau bernombor plat JLB bla bla bla. Dua orang gadis turun dari kereta.


Yang wia nampak pertama kali, seorang bertudung dan seorang tak. Mungkin membernya fikir wia. Jadi bersalam salaman la antara weouls. Kenal la yang mana satu bakal roomate wia jika merisik ini menjadi. Jadi terus la wia bawa diorang naik tengok umah yang didiami wia dan 3 orang lagi. Sambil tu weouls sembang sembang la sedikit sedikit tentang latar belakang. Mulanya student mana? umur berapa? dah deg ke dip? dan asal mana?
Result yang wia dapat dari dia ialah dia seorang student UNiSEL, sama la kita! umur pun sama 22 tahun. Dah degree sem satu, yang itu tak sama. Dan dia berasal dari Johor. Tengok nombor plat la kan. HikSss..


Sampai je di umah sewa, terus depa dok belek belek, tanya tanya. Yang housmate wia lagi sorang dok menonton dan lagi dua orang di daalam bilik. Tapi wia dah bagitau diorang malam tu dah kata ada orang nak datang merisik bilik. Selepas tu pintu bilik wia dah di buka dan masa tu kemas la kan.. bila diorang masuk. Tanya apa yang patut..dan sambung sembang kat luar pulak. Dia cakap ada lagi umah nak merisik dan resultnya jadi ke tak menyewa di bilik wia petang semalam 23 April 2011. Dan selesai la tetamu yang hadir. Dan masa balik dah tak tunjuk jalan dah. diorang balik sendiri. Ramah ramah orangnya. Dalam hati aku berdoa semoga dia berkenan. Amin*

Tak sampai petang pun dalam sejam kemudian pukul 11.33 pagi.. dia dah bagi result yang dia CONFIRM nak dok bilik nie. Masa tu hanya tuhan yang tau perasaan aku. Dia tanya serba sikit pasal harga. Mungkin nak yakinkan kot. Last sekali aku tanya lagi betul ke conform? Dia kata yup, confirm. Alhamdulillah.. sujud syukur aku waktu tu. Masya Allah.. tuhan mendengar doaku. Subhanallah! Ye dan sekarang aku dah ada roomate untuk bulan depan bulan Mei. Best bukan kepalang. Tapi dalam hati masih tertanya tanya dan tak percaya sebab bukan boleh heppi sangat kan. Harap harap... itu yang terbaik. Ok.. nak bagitau nama yang bertuah menjadi bakal roomate di umah sewa wia ni adalah NUR AINI.


Nanti bila dah rasmi dia jadi roomate wia.. wia tunjukkan gambar ok :) Bahagia.. Ya Allah..syukran Jazilan. Selama ini aku mencari cari roomate selama dua bulan nie..akhirnya semalam dah jumpa seorang. Heppi :') tersedu sedu dalam linangan air matalangsung wia ceritakan pada mak. Yang tambah untung..sewa bulan bulan tak ada la mahal sangat. Syukur.. Ok sahabat blogger sekalian. Kalau semalam memang nak taip stori sangat sangat. Tapi bila line tenet dah lembat sambung malam ni. Ceenggitu la wia..^^ Heee



| Muka Bahagia Wia |
Okeylah.. disaat tenet tengah laju. Nak blogwalk cepat cepat. Ini berita baik yang aku terima.. akhirnya bilik wia nih disunting seseorang akhirnya. Penantian yang penuh kesabaran. Ok, jumpa entri seterusnya pasal hari ini dalam sejarah jugak. Tak sabar nak cerita. Setiap hari banyak yang di storikan dalam blog kesayangan wia ni.. Al-maklumlah di tempat baru katanya. Salam Ceria. Walla!

Saturday, 23 April 2011

Penyelamat Ku Ubat Batuk Oo Ubat Batuk.

Assalamualaikum. Alhamdulillah arini..cemana nak mulakan ye, dalam entri semalam DH dah stori sikit sikit pasal my roomate kan..tapi tinggalkan dulu pasal roomie. Entri lepas berkisar pasal batuk. Entri kali ni pun ada kena mengena dengan batuk.  Tapi ubat batuk pulak. Mulanya memang tak nak beli tau. Tapi batuk tak henti henti dan mula tido malam pun terganggu. Jalan penyelesaiannya adalah mencari ubat. Niat dihati nak pegi klinik berdekatan tapi atas niat seseorang classmate yang DHanggil Nuun yang bekerja sambilan di Petronas menawarkan diri nak belikan ubat. Laju je aku terus order dan bagi duit  padanya semalam. Jadi mau tak mau petang tu kena la au bersabar tunggu ubat. Batuk kui menjadi jadi. Gatainya tekak bagai digaru garu gittu. Hanya tuhan yang tau.

Seperti kebiasaan, minggu pertama di tempat baru memang terasa sangat janggalnya. Mencari makan sendirian. Pegi ke kelas dengan clasmate satu blok sebab member lama seperti yang uoOls tau memang dah lupakan DH. Hadoii sabar aje lah. Mungkin ada hikmah dok asing asing. Tapi yang bestnya kat sini surau yang di tengah tengah blok tu sentiasa di imarahkan oleh penghuni dan student desini yang kebanyakannya dari student UiTM dan UNiSEL. Memang kalau setiap azan tu.. terasa jelas dengarnya. Jadi boleh alert waktu azan dan solat masuk. Merdu je suara bilalnya..

Ok terselit sikit cerita pasal rumah sewa DH desini. Sambung cerita ubat batuk. Batuk memang sempitkan dada macam asma je DH rasa. Memang tak selesa. Tapi dalam pukul 11 malam semalam cenggitu, Nuun call dan panggil DH sebab dia dah sampai umah sewa DH. Dalam hati bersyukur dia tak lupa belikan. Jadi sejak malam tadi DH dah telan satu per empat ubat dari botol tu sampai sekarang sebab kena makan 4 jam sekali untuk kelegaan cepat dan pantas. Ops! sebelum terlupa ni pest time merasa ubat batuk nih yang namanya agak popular dekat tv dan radio iaitu ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika. Sedapp! dah macam nikmat DH makan ubat batuk nia sebab nak cepat baik.

| Ubat batuk ni tak pahit dan manis! |

Setakat ni kena tengok berapa lama kena makan ubat ni. Sebab batuk pun tak hilang lagi. Tapi DH berharap sangat cepat sembuh. Nak belajar dengan baik dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Esok ada misi baru. yezza! sebab tu nak sihat. Moga makan ubat ni DH  sihat dan kuat. Tekak pun tak gatal gatal lagi. Tapi kena makan ikut time laa.. tido pun tak nyenyak sebab kuman penyebab batuk tu jahat dan kejam. Nyah kau dari tekak comel aku ok. Memang tak tahan batuk je memanjang. Mungkin sehari dua tu baik la kot kan..

Okey la. Tak sabar nak taip entri kedua dan ketiga pulak. gaya macam rajin je DH nih. Sebab memandangkan BB pun laju je kan..ops! DH pun belum buat entri pasal BB lagi kan..Apa tu BB? tengok pada kerajinan dan kelapangan ye. Satu per satu. ^^ Ok bersiap sedia untuk entri bertubi tubi.. walla! tunggu ye-----> perasaan berkobar kobar nak cerita. Hikss. Saat saat yang ku tunggu saat tu. Entri seterusnya nnt ye. Selamat blogwalk :')

Batuk Dan Tak Sedap Badan :'(

Assalamualaikum. Salamalam Sabtu buat semua. Hari ni batuk, batuk dan batuk sepanjang hari. Sakit dada dan perut. Makan dan kulum lozeng fisherman friend perisa epal tak henti henti. Tapi larat nak makan ubat tu je kan.. dalam kelas dua hari kebelakangan nih macam tak selesa. Batuk saja. Tekak ni rasa macam nak godek godek buang je kuman yang melekat tuu. Tapi apa kan daya pada mulanya nak pegi klinik dan kemudiannya terbantut sat. Last last tak tahan sampai tido malam pun terganggu. 
Jadi tak boleh tahan.. kena jugak ambik ubat batuk. Sebab nak belajar terganggu. Nak tido apatah lagi.. padan pun rasa tak macam suam suam kuku suhunya. Sabar ajelah. Yang hairannya DH tiba je di Shah Alam terus batuk batuk. Atau mungkin cuaca agak panas. Jadi moral of storie minum banyak air kan..

Memang cuaca sekarang tak menentu sebab tu badan pun rasa lemah je.. sampai kadang kadang tu, tangkap kepala buat kepala ni sakit sangat. Berat nak ke kelas dan sebaliknya. Nak gerak kemana mana pun rasa macam tired. Al-maklumlah dah badan tak sihat cenggitu la gayanya. Buat masa sekarang ni, aku dekat umah sewa terasa amat selesa sangat sebab dok pun 4 orang je satu umah. 

Dalam satu umah 3 bilik. Aku pun masih solo lagi dalam bilik niaa.. jadi teramat la mengharap roomate atas sebab sebab tertentu. Dan esok ada temujanji dengan seseorang. Hope so ia jadi dan berkenan umah ni. Tapi apepun keputusan kat tangan dia kan.. dup dap dup dap lagi.

Sebenarnya DH nak masukkan sedikit gambar uamh sewa DH.. tapi disebabkan hati pun tak senang lagi maksudnya tak heppi lagi sebab hujung bulan pun makin dekat. Harap harap dia jadi. Okey sebelum ni aku memang mengharap.. masalah nya kalau terlalu mengharap takut resultnya tak sama dengan apa yang kita ingini tu yang rasa tak best. 

Doakan semuanya berjalan lancar. Harap dia berkenan..amin* Satu satunya harapan yang ada. Okey la batuk pun tak mengizinkan DH mengonlinekan diri terlalu lama. Jam pun nak menunjukkan pukul 12 tengah malam. DH perlu rehat dan mengharapkan esok segalanya berjalan dengan lancar. Sama sama aminkan yang terbaik buat DH ye :)

Doakan kesembuhan yang cepat sebab sem pendek ni hanya dalam masa 7 minggu sahaja. Maknanya tinggal sebulan je lagi. Apepun, DH kena sihat sentiasa.Moge diberi kesihatan yang baik di tempat baru. Akhirul kalam.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri DH sendiri. Salam ceria..... <3

Thursday, 21 April 2011

Secara Rasminya Menjadi Warga Shah Alam :')

Assalamualaikum :) Salam bicara, wawah lama tak menghapdate tetiba rasa gian jugak nak menaip. Bukan tak on9 tapi boleh dikatakan kerap. Sering jalan jalan bersiar di rumah blog rakan blogger yang lain. Tapi bila tengok blog sendiri hanya stori lama. Rasa semangat berkobar kobar pulak nak hapdate. Ok memula nak  mulakan cerita dengan kalimah Bismillahirohmanirrahim  dan Alhamdulillah bertarikh 18 April yang lepas, hari Isnin adalah hari penghabisan cuti semester wia yang terakhir untuk sem lepas. Kalau U lain sedang asyik cuti 'study week' tapi aku pulak bersiap sedia dengan semester baru yakni semester pendek. Yang jugak pertama kali aku merasa. Lepas dua bulan cuti pulak. Best best best..terbaiklah!


Bersama sama 18 April tu jugak dengan berat hati, dalam pukul 10 pagi aku bertolak dari Kedah ke Perak dan langsung terus ke Shah Alam  untuk berubah angin dan suasana sebab kampus pun berpindah. Tau sebulan bercuti dan tiba tiba ayah ditimpa musibah, mau taknya aku nak menangis dan berat hati dalam tiap tiap hari dok jaga ayah tetiba dah nak kena balik. Mestila rasa lain. Hmm:'(  sampai je ke bumi yang digelar Shah Alam. Memang sesuatu yang baru. ! Menakjubkan.. sebab antaranya sini bandar sana kampung. Memang jauh la bezanya. Kalau bab nyaman,sku dapat rasakan desini jugak nyaman dan tenang ditambah keselesaan berpanjangan.. Naik bas sampai pukul 5 petang di Stesen bas seksyen 17.. naik pulak teksi untuk travel ke umah sewa. Memang experience semuanya.


Ok taip laju laju ye.. sebab hari ni first kelas ditempat baru rasa kekok tau. Segalanya terasa baru seperti rusa masuk kampung >.< dan satu yang wia nak katakan masuk saja pintu pagar Unisel memang trang tang tang nampak peraturannya amat ketat. Tak kira dari segi pakaian ataupun sebaliknya memang dari atas sampai bawah kena ikut peraturan. Kad matrik jangan cakap la memang kena gantung selalu. Tambah tambah guard tu kata, tak berat mana pun. Tokoknya lagi boleh tambah menampakkan ketampanan dan kecantikan sorang pulak., Cam pelik statment tapi seakan memujuk pun ada jugak aku rasa time tu. Gelagat manusia kena tahan dan diberi warning macam macam aku dapat tengok hari ni. Memang serius lain dan environment dia, Jangan aku pulak kejutan budaya sudah.. Haip! itu bukan profesion aku..lalalalala ^^ sabar aje laa.


Update* maksudnya entri bersambung dari semalam ke malam ni pulak.. itu laa aku yang selalu tak berkesempatan menghapdate macam dulu dulu. Taip sekerat yang lain banyak rehatkan diri. Al-maklumlah di tempat baru la katakan..hikss. Ni pun aku luangkan masa time dah siap tutorial. Aku tekad malam ni jugak nak hapdate laju laju. Supaya dapat publish. Sebab kalau aku terus menaip dan menaip maknanya cerita aku akan bercampur aduk sebab aku dok ada tiga ke empat cerita nak stori dalam blog kesayangan nih.. tungguu ye :')


Hokey sekarang aku nak cakap dengan rasminya aku dah jadi warga bumi Shah Alam :) senyum... masih solo di dalam bilik. Roomate? yup masih menanti siapa gerangannya.. Sabar menanti. harap harap yang baik hati lagi peramah dan cun. Hee. Tak adalah.. bukan demand tapi kalau susah nak dapat kata orang menda yang baik susah nak dapat. Jadi macam tu la jugak romate kot. Selamat Malam semua. Welcome to Shah Alam for me.. gudbye Kuala Selangor. Tapi tetap dalam bumi Selangor jugak cuma bezanya sini bandar dan sana kampung. Lain udara dan persekitaran. Ok, nnt aku gapdate lagi.. nak blogwalk bl0gger lain la. Doakan yang terbaik buatku ye.. Salam Ceria. Adios.

Sunday, 17 April 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak.. Segalanya DenganMu Amat Bermakna. Sayangg Sangat :)

Assalamualaikum dan secara lajunya nak hapdate tentang hari semalam yang bertarikh 16 April 2011 adalah salah satu tarikh bermakna dan istimewa buat wia kerana tarikh ni ada 4 orang yang berkongsi tarikh yang sama tapi berlainan tahun. Selalunya wia akan hapdate waktu tengah malam tepat pukul 12.00 tengah malam terpacak dan berdetik tepat lalu wia publish entri itu secara automatiknya. Tapi kadang kadang wia taip on de spot. Tapi bagi hari ni biarlah walaupun lewat petang baru nak hapdate sedangkan malam tadi di waktu tgh malam wia sempat jugak on9 tapi seperti kebiasaan, masa dan letih badan membantutkan wia untuk menaip. Takut jugak menaip time badan dan otak tired, wia akan merapu merepek semacam. Kang di cop seorang yang tidak waras pulak. Hee wia bergurau saja ok:') meh nak stori lebih lanjut.. staright to de point ;p

Ok sambung menaip dengan mulakan dengan satu ciuman ikhlas seorang anak sulong pada ibunya, Puan Faridah tepat 12 malam tadi, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran mak yang ke-45. Moga mak dipaanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria dan gembira disamping ayh dan anak anakmu yang 4 orang tu. Nakal dan macam macam ragam ada. Semoga mak diberi kesabaran diatas kejadian yang menimpa kita sekeluarga. Yang penting ayah selamat dan sihat. Alhamdulillah.

Ye.. buat rakan blogger wia sekalian, hari ini (semalam) adalah hari kelahiran bonda tercinta. Gaya wia menaip ala ala berita hal semalam tapi tersiar hari ini. Lebih kurang cenggitu la. Sebab sedap sedap menaip semalam. Baru sempat hari ni publish. Biasa la tu kann. Sambutan besdat mak biasa biasa je. Semalam pegi market beli bahan bahan mentah buat laksa. Yippe! itu memang feveret! Gigih aku dan mak masak di dapur diselang seli buat sup sayur untuk ayah dan goreng ayam beserta ikan Haruan goreng. Sebut pasal ikan Haruan, ada cerita yang aku nak stori nanti.. weehee.
Tapi sebelum tu nak nyanyikan lagu doa selamat buat mak :)
Allah Selamatkan mak,
Allah selamatkan emak..
Allah selamatkan emak tercinta, 
Allah selamatkan emak ^^
My beloved mum ;)
Sayang mak ketat ketat tau.. Walaupun semalam tak sambut sangat seperti tahun tahun sebelumnya, tapi mak banyak menjamu tetamu dengan segala yang ada di rumah ni buat tetamu yang hadir untuk menziarahi ayah. Contohnya seperti dalam karangan, kita sebutkan contoh untuk kuatkn karangan kita, tengok dah melalut dah wia nih.. Contohnya semalam beraya pesta keropok lekor habis habisan, buah buahan dan laksa. Nyummmy ! Sedap sungguh la nak habaq mai.. tambah tambah laksatu kuahnya mak yang masak. Memang superb kenyang. Wia bedal dua mangkuk pun tetap terliur lagi nih :') memang masakan dari air tangan seorang mak tiada tandingannya. Tanya la sesiapa pun kan..^^


Laksa feberet seisi keluarga ;)

Okey, semalam aku teringin sangat nak beli kek buat mak tapi atas sebab sebab banyak sangat makanan dalam umah. Akhirnya niat itu wia pendam dalam hati saja. Lagipun mak kurang dengan kek. Sekadar nak menjamah satu dua boleh lagi. Hikss. Tapi apepun nak cakap, sayangg mak sangat sangat.! Moga mak panjang umur dan wia pun bolehla bermanja dan meluahkan segalanya selalu sebab mak la satu satunya pendengar setia wia ;) Salam ceria semua. Nak kemas barang laa, esok dah nak balik Shah Alam. Tensionnya >.< malas la nak balik. Tapi apa kan daya, cuti semester dah tamat. Dan kadang kadang wia rasa macam dah buat keputusan yang salah, tapi satu je yang memujuk hati ini adalah mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Mudah mudahan... (",)

Saturday, 16 April 2011

Editor Merangkap Owner Bl0g Chito Bertukar Kata Ganti Nama Kepada DH atau Dawia Dalam Entri Nya ;)

Assalamualaikum. Kelapangan yang ada aku sempatkan diri untuk menaip di laman ini untuk sekian kata meluahkan apa yang dirasa. Aku dah cerita kesedihan musibah yang melanda famili. Sekarang ayah semakin sihat walafiat dan semakin pulih. Cuma sekarang perlu banyak rehat dan penjagaan perhatian penuh mesra kasih sayang. Sebelum ni aku aku ada cakap nak letak gambar ayah dalam blog ni. Aku fikir fikir semula, biar la aku bersedia untuk letakkan desini. Baru aku tempek ok. Bila lama tak buka lappy, sekali on rasa tak sabar sabar nak menaip. Tengok panjangnya tajuk sebab dah lama gian nak menghapdate la katakan.

Tujuan entri aku petang ni adalah untuk tukarkan bahasa nama diri dari 'aku' kepada DH iaitu singkatan dari  Dawia Honeyputri . Sebab utama adalah saja nak bertukar selera, mungkin dah selesa dengan DH. Singkat tapi mudah di ingati. Itu pilihan pertama. Pilihan kedua, aku nak bahasakan diri dalam bl0g ni Dawia ataupun wia ;) macam lebih feminin dan soft pulak gittu. Sebab aku rasa mungkin dah lama patut tukar supaya nampak sopan kalau kalau ada bl0gger yang lebih berusia, nampak lebih sopan. Aku nak cuba cuba laa mana tau boleh. Lagipun dari sehari ke sehari, usia makin meningkat. Jadi cam tak best bahasakan diri aku semedang (selalu dalam loghat Kedah). Nak jugak tukar pada yang lain kan ;)
I love change in satturn thing actually ;p

Okey selepas ni aku bahasakan diri dalam kata ganti nama diri Dawia ke wia ek ;) Moga dengan perubahan ni akan lebih friendly dan menceriakan bl0g nih. Eh eh bila nak start mulakan ye. Mungkin entri selepas ni la ye. Mula mula memang rasa kekok, tapi lama lama mesti ok kan. Rasa hari ni macam nak hapdate blog 3 kali sehari. Geram je setiap kali on9 mesti hanya sempat update status bloh dan berbalas komen. Tapi bila buka bl0g nia nak hapdate tapi tak sempat. Nak blogwalk tapi macam tak sempat jugak. Tapi aku sangat sangat hargai pada sesiapa yang datang mengunjungi dan jalan jalan di blog ni. Toce toce member blog ;) InsyaAllah semuanya akan ok.


Maksud aku masalah yang menyelebungi aku bersarang dalam hati sebulan lebih ni. Aku harap sangat dapat hidayah dan petunjuk, apa yang harus aku buat sampai susah sangat orang nak melekat dan berminat. Hairan laa. Baru semalam aku tukar background macam sweet sikit, untuk ubah selera.. selepas ni gambar gambar dalam blog ni pun akan berubah saiz secomei yang mungkin. Gambar yang dalam entri entri yang lepas biarlah dahulukan. Hikss.. lama aku tak senyum nakal dalam blog ni. Aku bersyukur ayah dah sembuh.. dah semakin sihat. Gambar ayah eksiden? hmm tunggu ye. Nanti aku upload. Sebab belum sempat nak transfer lagi sebab quite busy. 


Antara sebabnya aku jadi staff nurse bidan terjun menjaga ayah disebelah siang dan mak sister nurse disebelah malam. Adilkan? tapi siang pun, letih hanya tuhan yang tau. Tapi itu semua tak penting, yang penting ayah sihat walafiat. Eheee :'D harap harap macam tu la. Walaupun sengal sengal luka masih terasa, insyaAllah rabu ni balutan di tangan ayah dah boleh buka. Tapi masa tu aku mesti kat kampus dah. Tapi xapa laa..pelan pelan kayuh kata orang yang penting aku puas hati dapat menjaga ayah sepanjang cuti sem kali ni. Itu lagi bermakna dari segala galanya. Yang penting ayah selamat dari musibah yang melanda. ;)


Okieh ni entri last yang aku bahasakan diri sebagai aku sebab kununnya nak nampak lebih mesra. Tapi kalau bahasakan diri dengan nama lebih nampak solida dan friendly. Kalau kena gaya boleh nampak manja tau. Rasa macam nak senyum je. Bukan apa rasa boleh hapdate dengan tenang sekarang. Sebabnya aku akan ceritakan satu persatu dalam entri akan datang.. macam macam nak stori dalam blog ni cuma masa yang cemburukan aku. Kadang kadang badan pulak letih buat aku tak sempat.


Masakan tidak, ayah ditimpa musibah, sedara dan rakan taulan mak dan ayah datang melawat sehari ke sehari mesti ada yang datang berkunjung. Jadi tak molek pulak aku mengadap blog, sedangkan tetamu datang. Kan macam tak manis pulak. Sedangkan dalam Islam memuliakan tetamu yang berkunjung, baginya pahala ganjarannya. Subhanallah. Okeylah.. change to be nickname Wia, Dawia or DH in entri mengikut mood ye. Tiada lagi istilah aku dalam entri buat sementara ini. Winks.. sehingga berjumpa di lain entri. Maaf aku jarang hapdate atas sebab sebab yang aku taip diatas. tapi yang pasti aku sign in dua tiga kali blog dalam sehari tau. Salam manis buat semua. Walla!

Tuesday, 12 April 2011

13 Hari Tak KemasKini , Keluarga Ditimpa Musibah Allah Taala..

Assalamualaikum dan salam pembuka bicara ;) Agak lama tak bersua dalam arena bl0g, akhirnya ada kelapangan di kesempatan yang ada aku amat rindu untuk menghapdate bl0g nih. Maaf pada kengkawan yang berziarah dan jalan² kat bl0g nih tapi aku tak ziarah balik sebab ada sebab² tertentu kenapa aku tak hapdate. Walhal lepas aku hapdate pasal bufday aku tu.. ada hal yang aku nak hapdate tapi jadi kenangan. Bukan apa dalam 13 hari  tak hapdate..pelan² cerita noh. UoOls nak tahu aku semuanya jadi pengalaman. Seriau nak cerita kat hempa. Tapi mau tak mau kena jugak la. Sebab bl0g ni kan kisah tersirat tersurat aku ^^ Lets stori..

Aku boleh tersenyum sebab hari ni dah genap 13 hari ayah aku makin pulih. Sebenarnya selama aku menyepi bukanlah saja² aku tak mengon9kan diri.. cuma dalam masa 13 hari ni, keluarga aku ditimpa musibah. Genap hari Rabu yang lepas, seawal jam 9 pagi.. telefon mak berdering, dan aku masa tu baru saja nak mengon9kan diri.. baru sangat dalam 5 minit. Tetiba mak cakap ayah call.. ingat nak cakap apa.. rupa²nya ada orang telefon guna enset ayah bagitau yang ayah accident :'( Ya allah masa tu hanya tuhan yang tau macam mana perasaan aku yang berkobar² nak tau apa yang terjadi pada ayah sebenarnya. Patutla 2,3 hari ayah asyik heppi saja, gelak ketawa tak henti².. rupanya ayah ditimpa musibah pada 30 Mac lepas.. sewaktu nak pegi ke tempat kerja. Dengar² dilanggar lari oleh sebuah lori trailer bawak barang. Dan untuk pengetahuan uoOls, ayah aku bawak moto pegi kerja. Kesiannya ayah. Patut perangai ayah pagi tu nampak lain sangat.




Dup dap bersedia nak bertolak dan nak menerima apa saja suratan Allah dikala pagi 30 Mac..pegi naik dengan uncle Pak Lang, adik ayah bersama mak. Adik² lelaki ku semua pegi sekolah seperti biasa. Hanya hati ini aku kuatkan semangat.. endengan khabar eksiden buat aku tak tenang. Hati semua bergerob0k bagai kapal nak karam. Tapi emak aku lihat tenang je. Panggilan yang masuk, aku rasakan seperti nak kiamat bila nak terima. UoOls dapat bayangkan perasaan tu kalau dah penah alami. Terasa lambat sangat nak sampai ke Hospital Sungai Bakap. Sebelum tu, singgah kampung ambik tok atau nenek yakni mak kepada ayah. Tok amat kesian.. mak teh aku pun sebelum ni 23hb Mac patah tangan dan masuk besi buat operate. Sampai sekarang masih belum sembuh dan sekarang ayah pulak. Keadaan masih tak diketahui. Sukar nak aku cerita, pendek kata hanya tuhan yang tau...........


Sampai saja di Hospital Sungai Bakap, aku berdebar debar sangat sangat. Secara kebetulan Paksu aku yang stay dekat area tu sedang menuju ke hospital tu jugak. Tapi mungkin perasaan tergerak hati buat Paksu aku pun menuju masuk ke hospital tu jugak. Aku dan famili yang dalam kereta ingatkan Paksu dah tau ayahku ditimpa musibah. Rupanya dia tak tau dan lepas dapat tau baru dia cepat cepat parking moto dan tanyakan keadaan ayah pada jururawat yang bertugas. Kebetulan aku daan mak pun baru sampai, perasaan kami takut sangat. Gementar.. bayangkan setiap panggilan yang aku terima terasa seakan akan halilintar yang menyentap jantung. Takut takut dengar perkhabaran yang tak elok. Nauzubillah..



Sampai saja, aku difahamkan yang ayah sedang di x-ray.. Ya Allah macam mana la keadaan ayahku saat itu... hati aku berdoa agar ayah tak apa apa.. risau tersangat. Aku pandang mak, tok dan paklang paksu.. semuanya masing masing tenangkan diri sendiri. Selesai saja.. aku nampak ayah dikeluarkan dan nampak ja ayah.. hati aku rasa macam lemah.. kepala dan tangan ayah berbalut dan berlumuran darrraahh... Allahu Akhbar. Baju yang ayah pakai penuh dibasahi darah. Gerun nya aku tengok ayah saat itu.. nampak sakit sangat.. hanya tuhan yang tau cemana perasaan aku saat tu.. mak apatah lagi :'(


Aku kuat hati.. lalu terus tanya pada Paksu yang tika itu  bersama sama ayah yang keluar dari bilik X-ray tu dengan membawa gambar x-ray.. aku nak tau lalu aku dekat dan langsung tanya khabar ayah.. kata paksu luka pada mata dan kepala, yangan dan kuku kaki sebelah kiri dicabut.. Allah :( Aku lemah sekali lagi.. terus terasa telinga berdesing, mata gelap.. aku dah pitam. Muka dah pucat dan entahla... aku rasa macam longlai sangat...T___T. Aku dah tak masuk dalam bilik kecemasan sebab tak berani tengok.. tapi aku tengok mak masih kuat. Paksu belikan air kotak kat aku. Tok pulak urut urut badan supaya pucat dan pitam aku hilang.. dan sempat aku lihat tok menangis. Sebelum tu seminggu lepas mak teh aku patah tangan eksiden jugak. Nasib laa.. macam macam yang menimpa. Kesian tok... :'(

Lama lama aku dah noraml semula, ayah masih di bilik kecemasan. Kebetulan CH bos ayah, chairman ada dekat situ.. dia yang hubungi merata tempat untuk masukkan ayah di hospitak swasta.. mula mula nak ditempatkan di Pulau Tikus.. tapi penuh. Kemudian, lama menunggu. akhirnya Hospital Pantai Penang masih kosong.. ayah aku kena dapatkan rawatan cepat sebab dia luka parah di bahagian kepala. Hospital Sungai Bakap tak cukup peralatan dan doktor pakar tak ada.. tuhan tunjukkan jalan. Akhirnya menunggu ambulance dari Hospital Pantai datang... lama la jugak sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aku dah bagitau adikku, Nana yang studi dekat UPM. Dia nangis.. kebetulan pagi tu dia ada test. Nasib test last.. adik adik lelaki aku masih di sekolah. Aku risau segala galanya... harap ayah selamat. Dalam lebih kurang pukul 12.45 tengahri baru ambulance sampai.. masa menunngu ambulan aku sempat masuk bilik kecemasan bawa tok sekali, Ya Allah.. ayah sedang mengerang kesakitan.. mulutnya buka sikit. Cakapnya seakan berbisik. Kesiannya ayah... bajunya basah. Berdarahhh... semua berbalut, tangan dan kepala. katanya sejukk. Sakit. Sedihnya.. aku terus keluar bilik tu.. tak sampai hati tengok ayah sakit. Baru pagi tadi tu dia bergurau.. makan sarapan sama sama., nasi goreng. Tapi pagi tu memang hujan.. cemana la ayah bleh eksiden. Hati kecil bertanya hiba....

Sempat tok wan dan tok sebelah mak sampai.. melawat saat ayah tengah sakit. Dalam bilik kecemasan. Dan dua orang kawan ayah pemandu bas mara mai.. dalam 5 minit. Ambulance pun sampai saat aku tengah makan akibat lapar sangat. tapi makan pun macam tak makan >.< entahlaaa...tiba je ambulance, mak daari awal dah cakap, mak tak mau naik sorang sorang. Sebenatnya memang kena naik sorang je. Tapi aku tetap naik berdua setelah dipohon cakap mak tak sihat. First time naik ambulan.. Allah je yang tahu saat masa tu. Ayah dimasukkan dalam ambulan. segera siren berbunyi dan kenderaan itu bergerak dengan kelajuan yang buat jantung aku berenti sekali sekala. Laju sangat..... ! rasa macam nyawa aku pun nak melayang. sabar ajalah. Dalam ambulan, nurse tak jemu bertanya mana yang sakit pada ayah. Aku rasa ayah tak sedar tapi dia sangat alert. sayangg ayah. Dia bagi respon. tapi ingatan nya banyak yang tak ingat. Risaunya.. dalam sedar tak sedar. Banyak trafic light yang ditempuh dan tol plus.. rupanya tadi kami dah seberang jambatan Pulau Pinang. Betapa lajunya ambulan sampai tak sedar jauhnay perjalanan. siren berbunyi...itulah pertama kali. Penuh menjadi lipatan pengalaman ku seumur hidup.

Sampai je dekat Hospital Pantai Pulau Pinang, terus ayah dimasukkan dalam wad kecemasan. Aku dan mak terus register. Di jugak pertama kali aku huat semua tu.. mungkin nak mematangkan aku. Aku dan mak masing masing gementar.. entahla semua yang berlaku rasa macam sekejap sangat. tiba tiba dah ada kat Pulau pinang. Dan ayah sedang dirawat dan disalin baju hospital.. segala dokumen di isi dan ditanda tangani. Akhirnya dua orang doktor buat pengumuman nak buat aperation. Masa tu tepat pukul 3.30 petang dan operation siap sedia di tingkat satu.. aku nebes sangat! setelah selesai uruskan,,nurse bagitau mungkin operation mengambil masa2 ke 3 jam.. masa tu hanya tuhan yang tahu. Hati berdoa ayah selamat. Ayah kena buat operation mata dan tangan dan kepala.

Masa yang ada aku makan dengan mak di cafe hospital. Tapi entahla makan pun macam tak makan :'( menjawab panggilan demi panggilan.. nasi tak habis dijamah. Perut rasa kenyang sentiasa.. akhirnya aku dapat tau yang Nana nak balik tengok ayah. Malam tu baru sampai kot. Ramai sedara yang dah datang dalam pukul 4 lebih bertanyakan ayah. Tapi aku hanya mampu cakap ayah tengah daam pembedahan. Semua sedara dan adik beradik sebelah mak sampai. Keluarga ayah pun ada jugak. tapi ramai lagi sebelah mak. semua ada... lama menunggu sampai pukul 7.30 malam. Rupanya ayah dah keluar dari bilik bedah dalam pukul 6.30 petang. Sejam awal.. patut la lama menunggu tak keluar keluar lagi. Nasib paklang aku bertanya pada nurse. Dapat je tau ayah dah keluar..aku dan mak orang pertama yang tengok. Termasuk paklang.. ayah aku ditempatkan dalam CCU bawah HDU seakan akan ICU laa. Kerana cedera di kepala, tak koma.. cuma untuk pemerhtian kot, Banyak wayar yang dicantum pada badan ayah dan tangan tergantung. Harap ayah selamat... sayangg ayah. Dan sebelah mata kiri ayah terangkat dan terbukat sebab dijahit. Kesian ayah....

Selepas tu sorang dua dari sedara aku masuk untuk ziarah ayah sebab tak boleh ziarah ramai ramai. Sebab desitu Care Center Unit. dalam bilik ayah ada 4 orang lagi.. nampak selesa. Dan harap ayah cepat sembuh.. dan ada satu cerita lagi aku nak kongsi dalam bl0g ni. Ingat tak dalam entri lepas aku nak cerita pasal berita gembira 29hb Mac tapi tak berkesempatan sebab 30hb mac ayah eksiden. dan 28 mac adalah bufday aku.. semuanya aku ingat. Mungkin ada hikmah atas musibah yang berlaku. Duit RM5,000 ada bersama ayah waktu ayah eksiden tu.. tapi tuhan melindungi. Duit tu masih ada di poket sebelah kiri ayah. Paksu yang ambilkan lalu tunjuk pada aku, paklang dan mak waktu di Hospital Sungai bakap.. syukur duit tu tak hilang, Dan segala barang barang ayah jugak tak hilang.. moga yah selamat. dan bermula episod baru dalam keluarga aku selepas 30 Mac... sebab tu aku tak sempat hapdate dalam 13 hari yang lepas. Hampir 2 minggu dah.. lama. Sangat rindukan bl0g ni...

Okey nanti free aku sambung stori, keluarga aku dan ayah ditimpa musibah. Apa apa pun.. hari ni dah 2 minggu ayah dah kini ayah pun dah balik ke rumah. Nanti aku stori satu satu ye.. akhirul khalam, doakan kesejahteraan ayahku. Moga ayah cepat sembuh dan minggu depan aku balik Shah Alam.. tak bestnya! Pada yang berkunjung pada blog Chitobebear nih terima kasih sangat sangat ye. Amat aku hargai.. banyak nak stori. tapi nanti pelan pelan aku cerita ye.. Walau cemanapun, aku tak penat menjaga ayah. Nanti aku masukkan gambar ayah dalam bl0g ni. Salam ukhuwah dari aku Cik DH, Dawia Honeyputri. Walla..
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi