Assalamualaikum. Salamalam Sabtu buat semua. Hari ni batuk, batuk dan batuk sepanjang hari. Sakit dada dan perut. Makan dan kulum lozeng fisherman friend perisa epal tak henti henti. Tapi larat nak makan ubat tu je kan.. dalam kelas dua hari kebelakangan nih macam tak selesa. Batuk saja. Tekak ni rasa macam nak godek godek buang je kuman yang melekat tuu. Tapi apa kan daya pada mulanya nak pegi klinik dan kemudiannya terbantut sat. Last last tak tahan sampai tido malam pun terganggu.
Jadi tak boleh tahan.. kena jugak ambik ubat batuk. Sebab nak belajar terganggu. Nak tido apatah lagi.. padan pun rasa tak macam suam suam kuku suhunya. Sabar ajelah. Yang hairannya DH tiba je di Shah Alam terus batuk batuk. Atau mungkin cuaca agak panas. Jadi moral of storie minum banyak air kan..
Memang cuaca sekarang tak menentu sebab tu badan pun rasa lemah je.. sampai kadang kadang tu, tangkap kepala buat kepala ni sakit sangat. Berat nak ke kelas dan sebaliknya. Nak gerak kemana mana pun rasa macam tired. Al-maklumlah dah badan tak sihat cenggitu la gayanya. Buat masa sekarang ni, aku dekat umah sewa terasa amat selesa sangat sebab dok pun 4 orang je satu umah.
Dalam satu umah 3 bilik. Aku pun masih solo lagi dalam bilik niaa.. jadi teramat la mengharap roomate atas sebab sebab tertentu. Dan esok ada temujanji dengan seseorang. Hope so ia jadi dan berkenan umah ni. Tapi apepun keputusan kat tangan dia kan.. dup dap dup dap lagi.
Sebenarnya DH nak masukkan sedikit gambar uamh sewa DH.. tapi disebabkan hati pun tak senang lagi maksudnya tak heppi lagi sebab hujung bulan pun makin dekat. Harap harap dia jadi. Okey sebelum ni aku memang mengharap.. masalah nya kalau terlalu mengharap takut resultnya tak sama dengan apa yang kita ingini tu yang rasa tak best.
Doakan semuanya berjalan lancar. Harap dia berkenan..amin* Satu satunya harapan yang ada. Okey la batuk pun tak mengizinkan DH mengonlinekan diri terlalu lama. Jam pun nak menunjukkan pukul 12 tengah malam. DH perlu rehat dan mengharapkan esok segalanya berjalan dengan lancar. Sama sama aminkan yang terbaik buat DH ye :)
Doakan kesembuhan yang cepat sebab sem pendek ni hanya dalam masa 7 minggu sahaja. Maknanya tinggal sebulan je lagi. Apepun, DH kena sihat sentiasa.Moge diberi kesihatan yang baik di tempat baru. Akhirul kalam.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri DH sendiri. Salam ceria..... <3
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥