Assalamualaikum. Alhamdulillah arini..cemana nak mulakan ye, dalam entri semalam DH dah stori sikit sikit pasal my roomate kan..tapi tinggalkan dulu pasal roomie. Entri lepas berkisar pasal batuk. Entri kali ni pun ada kena mengena dengan batuk. Tapi ubat batuk pulak. Mulanya memang tak nak beli tau. Tapi batuk tak henti henti dan mula tido malam pun terganggu. Jalan penyelesaiannya adalah mencari ubat. Niat dihati nak pegi klinik berdekatan tapi atas niat seseorang classmate yang DHanggil Nuun yang bekerja sambilan di Petronas menawarkan diri nak belikan ubat. Laju je aku terus order dan bagi duit padanya semalam. Jadi mau tak mau petang tu kena la au bersabar tunggu ubat. Batuk kui menjadi jadi. Gatainya tekak bagai digaru garu gittu. Hanya tuhan yang tau.
Seperti kebiasaan, minggu pertama di tempat baru memang terasa sangat janggalnya. Mencari makan sendirian. Pegi ke kelas dengan clasmate satu blok sebab member lama seperti yang uoOls tau memang dah lupakan DH. Hadoii sabar aje lah. Mungkin ada hikmah dok asing asing. Tapi yang bestnya kat sini surau yang di tengah tengah blok tu sentiasa di imarahkan oleh penghuni dan student desini yang kebanyakannya dari student UiTM dan UNiSEL. Memang kalau setiap azan tu.. terasa jelas dengarnya. Jadi boleh alert waktu azan dan solat masuk. Merdu je suara bilalnya..
Ok terselit sikit cerita pasal rumah sewa DH desini. Sambung cerita ubat batuk. Batuk memang sempitkan dada macam asma je DH rasa. Memang tak selesa. Tapi dalam pukul 11 malam semalam cenggitu, Nuun call dan panggil DH sebab dia dah sampai umah sewa DH. Dalam hati bersyukur dia tak lupa belikan. Jadi sejak malam tadi DH dah telan satu per empat ubat dari botol tu sampai sekarang sebab kena makan 4 jam sekali untuk kelegaan cepat dan pantas. Ops! sebelum terlupa ni pest time merasa ubat batuk nih yang namanya agak popular dekat tv dan radio iaitu ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika. Sedapp! dah macam nikmat DH makan ubat batuk nia sebab nak cepat baik.
| Ubat batuk ni tak pahit dan manis! |
Setakat ni kena tengok berapa lama kena makan ubat ni. Sebab batuk pun tak hilang lagi. Tapi DH berharap sangat cepat sembuh. Nak belajar dengan baik dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Esok ada misi baru. yezza! sebab tu nak sihat. Moga makan ubat ni DH sihat dan kuat. Tekak pun tak gatal gatal lagi. Tapi kena makan ikut time laa.. tido pun tak nyenyak sebab kuman penyebab batuk tu jahat dan kejam. Nyah kau dari tekak comel aku ok. Memang tak tahan batuk je memanjang. Mungkin sehari dua tu baik la kot kan..
Okey la. Tak sabar nak taip entri kedua dan ketiga pulak. gaya macam rajin je DH nih. Sebab memandangkan BB pun laju je kan..ops! DH pun belum buat entri pasal BB lagi kan..Apa tu BB? tengok pada kerajinan dan kelapangan ye. Satu per satu. ^^ Ok bersiap sedia untuk entri bertubi tubi.. walla! tunggu ye-----> perasaan berkobar kobar nak cerita. Hikss. Saat saat yang ku tunggu saat tu. Entri seterusnya nnt ye. Selamat blogwalk :')
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥