Tuesday, 12 April 2011

13 Hari Tak KemasKini , Keluarga Ditimpa Musibah Allah Taala..

Assalamualaikum dan salam pembuka bicara ;) Agak lama tak bersua dalam arena bl0g, akhirnya ada kelapangan di kesempatan yang ada aku amat rindu untuk menghapdate bl0g nih. Maaf pada kengkawan yang berziarah dan jalan² kat bl0g nih tapi aku tak ziarah balik sebab ada sebab² tertentu kenapa aku tak hapdate. Walhal lepas aku hapdate pasal bufday aku tu.. ada hal yang aku nak hapdate tapi jadi kenangan. Bukan apa dalam 13 hari  tak hapdate..pelan² cerita noh. UoOls nak tahu aku semuanya jadi pengalaman. Seriau nak cerita kat hempa. Tapi mau tak mau kena jugak la. Sebab bl0g ni kan kisah tersirat tersurat aku ^^ Lets stori..

Aku boleh tersenyum sebab hari ni dah genap 13 hari ayah aku makin pulih. Sebenarnya selama aku menyepi bukanlah saja² aku tak mengon9kan diri.. cuma dalam masa 13 hari ni, keluarga aku ditimpa musibah. Genap hari Rabu yang lepas, seawal jam 9 pagi.. telefon mak berdering, dan aku masa tu baru saja nak mengon9kan diri.. baru sangat dalam 5 minit. Tetiba mak cakap ayah call.. ingat nak cakap apa.. rupa²nya ada orang telefon guna enset ayah bagitau yang ayah accident :'( Ya allah masa tu hanya tuhan yang tau macam mana perasaan aku yang berkobar² nak tau apa yang terjadi pada ayah sebenarnya. Patutla 2,3 hari ayah asyik heppi saja, gelak ketawa tak henti².. rupanya ayah ditimpa musibah pada 30 Mac lepas.. sewaktu nak pegi ke tempat kerja. Dengar² dilanggar lari oleh sebuah lori trailer bawak barang. Dan untuk pengetahuan uoOls, ayah aku bawak moto pegi kerja. Kesiannya ayah. Patut perangai ayah pagi tu nampak lain sangat.




Dup dap bersedia nak bertolak dan nak menerima apa saja suratan Allah dikala pagi 30 Mac..pegi naik dengan uncle Pak Lang, adik ayah bersama mak. Adik² lelaki ku semua pegi sekolah seperti biasa. Hanya hati ini aku kuatkan semangat.. endengan khabar eksiden buat aku tak tenang. Hati semua bergerob0k bagai kapal nak karam. Tapi emak aku lihat tenang je. Panggilan yang masuk, aku rasakan seperti nak kiamat bila nak terima. UoOls dapat bayangkan perasaan tu kalau dah penah alami. Terasa lambat sangat nak sampai ke Hospital Sungai Bakap. Sebelum tu, singgah kampung ambik tok atau nenek yakni mak kepada ayah. Tok amat kesian.. mak teh aku pun sebelum ni 23hb Mac patah tangan dan masuk besi buat operate. Sampai sekarang masih belum sembuh dan sekarang ayah pulak. Keadaan masih tak diketahui. Sukar nak aku cerita, pendek kata hanya tuhan yang tau...........


Sampai saja di Hospital Sungai Bakap, aku berdebar debar sangat sangat. Secara kebetulan Paksu aku yang stay dekat area tu sedang menuju ke hospital tu jugak. Tapi mungkin perasaan tergerak hati buat Paksu aku pun menuju masuk ke hospital tu jugak. Aku dan famili yang dalam kereta ingatkan Paksu dah tau ayahku ditimpa musibah. Rupanya dia tak tau dan lepas dapat tau baru dia cepat cepat parking moto dan tanyakan keadaan ayah pada jururawat yang bertugas. Kebetulan aku daan mak pun baru sampai, perasaan kami takut sangat. Gementar.. bayangkan setiap panggilan yang aku terima terasa seakan akan halilintar yang menyentap jantung. Takut takut dengar perkhabaran yang tak elok. Nauzubillah..



Sampai saja, aku difahamkan yang ayah sedang di x-ray.. Ya Allah macam mana la keadaan ayahku saat itu... hati aku berdoa agar ayah tak apa apa.. risau tersangat. Aku pandang mak, tok dan paklang paksu.. semuanya masing masing tenangkan diri sendiri. Selesai saja.. aku nampak ayah dikeluarkan dan nampak ja ayah.. hati aku rasa macam lemah.. kepala dan tangan ayah berbalut dan berlumuran darrraahh... Allahu Akhbar. Baju yang ayah pakai penuh dibasahi darah. Gerun nya aku tengok ayah saat itu.. nampak sakit sangat.. hanya tuhan yang tau cemana perasaan aku saat tu.. mak apatah lagi :'(


Aku kuat hati.. lalu terus tanya pada Paksu yang tika itu  bersama sama ayah yang keluar dari bilik X-ray tu dengan membawa gambar x-ray.. aku nak tau lalu aku dekat dan langsung tanya khabar ayah.. kata paksu luka pada mata dan kepala, yangan dan kuku kaki sebelah kiri dicabut.. Allah :( Aku lemah sekali lagi.. terus terasa telinga berdesing, mata gelap.. aku dah pitam. Muka dah pucat dan entahla... aku rasa macam longlai sangat...T___T. Aku dah tak masuk dalam bilik kecemasan sebab tak berani tengok.. tapi aku tengok mak masih kuat. Paksu belikan air kotak kat aku. Tok pulak urut urut badan supaya pucat dan pitam aku hilang.. dan sempat aku lihat tok menangis. Sebelum tu seminggu lepas mak teh aku patah tangan eksiden jugak. Nasib laa.. macam macam yang menimpa. Kesian tok... :'(

Lama lama aku dah noraml semula, ayah masih di bilik kecemasan. Kebetulan CH bos ayah, chairman ada dekat situ.. dia yang hubungi merata tempat untuk masukkan ayah di hospitak swasta.. mula mula nak ditempatkan di Pulau Tikus.. tapi penuh. Kemudian, lama menunggu. akhirnya Hospital Pantai Penang masih kosong.. ayah aku kena dapatkan rawatan cepat sebab dia luka parah di bahagian kepala. Hospital Sungai Bakap tak cukup peralatan dan doktor pakar tak ada.. tuhan tunjukkan jalan. Akhirnya menunggu ambulance dari Hospital Pantai datang... lama la jugak sebab masa tu jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aku dah bagitau adikku, Nana yang studi dekat UPM. Dia nangis.. kebetulan pagi tu dia ada test. Nasib test last.. adik adik lelaki aku masih di sekolah. Aku risau segala galanya... harap ayah selamat. Dalam lebih kurang pukul 12.45 tengahri baru ambulance sampai.. masa menunngu ambulan aku sempat masuk bilik kecemasan bawa tok sekali, Ya Allah.. ayah sedang mengerang kesakitan.. mulutnya buka sikit. Cakapnya seakan berbisik. Kesiannya ayah... bajunya basah. Berdarahhh... semua berbalut, tangan dan kepala. katanya sejukk. Sakit. Sedihnya.. aku terus keluar bilik tu.. tak sampai hati tengok ayah sakit. Baru pagi tadi tu dia bergurau.. makan sarapan sama sama., nasi goreng. Tapi pagi tu memang hujan.. cemana la ayah bleh eksiden. Hati kecil bertanya hiba....

Sempat tok wan dan tok sebelah mak sampai.. melawat saat ayah tengah sakit. Dalam bilik kecemasan. Dan dua orang kawan ayah pemandu bas mara mai.. dalam 5 minit. Ambulance pun sampai saat aku tengah makan akibat lapar sangat. tapi makan pun macam tak makan >.< entahlaaa...tiba je ambulance, mak daari awal dah cakap, mak tak mau naik sorang sorang. Sebenatnya memang kena naik sorang je. Tapi aku tetap naik berdua setelah dipohon cakap mak tak sihat. First time naik ambulan.. Allah je yang tahu saat masa tu. Ayah dimasukkan dalam ambulan. segera siren berbunyi dan kenderaan itu bergerak dengan kelajuan yang buat jantung aku berenti sekali sekala. Laju sangat..... ! rasa macam nyawa aku pun nak melayang. sabar ajalah. Dalam ambulan, nurse tak jemu bertanya mana yang sakit pada ayah. Aku rasa ayah tak sedar tapi dia sangat alert. sayangg ayah. Dia bagi respon. tapi ingatan nya banyak yang tak ingat. Risaunya.. dalam sedar tak sedar. Banyak trafic light yang ditempuh dan tol plus.. rupanya tadi kami dah seberang jambatan Pulau Pinang. Betapa lajunya ambulan sampai tak sedar jauhnay perjalanan. siren berbunyi...itulah pertama kali. Penuh menjadi lipatan pengalaman ku seumur hidup.

Sampai je dekat Hospital Pantai Pulau Pinang, terus ayah dimasukkan dalam wad kecemasan. Aku dan mak terus register. Di jugak pertama kali aku huat semua tu.. mungkin nak mematangkan aku. Aku dan mak masing masing gementar.. entahla semua yang berlaku rasa macam sekejap sangat. tiba tiba dah ada kat Pulau pinang. Dan ayah sedang dirawat dan disalin baju hospital.. segala dokumen di isi dan ditanda tangani. Akhirnya dua orang doktor buat pengumuman nak buat aperation. Masa tu tepat pukul 3.30 petang dan operation siap sedia di tingkat satu.. aku nebes sangat! setelah selesai uruskan,,nurse bagitau mungkin operation mengambil masa2 ke 3 jam.. masa tu hanya tuhan yang tahu. Hati berdoa ayah selamat. Ayah kena buat operation mata dan tangan dan kepala.

Masa yang ada aku makan dengan mak di cafe hospital. Tapi entahla makan pun macam tak makan :'( menjawab panggilan demi panggilan.. nasi tak habis dijamah. Perut rasa kenyang sentiasa.. akhirnya aku dapat tau yang Nana nak balik tengok ayah. Malam tu baru sampai kot. Ramai sedara yang dah datang dalam pukul 4 lebih bertanyakan ayah. Tapi aku hanya mampu cakap ayah tengah daam pembedahan. Semua sedara dan adik beradik sebelah mak sampai. Keluarga ayah pun ada jugak. tapi ramai lagi sebelah mak. semua ada... lama menunggu sampai pukul 7.30 malam. Rupanya ayah dah keluar dari bilik bedah dalam pukul 6.30 petang. Sejam awal.. patut la lama menunggu tak keluar keluar lagi. Nasib paklang aku bertanya pada nurse. Dapat je tau ayah dah keluar..aku dan mak orang pertama yang tengok. Termasuk paklang.. ayah aku ditempatkan dalam CCU bawah HDU seakan akan ICU laa. Kerana cedera di kepala, tak koma.. cuma untuk pemerhtian kot, Banyak wayar yang dicantum pada badan ayah dan tangan tergantung. Harap ayah selamat... sayangg ayah. Dan sebelah mata kiri ayah terangkat dan terbukat sebab dijahit. Kesian ayah....

Selepas tu sorang dua dari sedara aku masuk untuk ziarah ayah sebab tak boleh ziarah ramai ramai. Sebab desitu Care Center Unit. dalam bilik ayah ada 4 orang lagi.. nampak selesa. Dan harap ayah cepat sembuh.. dan ada satu cerita lagi aku nak kongsi dalam bl0g ni. Ingat tak dalam entri lepas aku nak cerita pasal berita gembira 29hb Mac tapi tak berkesempatan sebab 30hb mac ayah eksiden. dan 28 mac adalah bufday aku.. semuanya aku ingat. Mungkin ada hikmah atas musibah yang berlaku. Duit RM5,000 ada bersama ayah waktu ayah eksiden tu.. tapi tuhan melindungi. Duit tu masih ada di poket sebelah kiri ayah. Paksu yang ambilkan lalu tunjuk pada aku, paklang dan mak waktu di Hospital Sungai bakap.. syukur duit tu tak hilang, Dan segala barang barang ayah jugak tak hilang.. moga yah selamat. dan bermula episod baru dalam keluarga aku selepas 30 Mac... sebab tu aku tak sempat hapdate dalam 13 hari yang lepas. Hampir 2 minggu dah.. lama. Sangat rindukan bl0g ni...

Okey nanti free aku sambung stori, keluarga aku dan ayah ditimpa musibah. Apa apa pun.. hari ni dah 2 minggu ayah dah kini ayah pun dah balik ke rumah. Nanti aku stori satu satu ye.. akhirul khalam, doakan kesejahteraan ayahku. Moga ayah cepat sembuh dan minggu depan aku balik Shah Alam.. tak bestnya! Pada yang berkunjung pada blog Chitobebear nih terima kasih sangat sangat ye. Amat aku hargai.. banyak nak stori. tapi nanti pelan pelan aku cerita ye.. Walau cemanapun, aku tak penat menjaga ayah. Nanti aku masukkan gambar ayah dalam bl0g ni. Salam ukhuwah dari aku Cik DH, Dawia Honeyputri. Walla..

6 comments:

  1. membaca entry ini dgn rs sebak & amat sedih..sayu sungguh rasa hati..semoga adik dawia kuatkan smgt menempuh dugaan ini....teringatkan pe jd kat ayah dawia, mkn ingatkan ayah akak lak....semoga allah permudahkan kesembuhan ayah dawia hendaknya...amin

    ReplyDelete
  2. mak aih,langgar lari.xbaek btul org 2..
    btw semoga ayh kamoo makin hari makin sembuh. ^_^

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH..menakutkan betol..
    ayah aku pun jenis suka naik moto..
    bahaye ar..senang aksident..
    nnti suroh lah ayah bawa kete..selamat sikit =)

    ReplyDelete
  4. Kak mia ---> setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, jadi wia sangat hargai pembacaan akak :)

    terima kasih ye.. mudah2an ayah wia cepat sembuh..amin.

    ^^

    ReplyDelete
  5. aleen---> itu la dia, langgar lari.. macam tak ada keperikemanusiaan langsung. Amin..mudah2an...

    terima kasih doakan kesembuhan ayah wia ye :)

    ReplyDelete
  6. far8 budak baik---> sesiapa pun suka naik moto sebab senang nak bergerak.. tapi itulah dugaan yang melanda bukan kita daapat bau.

    kalau naik kereta pun ok jugak kalau nak elak eksiden moto..

    ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi