Tuesday, 28 July 2015

Bride to Be Utara | Mode On

Assalamualaikum..
Cepat je masa. Sepantas mata berkerlip.
Persiapan demi persiapan menjelang wedding dah bermula.
Sikit demi sikit. In Shaa Allah :')

Secara rasmi nya wieya dok survey mini pelamin nikah.
Photobooth, meja makan beradab dan candy buffet.
Itu semua perancangan mengikut bajet dan duit belanja dari pihak lelaki.

Sekarang pemilihan tema warna.
Majlis nikah tema : Pearl White. Memang dah confirm. teehee
Minggu ni, akan survey baju resepsi dan bertandang.
Feeling excited weh, hehe. Harapnya berjumpa yang berkenan di hati.
yang kena dengan jiwa. Mudah-mudahan ameen.

Minggu lepas dah selesai bab kad kawin (WalimatulUrus) & gelang untuk nikah.
Cuma nak kena cari kotak  baldu untuk tempat gelang. 
Sebab Kedai emas tu punya kotak tak cantik.
Rupanya nak jadi raja dan ratu sehari memang agak penat.
tapi yang bestnya kita puas hati sebab kawin hanya sekali seumur hidup ;)

Begitu juga dengan door gift dan dress attire. Banyak yang nak kena survey.
Bab photography dan Videography dah booking. 
Ok sekejap dan buat Checklist 5 bulan menjelang my Big Day!

Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati–hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!



BIL
PERKARA
BAJET (RM)
1
Baju Nikah
2
Rantai tangan/ gelang untuk perempuan
3
Cincin kawin untuk lelaki
4
Sampin
5
Wang mas kahwin
6
Wang upah kadi
7
Kad jemputan kahwin
8
Setem untuk pos kad jemputan
9
Baju Bridemaid
10
Beg Door Gift
11
Veil nikah
12
Baju dress
13
Shawl
14
Jam tangan
15
Beg tangan
16
Kasut
17
Telekung 
18
Set penjagaan badan
19
Set alat solek
20
Kek kawin
21
Minyak wangi
22
Upah makanan masa nikah
23
Door gift
24
Pelamin nikah
25
Hiasan bilik tidur
26
Pelamin
27
Bunga telur
28
Bunga pahar
29
Jurugambar(OP) dan Juruvideo (OV)
30
Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31
Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32
Set makan beradap
33
Photobooth
34
Katering
35
Upah kumpulan kompang
36
Upah DJ
37
Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38
Kos tempat penginapan
39
Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40
Upah MUA

Jumlah keseluruhan : RM ___________________

Banyak yang perlu di di settlekan. Macam nak gelabah pulak rasa :p
total berapa la agaknya ye..ditambah dengan GST sana sini.
Harap nya semua berjalan lancar. Doakan kami ye.

Agak banyak juga nak kena survey ni untuk tahu rate semuanya. memang pengsan la nampaknya. patut la kena buat persiapan awal..phew

6 comments:

  1. wah, tahniah! jangan lupa persediaan mental & fizikal dalam melangkah ke alam perkahwinan! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah wak..terima kasih ye ;)

      Delete
  2. Bila majlis. Akak sy pun nk kawin jugak bulan 11 ni. Tp xde list pun dia buat. Relax semacam. Bagus buat list ni spya x terlepas pndg. Semoga dipermudahkn semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah bulan 12 @chicken_floss :) akak awak awal lagi laa.. Hee..
      Dia rilek mungkin dah ready semua dah kot..hehe Amin.. mudah-mudahan. Thanks awak! :*

      Delete
  3. Tahniah.. Semoga dipermudahkan.. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..In Shaa Allah. Terima kasih..hee

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi