Saturday 4 July 2015

Header Baru | 2015

Assalamualaikum.
Hai semua. Salam Nuzul Al-Quran
Rasa dah lama wieya tak edit header blog.
kepala blog yang sama rasa macam boring pulak. 
Jadi dek kerana cuti terasa nak godek-godek lappy.

Phew..berapa lama dok download Photoshop.
Rupa-rupanya ada backup lappy yang lepas masih lagi boleh guna
lepas format yang lepas. Ingat dah lesap dah.
Sejak dari 2007 tue..tu yang rasa terharu masih boleh guna. Haha.
Yeay!! ada Adobe Photoshop balik. Rindu nak edit-edit walaupun tak pro!

Jadi taraaaa..!! siap la haeder blog baru 2015 lepas setahun tak bertukar ;) ngee
memang lama tak ada masa nak update. Maklumlah sejak format adobe hilang.
Godek-godek ada balik. Tu yang terus zaass tukar..hikhik

Kali ni wieya rasa nak tukar letak muka sendiri.
Gambar masa tunang..hehe. In Shaa Allah kalau rajin nanti wieya 
tempek gambar yang lain-lain pulak. * feeling gembira puas*
simple je macam selalu. tapi i loikkee!
Baru rasa semangat nak update blog kerap sikit lepas nih,
tengok countdown path ada 160 hari lagi sebelum my big day!
Cepatnya masa. Lepas ni blog ni banyak bertukar kepada blog Bride to be..
Persiapan demi persiapan. sekarang tinggal kurang dalam 5 bulan je lagi.

Masa sangat pantas. Harap majlis semuanya berjalan lancar..
sekarang wieya nak rajinkan diri blog-walking blog Bride to Be
untuk jadikan rujukan dan tambahkan ilmu sebelum bergelar raja sehari.
Banyak persiapan yang perlu dibuat.Moga Allah permudahkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom jadi bridezilla! ngee.
wieya sekarang tengah survey doorgift, design kad kawin.
Baju nikah, pelamin dan tema warna kawin. Im so excited!
Sekarang dah ada perancangan warna cuma nak kena survey baju sanding.
warna tema yang bersesuaian antara wieya dan tunang, mr.raudzi..

Kena booked photography, videography, MUA dan banyak lagi.
tapi yang ni dah settle perlahan-lahan. Memang kewangan macam aiskrim cair..
korek tabung kawin la jawabnya. Haha. Harapnya wieya dan tunang tak membazir
dan majlis kami berjalan dalam sederhana tapi meriah :'D

ahaaaa! sebelum terlupa wieya dan tunang kena survey hantaran untuk nikah nanti.
In Shaa Allah..5 berbalas 7 dulang. Survey gelang nikah dan banyak lagi.
Risau pulak rasa. Nak shopping baju di Jakel. Tempah baju nikah..
Banyak nya dalam fikiran. Moga Allah permudahkan..amin.

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi