Tuesday, 21 July 2015

Salam Lebaran 1000 400 30 6 ♥

Assalamualaikum....
Hai semua. Selamat Hari Raya dari wieya dan encik tunang. Hee 
Banyak tak makan ketupat lemang tahun nie?
Dah masuk raya kelima hari ni. Yeay!!

Alhamdulillah tahun ni masih dapat duit raya. kehkeh
walaupun tak banyak tapi yang penting feel terima duit raya tu memang lain.
Kali ni macam tahun lepas, encik tunang bagi lagi duit raya masa datang beraya
hari kedua Syawal.. Kedua dari hero wieya , sang ayah. 
Walau kurang dari tahun lepas sebab dah kerja..tapi tetap dapat. ngee

Duit raya ketiga dari maksu Nurse yang bermurah hati 
nak bagi kat anak buah dia yang dah kerja ni. Hee
Syukur Alhamdulillah, Rezeki..

In Shaa Allah..Raya tahun ni raya yang paling bermakna rasanya.
Mungkin sebab tahun lepas weouls satu famili demam
jadi nya raya tahun lepas tak beraya sangat.
Tahun ni syukur dapat beraya dengan senang hati dan padat.

Dari raya pertama sehingga raya ketiga..
dan raya pertama tu buat macam jamuan depan rumah bersama 
jiran-jiran terdekat. Pakat keluar kan masakan dan biskut raya masing-masing
macam Open House jugak.

Kemudian balik kampung sebelah ayah dan emak.
tapi ada yang sempat beraya rumah tk cik, tok njang dan tok ngah.
kampung sebelah emak lagi laa tak sempat beraya mana.
Raya kedua lagi la istimewa, tak di rancang pun.
terus bagitau encik tunang yang hari ni free, terus datang beraya. 

Pukul 12.45 tengahari sampai ke 2.30 petang jugak.
sempat snap gambar. Makan mee kuah ketam..
Masa tu la dapat duit raya. teehee.
Nampak encik tunang lebih kurus sikit dari dulu.
Mungkin pakai baju Melayu kott.

Petang sikit dalam pukul 6..terus gerak ke kampung sebelah ayah.
sebab malam tu anak reunion anak cucu cicit Tok Harun,
Ada makan-makan BBQ , bakar ayam. Best!!
Ramai jugak sedara mara yang kenal ta kenal mai..
Banyak juadah di sediakan oleh tok njang sekelurga.
Kenyang perut senang hati la jawabnya..Hikhik.

dengan bergambar guna GoPro sepupu la reramai. Memang gmpak habiss.
rasa ikatan kekeluargaan tu lebih erat antara satu sama lain
Mungkin sebab kami semua dah maikn besar kot.
In Shaa Allah..tahun depan, bertambah seorang lagi member..
Bakal suami wieya  Cucu menantu sulong katanya.
Memang awesome..Balik dalam pukul 1 pagi jugak ke rumah.
Jarak kampung wouls tak jauh pun dari rumah.
Daam 20 minit je..Perasaan tu tak tahu nak gambar. * Happy*

Raya ketiga buat laksa, Pun tak jangka pun.
Beli ikan sardin 2 kilo. Laksa dua bungkus.
Full House dengan tetamu dari Asar hingga ke malam.
memang happening.! Adik beradik sebelah emak datang semua
kecuali keluarga Pak Cik , adik mak,
Puass hati dapat layan tetamu, Moga murah rezeki kami sekeluarga,
Best cuba lemang bakar dengan susu tin pekat manis.

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin
dari wieya dan bakal suami..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi