Friday, 31 July 2015

Tips Survey Bridal / Vendor

Assalamualaikum.. 
Mood Syawal lagi. tapi wieya nak kongsi tips pilih Bridal/Vendor
Sebagai seorang bride-to-be yang masih sedang survey 
 Pertama listkan dulu apa yang kita nak dari vendor yang ingin dipilih. 

Nak pakej? Tahu dulu dalam pakej yang kita nak tu nak ada apa. 
 Contoh, dalam kepala dah set nak spend RM2000 untuk vendor. 
Sila survey vendor dengan ayat : 
"Apa yang wieya boleh dapat dengan bajet sebanyak RM2000?" 
Kemudian, vendor tersebut bagitau lah yang kita dapat itu ini itu ini. 



 Kedua, jangan spend banyak masa survey vendor..
 Ketiga, banding harga dengan hasil kerja. 
 Keempat, bagi pasangan yang mementingkan bajet , sila compare harga. 
 Kadang-kadang pakej yang diberi oleh vendor A dan B sama,
 tapi harga boleh lari sampai tiga angka. 
Compare harga, susun dari paling murah hingga paling mahal 
tapi pakej yang sama. Lepas tu baru tengok hasil kerja mereka ;)

 Kelima, utamakan yang dekat dengan rumah/tempat bersanding 
bagi mengelakkan caj transport yang tinggi memandangkan minyak dah naik. Huu
kalau dekat dengan rumah, senang sikit nak follow up kan?

 Keenam, Sila tengok gambar-gambar hasil kerja vendor-vendor yang terkini. 
Ketujuh, tanya dari segi bayaran. Bila bayar untuk booking, full dan sebagainya. 
Kalau vendor yang ok sepatutnya, kita bayar full semasa majlis atau selepas majlis.
 Kelapan, segala persoalan yang bermain dekat fikiran
 uOls hendaklah tanya tanpa segan silu kepada vendor ketika survey.
  Boleh pasang pelamin berapa hari sebelum majlis dan sebagainya.

Kesembilan, msa survey, sila tanya bila lagi next jumpa kalau jadi book.
Sepuluh berkahwin pada tahun 2015? Selepas bulan April?
 Jangan lupa tentang GST. Tanya vendor, GST akan buatkan harga pakej naik tak?
 Pilihlah yang tak untuk menebalkan poket anda :)

 Sebelas, sila tengok review atau tanya orang-orang yang
 pernah menggunakan khidmat vendor-vendor yang kita survey ye.
 Kedua belas, last tapi paling penting, sentiasa minta pandangan
 orang lain especially pasangan kita..Hee
 Bukannya kita bersanding sorang-sorang atas pelamin.
 Sentiasa minta pandangan dan nasihat walaupun si dia "ok je".
 In fact, ni lah masa nak tunjuk yang perkahwinan
 tu tak berjaya jika cuma satu pihak yang menyumbang :)


3 comments:

  1. kene betul2 survey. hehe. majlis penting tu ^^

    ReplyDelete
  2. Semoga perkahwinan berjalan lancar dan bahagia sampai bila-bila .

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi