Thursday, 10 November 2016

Pengalaman dan Kelebihan menggunakan Nursing Pillow

Assalamualaikum.
Yeay jom menaip laju-laju time baby tengah nyenyak tido.
kang terjaga nak membelainya mushum masham kepam sorang tu :)

Ok entri kali ni nak stori pasal nursing pillow atau bantal menyusu.
wieya penah dengar sebelum ni tapi memang tak ambik tau 
sebab belum tau apa kegunaan nya. Kemudian dah ada baby baru 
lah tau penting jugak nursing pillow untuk menyusu tambahan wieya
 pulak baru bersalin anak sulung.

Al-kisah cemana boleh terdetik untuk minta encik suami belikan nursing pillow ni
masa hari ke-17 berpantang, wieya ingat lagi sebabnya
 dah tak larat nak kendong baby masa menyusu..Dah la baby belum pandai menyusu.
Kemudian berjaga malam nak menyusu sepanjang malam hingga ke pagi.
Boleh sakit pinggang wieya mengendong baby menyusu sambil duduk.

Dah tak larat sangat, baru minta encik suami belikan bantal menyusu nih.
Mulanya encik suami tak tahu cemana rupanya. 
Selepas google barulah encik suami tahu. hikss. Screenshot terus buat panduan.
Malam jugak lepas balik keje suami pegi Manjaku untuk shopping bantal nie.
Alhamdulillah ada. 3 pilihan coraknya...yeayy!!

pilihan pertama 
pilihan kedua :)
pilihan ketiga ;)
 
dan akhirnya pilihan wieya adalah pilihan pertama ;)
kiut jugak nursing pillow nih..! ngee 
heksaited wieya nak guna. Walaupun mulanya nebes nak guna
takut baby tak suka dan wieya pulak tak pandai guna. Heheh

encik suami ada jugak grab nappy liners..tapi weouls tak reti guna..
Sebab kesian baby tak selesa nak letak dalam 
pampers kononnya nak jimat pampers. kang tak memasal 
kulit baby kemerahan pulak..So termembazir beli. sobs

Ok sambung stori pasal nursing pillow. Alhamdulillah memang mudah guna..
Tak sia-sia beli walaupun harga RM109.00 di Manjaku jenama Baby love :')
tapi kualiti memang superb. Baby selesa. Wieya pun selesa..
Tak sakit pinggang, bebas bergerak dan selesa untuk menyusu baby. Yeay!!
alhamdulillah suami memahami..Lega la dapat guna pelampung ni
untuk menyusu baby Fariz Amsyar..Syukur sangat-sangat!

Proses menyusu baby jadi mudah dan wieya pun tak letih.
Sampai sekarang wieya masih gunakan nursing pillow ni untuk susukan baby..
dua-dua pihak..mama dan baby selesa..Baby siap terlena bila atas tilam fibre tu
Empuk sangat..hikhik. Mama dia pun rasa nak tido sekali!

 ❤ 

2 comments:

  1. tahniah...mcm2 pulak skrg ni untuk memudahkan ibu2..masa breastfeeding tu the best moment...bonding time dgn baby...satu feeling yang priceless..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sis :)
    memang menyusu bonding time sangat rasa dengan anak..alhamdulillah..
    ya feeling yang priceless sgt..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi