Monday, 28 November 2016

Perkembangan Si Manja Kesayangan

Assalamualaikum.😊
seminggu dua ni tak menaip, dah berubah dah dashboard blog.
Lebih tersusun, janggal sekejap.Takpe lah janji 
dapat menaip dalam blog kesayangan dan kalau korang perasan
dah ada smiley dalam post entri ni. Best nyer!

Bila ada anak ni, jadual harian rasa padat dan masa terasa begitu pantas.
kerja wieya mandikan baby, menyusu, cuci poo poo dia dan tidurkan baby.
al maklumlah wieya kan suri rumah sepenuh masa tapi stay dengan mertua
kira ada untungnya jugak. hikss😉

Syukur alhamdulillah my baby dah 2 bulan 2 hari.
Cucuk sebulan tak deman dan jumaat lepas cucuk
pulak untuk 2 bulan pun tak demam.
walaupun cucuk 2 bulan dikatakan cucuk 3 serangkai tapi berkat menyusu badan
antibodi baby jadi kuat.Susu badan wieya memang meriah setakat ni..💕

Tak ambik apa-apa milkbooster sebab susu badan memang
 mencukupi untuk baby Fariz Amsyar.
Rezeki baby alhamdulillah..dan berat baby pun mengikut
perkembangan yang normal. Mama dia lega dan heppi! ;)
Pegi cucuk sebulan fariz amsyar bertarikh 26.10.2016 {Rabu}
pegi klinik dengan tok dan tokwan Kedah.
mama dan baby masih dalam pantang 😍
Berat : 3.7 kg
Tinggi : 52 cm
BMI : 13.5 kg/m2
Perkembangan baby : dah suka tidur berbedung berbanding masa baru lahir. Asyik dah lepaskan tangan je dan kalau dah bebas bedung kedua-dua tangan mesti kat atas😗😊 dan mula bagi reaksi bila orang bercakap.mendengar dengan baik dan mata belum tepat lagi memandang.
Pegi cucuk 2 bulan baby Fariz Amsyar di klinik Manjoi 
dengan ditemani suami tercinta bertarikh 25.11.2016 {Jumaat}
Masa ni baby dah kena cucuk, Mama dia tengah tenangkan baby..
Sempat lagi bergambar tu😋
 wefie bertiga sementara tunggu giliran. Baby tengah sedap tido..😉
 
Berat : 4.8 kg
Tinggi : 55 cm
BMI : 15.5 kg/m2
Perkembangan baby : Dah mula pandai senyum. Comel! mama geram sangat.💗 dah pandai berborak dengan orang. Pandai merajuk bila mama lambat bagi susu.Masih suka berbedung bila nak tido. Bila mama bedung amsyar macam rela dan terus tido..pandai melihat tepat benda bergerak..yeay!😏😊
Syukur sangat dapat tengok anak sendiri membesar depan mata. Doakan baby 
Muhammad Fariz Amsyar menajdi anak yang soleh dan sihat selalu! amin.
Mama da dah mula gila shopping barang anak.
Tambah-tambah Lazada tengah menggila sale, apa lagi memang shopping
tak hingat..hikhik. Okeyy ada masa wieya menaip lagi. Bubye!

2 comments:

  1. Alhamdulillah semoga baby Amsyar membesar dengan baik dan sihat =)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi