Saturday 16 April 2011

Editor Merangkap Owner Bl0g Chito Bertukar Kata Ganti Nama Kepada DH atau Dawia Dalam Entri Nya ;)

Assalamualaikum. Kelapangan yang ada aku sempatkan diri untuk menaip di laman ini untuk sekian kata meluahkan apa yang dirasa. Aku dah cerita kesedihan musibah yang melanda famili. Sekarang ayah semakin sihat walafiat dan semakin pulih. Cuma sekarang perlu banyak rehat dan penjagaan perhatian penuh mesra kasih sayang. Sebelum ni aku aku ada cakap nak letak gambar ayah dalam blog ni. Aku fikir fikir semula, biar la aku bersedia untuk letakkan desini. Baru aku tempek ok. Bila lama tak buka lappy, sekali on rasa tak sabar sabar nak menaip. Tengok panjangnya tajuk sebab dah lama gian nak menghapdate la katakan.

Tujuan entri aku petang ni adalah untuk tukarkan bahasa nama diri dari 'aku' kepada DH iaitu singkatan dari  Dawia Honeyputri . Sebab utama adalah saja nak bertukar selera, mungkin dah selesa dengan DH. Singkat tapi mudah di ingati. Itu pilihan pertama. Pilihan kedua, aku nak bahasakan diri dalam bl0g ni Dawia ataupun wia ;) macam lebih feminin dan soft pulak gittu. Sebab aku rasa mungkin dah lama patut tukar supaya nampak sopan kalau kalau ada bl0gger yang lebih berusia, nampak lebih sopan. Aku nak cuba cuba laa mana tau boleh. Lagipun dari sehari ke sehari, usia makin meningkat. Jadi cam tak best bahasakan diri aku semedang (selalu dalam loghat Kedah). Nak jugak tukar pada yang lain kan ;)
I love change in satturn thing actually ;p

Okey selepas ni aku bahasakan diri dalam kata ganti nama diri Dawia ke wia ek ;) Moga dengan perubahan ni akan lebih friendly dan menceriakan bl0g nih. Eh eh bila nak start mulakan ye. Mungkin entri selepas ni la ye. Mula mula memang rasa kekok, tapi lama lama mesti ok kan. Rasa hari ni macam nak hapdate blog 3 kali sehari. Geram je setiap kali on9 mesti hanya sempat update status bloh dan berbalas komen. Tapi bila buka bl0g nia nak hapdate tapi tak sempat. Nak blogwalk tapi macam tak sempat jugak. Tapi aku sangat sangat hargai pada sesiapa yang datang mengunjungi dan jalan jalan di blog ni. Toce toce member blog ;) InsyaAllah semuanya akan ok.


Maksud aku masalah yang menyelebungi aku bersarang dalam hati sebulan lebih ni. Aku harap sangat dapat hidayah dan petunjuk, apa yang harus aku buat sampai susah sangat orang nak melekat dan berminat. Hairan laa. Baru semalam aku tukar background macam sweet sikit, untuk ubah selera.. selepas ni gambar gambar dalam blog ni pun akan berubah saiz secomei yang mungkin. Gambar yang dalam entri entri yang lepas biarlah dahulukan. Hikss.. lama aku tak senyum nakal dalam blog ni. Aku bersyukur ayah dah sembuh.. dah semakin sihat. Gambar ayah eksiden? hmm tunggu ye. Nanti aku upload. Sebab belum sempat nak transfer lagi sebab quite busy. 


Antara sebabnya aku jadi staff nurse bidan terjun menjaga ayah disebelah siang dan mak sister nurse disebelah malam. Adilkan? tapi siang pun, letih hanya tuhan yang tau. Tapi itu semua tak penting, yang penting ayah sihat walafiat. Eheee :'D harap harap macam tu la. Walaupun sengal sengal luka masih terasa, insyaAllah rabu ni balutan di tangan ayah dah boleh buka. Tapi masa tu aku mesti kat kampus dah. Tapi xapa laa..pelan pelan kayuh kata orang yang penting aku puas hati dapat menjaga ayah sepanjang cuti sem kali ni. Itu lagi bermakna dari segala galanya. Yang penting ayah selamat dari musibah yang melanda. ;)


Okieh ni entri last yang aku bahasakan diri sebagai aku sebab kununnya nak nampak lebih mesra. Tapi kalau bahasakan diri dengan nama lebih nampak solida dan friendly. Kalau kena gaya boleh nampak manja tau. Rasa macam nak senyum je. Bukan apa rasa boleh hapdate dengan tenang sekarang. Sebabnya aku akan ceritakan satu persatu dalam entri akan datang.. macam macam nak stori dalam blog ni cuma masa yang cemburukan aku. Kadang kadang badan pulak letih buat aku tak sempat.


Masakan tidak, ayah ditimpa musibah, sedara dan rakan taulan mak dan ayah datang melawat sehari ke sehari mesti ada yang datang berkunjung. Jadi tak molek pulak aku mengadap blog, sedangkan tetamu datang. Kan macam tak manis pulak. Sedangkan dalam Islam memuliakan tetamu yang berkunjung, baginya pahala ganjarannya. Subhanallah. Okeylah.. change to be nickname Wia, Dawia or DH in entri mengikut mood ye. Tiada lagi istilah aku dalam entri buat sementara ini. Winks.. sehingga berjumpa di lain entri. Maaf aku jarang hapdate atas sebab sebab yang aku taip diatas. tapi yang pasti aku sign in dua tiga kali blog dalam sehari tau. Salam manis buat semua. Walla!

2 comments:

  1. hahaha nak name yang sedap je =p
    tgk blog sy..hehe..relek je hihi

    ReplyDelete
  2. biasa la.. dah moden la katakan ;)


    ok sy pegi usha skrg..hehe

    ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi