Monday 25 April 2011

Pengalaman Pegi Sopink SenSorang Di Tesco Shah Alam.. Fuhhh!

Assalamualaikum dan salam ceria :) pagi Isnin semua. Okey cam biasa wia nak cerita sedikit pengalaman yang berlaku semalam. Yess entri wia kebelakangan ni banyak stori cerita semalam tapi taipnya hari lain. Tak kesah laa. Janji hati ni tak sabar nak menaip pasal semalam. Ok semalam hari Ahad, hari hujung minggu. Jadi disebabkan banyak barang yang tak ada sejak wia berpindah di rumah sewa ni. Wia ambik keputusan nak pegi sopink di Tesco Shah Alam. Jenuh wia tanya kawan kawan yang ada dekat dekat area sini (Shah Alam) semua ada agenda tersendiri. Dan kalau free pun, transport pulak tak ada. Jadi wia nekad. Wia pegi sendiri. Tak kesah la kan. Walau dalam hati dok dup dap dup dap jugak kalau kalau tersesat ke di sini yang uols boleh tau Shah Alam banyak seksyen dan roundboard nya. Kalau tak biasa memang boleh sesat la. Hadoii..

Ok wia bersiap siap. Nekad nak pegi sendiri. Kononnya nak naik teksi. Tapi ikut keadaan laa. Nak naik bas macam tak tau sangat. Ehemm memang tak tau pun >.< sapa nak ajar kan.. Jadi wia ikut nasib je. Mulanya aku tunggu di perhentian di sebelah rumah sewa aku. Kebetulan ada seorang perempuan yang lebih kurang sebaya je umur dengan wia pun nak menunggu bas. Jadi orang cakap, malu bertanya sesat jalan.. jadi wia pun senyum simpul lalu bertanya desini kah nak tunggu bas ke teksi untuk ke Tesco? Dia pun tanya nak ke Tesco mana satu di Bukit raja dan satu di Shah Alam. Dia pegi tanya macam tu.. macam la wia tau =.= Sambil tersenyum lagi wia terus berterus terang cakap yang wia baru pertama kali desini. Jadi agak janggal dan tak tau apa apa.. nasib gadis tu tak loket ilmu. Dia cakap tempaty hentian bas yang aku tunggu ni hanya nak ke seksyen 7 dan untuk ke Tesco ke hape kena tunggu di seberang sebelah sana. Selepas ucapkan terima kasih pada gadis tu.. wiadengan lemah longlai jalan sambil dok berfikir cemana nk seberang jalan yang luas tu. Lepas tu kenderaan pun semua laju laju.

Bukan perlahan lahan laa. Kecut perut pun ada bila fikir. Hadoii.. balik semula ke guard pintu masuk tadi terjumpa pulak seorang lagi gadis yang tengah menunggu seseorang. Sekali lagi wia bertanya.. katmana ye nak menunggu bas ke teksi nak pegi Tesco.. dia cakap seberang sana. Sama seperti gadis pertama tadi. Lepas je habis cakap. Kebetulan, ada dua orang gadis yang berpegangan tangan nak melintas jalan. Cepat cepat aku mengekori diorang berdua melintas. Bukan apa tak berani kot melintas sorang sorang..huu :'(

Selesai melintas.. sekali lagi bertanya pada salah seorang yang manis bertudung.. awak nak pegi mana. Dia cakap nak pegi KL.. oo rupanya nak pegi KL pun boleh naik bas dari sini ea. Betapa mudahnya. Wia terus tanya nak naik bas apa ye untuk pegi ke Tesco? Dia cakap naik bas yang sama nak ke KL pun boleh.. jadi senang cerita wia ikut aje laa gadis tu naik bas. Bas kat situ memang kerap datang. Jadi pendek kata.. tak susah dan lama la menunggu bas mai.Senyum dan dalam hati dok dup dap dup dap jugak ;)

Dalam 20 minit bas pun sampai.. gadis tu tersenyum lalu ajak aku naik bas ni sebab katanya bas ni pun mungkin nak lalu ke Tesco. Sambil naik terus tanya pemandu bas tu lalu tak dia cakap lalu.. lepas bayar tambang 50 sen.. settle. Bas memang ramai orang. Jadi berdiri sekejap.. Tak samai 5 minit sampai di Seksyen 2..gadis tu suruh turun sebab kena tukar bas.. pulakk. Wia yang terpinga pinga ikut aje laa. hikSs. Ramai jugak orang yang menunggu. Patut la diorang cakap stesen 2 pun ada perhentian bas. Tapi aku tak penah pulak jejak kaki disana. Cuma tengok dari jarak mata memandang :) Ramai yang menunggu. Bas rapid pun ada dua buah yang sedang menunggu. Tapi pintunya masih tutup. Ramai jugak orang yang keluar hari ni.. maklumlah hujung minggu. Banyak ragam. Tapi aku terasa janggal =.= erkkk.
10 minit menunggu.. lepas tu datang seorang pakcik dia cakap, nak ke KL pada gadis yang bersama dengan wia naik bas tadi. Dia cakap ye.. terus gadis tadi sekali lagi ajak wia bersama sama dia. Kawan baik dia pun nampak baik sangat. Beruntung wia hari ni jumpa mereka berdua.

Alhamdulillah.. Dalam kategori awal jugak nak membayar tambang. sampai je dekat turn aku, pakcik tu cakap.. dik, bas ni tak gunakan tunai, dia guna kad rabbit ;) eh rabbit.. cumilnya! Aku pun gelabah la kan.. nasib gadis tadi tu tunggu aku. Baik hati orangnya. Dia yang sudi beri RM5 dia pada wia... sangat terharu :') dan dapat la kad rabbit niey..hikSs. Usha gambar kat bawah.. wia macam perakk sikit, maksudnya jakun la sebab baru petama kali guna. Tapi bagi student dan katsini memang dah familiar dah dengan kad ni mungkin.


cumil kan? bit bit bit Rabbit
Ni belakang kad tu ;) pelbagai corak.
Kiut sangat !
Okey lepas je naik bas yang agak ramai hari tu.. nasib ada yang turun di Tesco Shah Alam :) aku ikut diorang ajelah. Akhirnya aku sampai jugak desini. Weee ! tapi keseorangan. Huh >.< Sabar ajelah.. memula sampai aku tengok memang besar tempatnya.Dapat panggilan dari BF tersayang tanya perkhabaran sampai ke blum. Dalam dok sembang, banyak yang wia nak beli. Tapi dear cakap ada ambik troli ke tidak.. wia kata tak =.= Last sekali dear suruh pegi ambik sebab katanya banyak yang nak dibeli, takkan tak nak ambik. Wia yang kekok keseorangan macam terkulat kulat pegi ambik troli kat depan.. sekali nampak troli kosong. Maleh nak ambik jauh jauh.. jadi rembat aje la. Bagus punya perangai... hee. Jadi dengan muka tak besalah terus aku pegi usha usha barang barang. Terus beli apa yang patut ikut kemampuan. Sesekali pandang kiri kanan macam meriah je keluar sopink bersama keluarga dan teman teman. Sabar aje laa. Huuu T_T

Lepas membayar.. wow RM 14+.++! Macam tak pecaya.. tapi banyak yang aku beli, antaranya periuk nasi, almari kain, kuali dan sudip, pinggan dan banyak lagi laa. Tapi wia merasa sopink tak puas lagi.. banyak yang belum beli tau. Memandang bawa duit pun ciput je.. maka beli barang barang yang penting ja. Tengok tengok nampak duit dapat dompet ada RM4 je. Cemana nak balik naik teksi. Dengan tak tau tempat nak menunggu teksinya. Nasib bertanya pada waitress sebuah restaurant tue jugak seorang gadis.. dia yang bagitau temat atas. Kalau tak jenuh sesat lagi aku. Sob sob.. ini la yang dikatakan pengalaman.

Dah sampai tempat menunggu teksi dan bas, tetiba tak nampak teksi pulak. Gelabah lagii.. cemana nak tahan teksi dalam pukul 12 lebih tengahari waktu tu.. macam nak nangis pun ada. Nasib ada seorang teruna mungkin muda dari usia Wia berkopiah tengah bergayut fon. Wia dengan barang banyak dalam troli..takkan nak tinggalkan. Tempat tunggu teksi tu kat atas. Huh! kamain lagi.. kalau tak ada teruna tu tak tau la. Wia tanya dia ada teksi tak katsini. Katanya teksi selalu ada menunggu penumpang yang nak naik dari Tesco ni.. cuma sekarang waktu tu tak ada sebab pegi menghantar penumpang lain la kot. Selepas wia bertanya, teruna berkopiah tu terus sambung perbualan di phone semula.

Cuaca waktu tu memang agak panas terik. Memang mencabar hati. Tapi nasib tak tunggu lama.. akhirnya nampak jugak kelibat teksi. Lepas tu dengan tak semena mena, adik teruna tu terus tolong wia. dia kata nak tolong apa kak? wah macam tuhan tu Maha Membantu.. Dia berikan kelapangan tika wia amat memerlukan pertolongan. Syukur.... <3 Wia tekad naik teksi dengan RM4 dengan niat sampai je umah nak mintak tolong uncle tu tunggu jap sementara nak ambik duit. Tambah lagi denag kad ATM satu pun tak bawa. Dengan lunch pun tak.. memang macam macam terjadi. Sabar saja la. Akhirnya dengan tambang RM8 sampai jugak wia di rumah sewa bertingkat tingkat tue ;) macam yang dirancang minta en.teksi tu berenti jap sementara wia nak ambik. Barang pun tak ambil. Cepat cepat naik dan bayar. Settle! hantar barang naik atas.. letih jangan cerita. Tup tap tup tap.. semua ousmate ada kat rumah. Last last.. kedebuk kedebak dok pebetoi almari baru la apa la.. makan lunch pukul 5 petang.. penat hanya tuhan yang tau. Sebab alamari tu laaa.. Akhirnya wia berjaya pasang sensorang. Dua jam jugak la sebab sorang. Kejap nak jatuh sat nak tertanggal. Akhirnya! pecah peluh bertimba jugak la.. akhirnya menjadi jugak. Memang semalam semuanya adalah pengalaman.

Oklah.. kiranya 24 April memang wia tak boleh lupa. Oklah.. salam ceria semua. Nak pegi dinner sat. Petama kali masak di umah sewa..hikhik. Maaf pada yang berkunjung blog wia sebab wia dah lama tak berblogwalk sebab tenet broadband ni sedikit low laa. Nanti bila dah laju wia jejak balik ek. P/s ----> tetiba nak pegi sopink la. Tapi siapa nak teman ?? >.< Persoalan yang tak dapat dijawab sebab semua orang busy.. dan aku bukan la rapat sangat pun. Ok.. walla buat semua. Semangat nak sopink makin buak buak. Eheekk. Walla!

4 comments:

  1. wahhh...baiknya rakyat Malaysia..:)..

    ReplyDelete
  2. itu la kan....
    sangat berasa bangga !

    mungkin tuhan juga membantu


    ^^

    ReplyDelete
  3. der..bila kita mahu bersua
    untuk duduk semeja minum
    secawan teh atau kopi bersama?

    ReplyDelete
  4. ye.. bila ye..hmm nnt kita bersua bila tiba masanya nnt ea ^^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi