Sunday 17 April 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak.. Segalanya DenganMu Amat Bermakna. Sayangg Sangat :)

Assalamualaikum dan secara lajunya nak hapdate tentang hari semalam yang bertarikh 16 April 2011 adalah salah satu tarikh bermakna dan istimewa buat wia kerana tarikh ni ada 4 orang yang berkongsi tarikh yang sama tapi berlainan tahun. Selalunya wia akan hapdate waktu tengah malam tepat pukul 12.00 tengah malam terpacak dan berdetik tepat lalu wia publish entri itu secara automatiknya. Tapi kadang kadang wia taip on de spot. Tapi bagi hari ni biarlah walaupun lewat petang baru nak hapdate sedangkan malam tadi di waktu tgh malam wia sempat jugak on9 tapi seperti kebiasaan, masa dan letih badan membantutkan wia untuk menaip. Takut jugak menaip time badan dan otak tired, wia akan merapu merepek semacam. Kang di cop seorang yang tidak waras pulak. Hee wia bergurau saja ok:') meh nak stori lebih lanjut.. staright to de point ;p

Ok sambung menaip dengan mulakan dengan satu ciuman ikhlas seorang anak sulong pada ibunya, Puan Faridah tepat 12 malam tadi, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran mak yang ke-45. Moga mak dipaanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria dan gembira disamping ayh dan anak anakmu yang 4 orang tu. Nakal dan macam macam ragam ada. Semoga mak diberi kesabaran diatas kejadian yang menimpa kita sekeluarga. Yang penting ayah selamat dan sihat. Alhamdulillah.

Ye.. buat rakan blogger wia sekalian, hari ini (semalam) adalah hari kelahiran bonda tercinta. Gaya wia menaip ala ala berita hal semalam tapi tersiar hari ini. Lebih kurang cenggitu la. Sebab sedap sedap menaip semalam. Baru sempat hari ni publish. Biasa la tu kann. Sambutan besdat mak biasa biasa je. Semalam pegi market beli bahan bahan mentah buat laksa. Yippe! itu memang feveret! Gigih aku dan mak masak di dapur diselang seli buat sup sayur untuk ayah dan goreng ayam beserta ikan Haruan goreng. Sebut pasal ikan Haruan, ada cerita yang aku nak stori nanti.. weehee.
Tapi sebelum tu nak nyanyikan lagu doa selamat buat mak :)
Allah Selamatkan mak,
Allah selamatkan emak..
Allah selamatkan emak tercinta, 
Allah selamatkan emak ^^
My beloved mum ;)
Sayang mak ketat ketat tau.. Walaupun semalam tak sambut sangat seperti tahun tahun sebelumnya, tapi mak banyak menjamu tetamu dengan segala yang ada di rumah ni buat tetamu yang hadir untuk menziarahi ayah. Contohnya seperti dalam karangan, kita sebutkan contoh untuk kuatkn karangan kita, tengok dah melalut dah wia nih.. Contohnya semalam beraya pesta keropok lekor habis habisan, buah buahan dan laksa. Nyummmy ! Sedap sungguh la nak habaq mai.. tambah tambah laksatu kuahnya mak yang masak. Memang superb kenyang. Wia bedal dua mangkuk pun tetap terliur lagi nih :') memang masakan dari air tangan seorang mak tiada tandingannya. Tanya la sesiapa pun kan..^^


Laksa feberet seisi keluarga ;)

Okey, semalam aku teringin sangat nak beli kek buat mak tapi atas sebab sebab banyak sangat makanan dalam umah. Akhirnya niat itu wia pendam dalam hati saja. Lagipun mak kurang dengan kek. Sekadar nak menjamah satu dua boleh lagi. Hikss. Tapi apepun nak cakap, sayangg mak sangat sangat.! Moga mak panjang umur dan wia pun bolehla bermanja dan meluahkan segalanya selalu sebab mak la satu satunya pendengar setia wia ;) Salam ceria semua. Nak kemas barang laa, esok dah nak balik Shah Alam. Tensionnya >.< malas la nak balik. Tapi apa kan daya, cuti semester dah tamat. Dan kadang kadang wia rasa macam dah buat keputusan yang salah, tapi satu je yang memujuk hati ini adalah mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Mudah mudahan... (",)

2 comments:

  1. selamat ulang tahun untuk mak kamu.....;-)

    sedapnya laksa tu...nyum2...

    ReplyDelete
  2. WAH . nt kita pown jd emak2 gak kan kan

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi