Monday 31 August 2015

Cerita di Sebalik Vei Nikah

Assalamualaikum...
Salam Kemerdekaan yang ke-58 buat semua rakyat Malaysia
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
buat wieya sambutan hari Kebangsaan Malaysia, hanya sambut di rumah
dan bercuti di kampung. Melawat tok dan tok wan.
Priceless time sebenarnya. kadang tak sempat nak balik..
sementara mereka masih ada apalah salahnya kita sebagai cucu pi melawat.

Doa wieya sebagai anak Malaysia..
Bersyukurlah apa adanya. Moga negara bertuah ini 
sentiasa aman, makmur dan bahagia hendakNya..

-------------------------------------------------------------------------------------- 
Lately musim kawin..ahai, kerap la tengok pengantin
di sana sini termasuklah dalam laman sosial dan arena blog.
yang paling wieya suka tengok baju pengantin, warna baju dan mekap
termasuklah veil, kasut dan crown.
Perempuan sangat kan..Hikss. Sebenarnya nak stori pasal veil nikah wieya.
Bride to Be 2015 la kata kan. Bagi la chance..ihikss

Satu hari di bulan Ogos baru-baru ni..tergeraklah hati nak call akak di Jakel
Ipoh nak bertanyakan pasal veil kegemaran dah sampai ke belum..
alhamdulillah..berkat google, wieya dapat call Jakel Greentown, Ipoh
dapat kat kaunter. Bila bertanya pasal kak Ida bahagian bridal..terus dia suruh wieya 
call bahagian bridal eksklusif dengan tukar nombor di bahagian belakang..

-gambar sekadar hiasan-

Berdebar jugak masa call takut salah orang. Hambik nak beli veil jarak jauh je uOls.
sanggup wieya tanpa lengah terus call bahagian bridal tingkat 1..
ada seorang mamat angkat..terus wieya tanya pasal kak ida tu..
mamat tu sebut nama penuh akak tu. Wieya ianya je lah..
sebab nama kat resit tu ada sign "ida"..Kebetulan resit tak bawa. tapi masih ingat
nama akak tu walaupun singkatan tengok tak gigih tak gigih uOls..

Al-kisahnya..masa beli kain dan lace untuk nikah wieya..
ada veil warna lain je, warna yang wieya nak tak ada stok.
nanti kalau ada..dia akan bagitau wieya. Siap ambik no phone lagi.
dek kerana dah dua minggu menunggu dengan harapan..
dan sebab tak sabar nak tahu veil tu ada stok ke tak sebab takut designer grab
satu batang kayu tu, Ikut pada kata-kata kak ida tu masa wieya nak beli hari tu..
 Lepas jaa dua minggu terus call tanpa lengah lagi.
sebab wieya tahu hakak tu pasti lupa kat kita ni uOlss...

Lepas je dapat cakap dengan kak Ida tu..Baru lah dia teringatkan wieya
yang nak veil tu dengan nada ingat-ingat lupa. Wieya dah agak dah.
Kebetulan dia kata ada stok veil baru sampai uOlss..
terus berbunga rasa hati wieya. Hee. Gembira sangat! *nada legaa*
Bolehlah mimpi jadi kenyataan. Lepas je cakap ngan 
kak ida yang tunang akan datang ambik hari tu jugak, 
walhal belum bagitu encik tunang pun lagi. Heksaitednya berbunga setaman ;)

Habis je letak phone cakap ngan akak tadi, deal nak ambik hari tu jugak..
terus call encik tunang kesayangan..
Sanggup call tanpa berlengah padahal tahu tunang kite tengah kerja time tu.
wieya dah tak kira ganggu si dia ke tak. Heheh. Sebab suka veil dah ada.
dengan sepantas, tunang kita jawab dengan 
rasa tak sabar nya wieya suruh incik tunang
belikan kita veil tu hari ni jugak. Tak kira lah masa bila pun..
Encik tunang terus setuju. Kemain lagi wieya sukaaa!! hahaha
Berkobar menanti apa perkhabaran veil wieya dengan jarak jauh je bertanya 
Kekangan masa sangat. #alahsayang #berdebar #gembiraberganda

Lunch hour..tunang call. Berdebar angkat. Guesstt what?!
encik tunang dah sampai ke Jakel. Ya Allah..awak tak lunch ke sayang?..
wieya terharu sangat hanya Allah yang tahu. Dia kata dia baru sampai.
Baru nak naik kat Bridal Eksklusif tingkat satu tu, Letak phone..
dalam 5 minit camtu, encik tunang call balik. Wieya terus jawab..
dia kata dah jumpa hakak tu dan tengah serve veil untuk dia. Legaa rasa.
sempat tunang tanya kite nak apa lagi tak? wieya terus tnya pasal veil bertandang 

Haha. Nampak tak nak menyelit lagi. Terus encik tunang pass phone kat kak Ida
dan wieya terus tanya kain chiffon silk untuk veil bertandang. Hakak tu cakap
ada banyak warna dan choice untuk veil bertandang yang wieya nak tu..
Dia bagi contoh keratan kain untuk encik tunang. Tunang kite sempat snap gambar lagi
Dia tak berani beli untuk wieya takut salah warna. Alahai tunang tersayang..
Baiknya Hati awak..Thanksss sangat-sangat.!

Maka dapatlah wieya veil nikah idaman kalbu :')
terima kasih encik tunang susah-susah untuk kite..
sanggup keluar masa lunch time awak. Kite terharu.... *sobs*
sampai sekarang veil tu ada pada tunang kite. Next dating..dia pass kat wieya. Hee
Lega dah dapat stori pasal veil nikah dari jarak jauh..Hebat tak?

Pssst tiap hari tanya pasal veil tu selagi tak dapat kat tangan wieya
tak tahulah tunang jemu ke tak dengan soalan wieya. Dia layankan je..
cuma biasalah lelaki..tak tahu sangat perasaan perempuan bila dapat barang
yang dia nakk. Kemain tiap hari tanya..ringan ke..licin tak..Hahaha
Sabar ye awak..kite heksaited dan kuat verangan...
Sekian, al-kisah disebalik veil nikah dengan penuh sentimental moment.
Terima kasih blogger yang sudi baca. Terpanjang pulak entri kali ni :')
Teristimewa buat tunang tersayang.. I Love You so Much..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi