Assalamualaikum..
Ada tak B2B yang hadapi dilema, taktau samada
nak sewa yang sedia ada sewa tempah atau
nak tempah baru baju pengantin kan?
wieya sedang consider option
untuk sewa tapi nak dapat baju pengantin
yang sesuai dengan size dan taste wieya, tak jumpa.
Akhirnya option kedua untuk custom made dipilih.
Beberapa pro and cons untuk B2Bs consider
sama ada nak buat baru atau nak sewa je baju pengantin..
Macam yang wieya alami sekarang *sigh*
"If I were to tailor made my own wedding dress within my specific budget, would the result be the same as the dress that I'd dream of ?
If the answer is YES, you go for it girl!
Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)
Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)
a) BAJET/KEWANGAN
SEWA: pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di butik/orang persendirian lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you!
TEMPAH: tempah memang best kalau kita sedia untuk berbelanja besar dan sedia untuk menanggung risiko kalau-kalau nanti hasilnya tak sebagus yang kita bayangkan. selain tu, banyak perkara yang perlu difikirkan bermula from top to toe.
b) KUALITI & KEPUASAN DIRI
SEWA: Ramai yang tak memilih untuk sewa sebab nak pakai baju baru yang belum pernah orang lain pakai. Depending on your budget, sewa kadang-kadang memberi kepuasan yang berbeza pada seseorang sebab boleh memilih baju kesukaan tanpa perlu berbelanja besar. Bagi sesetengah orang, memilih busana yang belum pernah digayakan oleh pengantin lain merupakan satu kepuasan sebenar. Perkara ni subjektif, it depends on how we value it. Setengah orang berpandangan, sewa pun takpe sebab kahwin sekali je...tak berbaloi untuk tempah baju sebab obviously baju pengantin tak boleh pakai pergi kerja, duduk rumah apatah lagi dinner biasa. Kena tengok tema jugak, kalau lari tema nanti nampak over. kenss
TEMPAH: Pada wieya custom made baju sendiri memang memberi kepuasan berbeza. Harapnya baju yang siap nanti lebih cantik dari yang dibayangkan. amin. Kalau weouls memilih untuk tempah sendiri dan mahukan kualiti serta hasil yang terbaik, wajib kena pilih designer yang mahir supaya kita tak kecewa. Memanglah jimat kalau beli kain murah dan hantar pada tailor biasa, tapi kena tanggung risikolah, Sangat jarang terjadi hasilnya memuaskan. Kadang-kadang kain rosak, ada terjadi tersingkat dan macam-macam lagi .
Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. Kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!
Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. Kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!
c) MASA
SEWA: Kalau tempoh persiapan singkat, contohnya tinggal kurang 4 bulan dan perkara lain belum settle, sewa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kelam kabut, lari bajet, baju tak siap, tak fit pada badan dan sebagainya.
TEMPAH: Perlu persiapan awal sekurang-kurangnya 4 bulan untuk elak baju tak siap. Perlu bersedia untuk belanja lebih dari bajet kalau buat persiapan lambat.
d) LONG-TERM USE
SEWA: walaupun sewa menjimatkan belanja, tapi untuk long term, kita dah tak boleh pakai, simpan atau guna semula baju pengantin kita. Kalau ada pun yang tinggal hanyalah gambar kahwin untuk diabadikan sebagai memori terindah kita. Hikss
TEMPAH: Kelebihan tempah baju sendiri ialah kita boleh simpan baju kita untuk kenang-kenangan. kalau badan tak naik (the lucky ones) selepas sepuluh dua puluh tahun kawin, mungkin boleh consider pakai balik pada hari istimewa seperti wedding anniversary untuk buat kejutan pada suami ;) Best kan..
e) RISIKO
SEWA: Satu kelebihan bila sewa baju, kita tak perlu menanggung sebarang risiko yang selalu terjadi seperti baju tak siap, upah yang diminta berlebihan (tak sama seperti yang dijanjikan awal2), baju tak fit, kain rosak dan sebagainya. Everything is already in place, just wait for the day and get ready to rock it!
TEMPAH: Perlu sedia menanggung risiko kalau baju tak siap walaupun tempah awal (3 bulan), ketakutan tu tetap ada bila wieya decide untuk longgarkan/besarkan sikit ukuran baju seminggu sebelum majlis. Risau weh!
***
Kesimpulannya, kedua-dua pilihan mempunyai pro and cons masing-masing.
Tepuk dada, tanyalah selera dan jangan lupa tengok poket sendiri :)
psst nasib encik tunang setuju nak nak custom made baju walaupun dengan bukan dgn designer
Harapnya tak mengecewakan untuk kenangan seumur hidup.
Bismillahirrahmanirrahim...
tak nak tunjuk ke design baju pengantin wieya? nak tengok.. ke rahsia? ehehehehehee~ ^_^
ReplyDeletehehe..design masih rahsia..
Deletenanti dah selesai majlis wieya reviek ek NuSaNa ;)
Thanks atas perkongsian ini.. boleh jadi sumber rujukan.. hihi
ReplyDeleteIn Shaa Allah :) hee
Deleteboleh je..