Assalamualaikum..
Entri sebelum ni wieya review doorgift di sebelah pihak wieya.
Kali ni wieya nak review doorgift sebelah pihak suami pulak.
Awal-awal lag suami wieya dah cakap nak order siap jugak
sebab tak nak menyusahkan keluarga dia.
Jadi setelah survey sebaiknya..Maka teruslah encik suami
booking deposit dari bulan Jun lagi walaupun majlis sebenar bulan Disember.
Doorgift pilihan : Bahulu Mak Esah (klik link)
Wieya memang tak bantah, sebab memang nak mudahkan majlis.
Lagipun bahulu memang semua orang makan. Bersama kotak eksklusif.
Masa tu suami ada bagitau yang dia pilih warna gold. Wieya setuju je.
Sebab tema sana warna mint, gold dan emerald green.
Suami order 600 biji kesemuanya ada lah dalam 4 kotak.
Jenis bahulu Pecah lapan perisa asli.
dan sehari sebelum majlis kotak bahulu sampai sehingga ke depan rumah uOls.
Jadi sesiapa area Ipoh boleh la order doorgift untuk majlis bersejarah korang.
Servis memang terbaik! ;) Kami sebagai customer memang puas hati.
Bahulu ni siap packaging dalam plastik dan dibalut kotak yang sangat kemas.
Pendapat wieya mengenai bahulu ni, memang tak rasa macam kita makan
bahulu tau uOls. Terasa macam makan kek span pun ada jugak.
Sedap dimakan begitu saja, dan tiada bau telur yang kuat.
Tambahan pulak ia boleh tahan dua bulan tanpa rosak tau.
al-maklum la, lepas kenduri doorgift ada lebih lagi.
weouls siap boleh buat bahulu cheese, ala-ala melting cheese cake . hikss.
Memang berbaloi-baloi. wieya memang highly recommend
Bahulu Cheese..Nomnomnom
Ni doorgift yang disusun masa majlis ;)
gula-gula dalam basket tu sponsor dari adik ipar untuk
budak-budak majlis bertandang wieya dan suami pada 19 Disember 2015.
yang hadir. Memang meriah. Syukur alhamdulillah...
Ni je gambar kotak yang ada :'(
padahal wieya dah snap gambar details dengan jelas.
entah kemana pegi gambar-gambar tu semua terpadam. Sedih!
Siap buat video lagi sebagai kenangan. Mana nak cari balik.
Harap-harap ada la lagi dalam handphone. Banyak kali cari tetap
tak jumpa. Sobs. Kenangan kotak pun tak ada ni haa..
semua dah habis dibuang. Dah la kotak tu eksklusif T_T
Sayanggnya..........Tak apa lah..ni je gambar yang ada buat tatapan dalam
blog picisan. Highly recommend Bahulu Mak Esah ;)
5 bintang untuk bahulu yang sedapp.
Lepas ni boleh la order untuk majlis lain pulak.
Majlis akikah anak ke? Hehe
Sesiapa yang tengah survey tu..Boleh la jengah ke blog ni ye :)
Harga berbaloi, servis tip top dan rasanya sedap tak macam bahulu biasa.
Terima kasih sudi membaca.. =)
wahhhh bestnya. cheesecake tu buat Elsa terliur je
ReplyDeleteBest sabgat-sangat..hehe @Shaudatul Aireen :)
Deletewieya pun teringin lagi dan lagi...