Tuesday, 15 June 2010

ღ..Ciri-Ciri Gurly diMinati leLaki..ღ

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Korang (bagi yang bergelar wanita atau muSlimah) perlulah menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. 

Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap korang yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.


Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana korang tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.


Mungkin korang boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:


1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantiS

bercinta mengikut syariatNya ;)

 mudah2an ini yang aku harapkan dari sebuah hubungan yang suCi ^^

Okieh setakat nie dulu n3 aku kali nih untuk berkongsi apa yang perlu dengan kaum Hawaku sekalian..dan bagi para kaum Adam hendaklah memahami jugak kaum Hawa yea.Moga kita sama-samamemperoleh rahmat dariNya..insyALLAH (^^,)


--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

4 comments:

  1. lelaki ni complicated, but perempuan lbih complicated..lelaki bsenya mmg xska pmpuan yg makeup tebal, baginya natural beauty tu plg bgus, lmah-lmbut & sopan santun sikap yg lelaki suka pd permpuan..sesuai dgn fitrah perempuan..

    "sebelum diijabkabulkn, syariat ttp mmbtskn, pelajri ilmu rumhtngga, agar kita lbh bhgia mnuju hri yg bhgia...."

    ReplyDelete
  2. betul cakap kak Seni tue :) dawia sokong 100%.. ^^

    akak sempat nyanyikan lagu nastid kat situ..:)
    terima kasih ye kak...

    amat hargai sebab komen :D

    ReplyDelete
  3. wa..sejak bila blog adik jd blog kaunseling cinta ni..?hehe.. :)

    mmg byk kebenaran dlm entri ni..setiap org ade citarasa msg2 dlm memilih pasangan kn..tp juz jadi diri sendiri, itu lebih baik kn..? :)

    ReplyDelete
  4. sama2 dik dawia..mybe dawia nk jd dr love..(^_^)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi