Sunday, 29 September 2013

Produk Pilihan Kesihatan Dalaman Luaran ;)

Assalamualaikum.....
Awal-awal nak cakap, wia bukan consultant atau distributor
tapi cuma future customer untuk produk nih..hehe
Bila dah masuk 20-an ni baru sedar agar kecantikan luaran dan dalaman.
Best tengok kengkawan yang cantik semulajadi dari dalam terus
terserlah di pancar wajah dan fizikal..
Terus terasa alahai kenapa tidak wia juga mencuba..ngee :')

Orang kata penjagaan diri penting buat diri setiap orang..
terutamanya wanita dan gadis termasuk wia...
kerana tubuh badan dan kesihatan diri adalah amanah dari Allah taala..

Bila buat perkiraan, memang banyak sangat produk yang menawarkan
kebaikan yang lumayan..tapi biarlah menjamin keselamatan
diri sendiri sebagai pengguna, betol tak? :)

So setelah buat research..wia rasa produk Shaklee sangat baik buat wia...
walaupun mahal, ianya sangat berbaloi buat kesihatan tubuh badan..
Nak nak buat wanita yang tak sempat senaman dan gym.


Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk ShakleeSelama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Selit sikit, produk ni elok juga untuk kulit dan kecantikan dalaaman..
Doakan wia dapat menjaga kesihatan dalaman dan luaran ;)
Gadis? Siapa tak mau cantik kan? Hikss

:)

Friday, 27 September 2013

Menabung Masa Depan :)

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua..
Bila dah ada gaji sendiri..Makin banyak pulak yang di idamkan..
Dalam masa yang sama, kena juga menabung untuk masa depan..

Nak nak wia ni dah la jenis boros. Kaki shopping..
memang banyak yang rambang mata..So,kena ada perancangan untuk masa depan.
kereta, rumah dan kawin.. kan? :)

Gaji pertama digunakan sebaiknya buat emak daan belanja diri..
In Shaa Allah bulan depan dan seterusnya
nak mula belajar bayar hutang. Yup wia seorang peminjam ptptn..phew --"
In Shaa Allah bulan depan raya Haji, na juga berbelanja kan..
harap gaji cepatlah masuk..amin ya rabbal alamin.
Bulan ni wia tak sempat lagi nak bayar kat ptptn. Takut juga sebenarnya
disenarai hitamkan jika lambat balas, Huhu!

Tak dapat nak melancong luar negara pulak nanti...




Harap-harap wia tak selalu boros....
Kesian dear nanti...

Banyak lagi nak guna duit, untuk masa depan...
Kena pandai jaga wang untuk masa depan..amin :')
P/s : Lama tak check akaun Nuffnang...Hikss
Harap BE bertambah....! ^_________^
moga kalian bahagia bersama keluarga tersayangg..

Wednesday, 25 September 2013

My Work Story ♥

Assalamualaikum semua.....
Rindu pulak nak menaip kat blog ni...
Kali ni nak stori sikit la pasal tempat kerja...
Hikss. wia kan sekarang kerja kat sekolah..

Meh nak stori sikit pasal sekolaah tempat wia bertugas ;)
Fiuhh 3 bulan sekolah baru nak stori...Haha
Cerita juga walaupun tak la lambat sangat...kan?

Ok wia bertugas di sekolah agama bantuan kerajaan..
kalau bukan kerajaan mmg bukan tempat wia ditugaskan laa..
sebab wia kerja bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah...
dibawah PPD (Pegawai Daerah Bandar Baharu)..

Mula bertugas 17 Jun 2013 hari Isnin..Hari Isnin..ingat lagi..
Baru menyempat rasa dua bulan gaji setakat ni..
Ok sekolah wia bermula pukul 8 pagi sehingga 3.45 petang..
waktu pejabat macam biasalah pukul 8.00 pai sampai 5.00 petang..

yang seronok nya kerja situ, sarapan dan makan tengahari adalah free!
Ok FREE ya. Capslock sikit ;p
percaya atau tidak mula wia masa mula bertugas pun macam tak pecaya..huhu
sistem kantin kat sekolah wia bertugas macam sistem asrama..
ala bufet..Cedok sendiri lauk yang terhidang. dan makan la sebanyak dan sepuasnya...
untuk cikgu cikgi dan staff laa..Para pelajar beratur ambik makanan dan makan ;)

Makanan yang free sememangnya sangat sedapp okey..
nak nak siapa yang nak diet mmg boleh lari jadual diet..
kena tahan nafsu sesungguh-sungguhnya..haha
Sebab tu wia sekarang memang tak boleh diet..
Makin tembam la uOls.. Sihat bahagia...Kurangkan kuantiti makan ja boleh..

Selain tu, kerja pun tak susah dan tak senang. 
Ikut arahan guru besar..menaip kertas kerja..
angkat phone pejabat. Bantu penolong kanan..ambik yuran
dan senyum manis jumpa waris/ ibu bapa pelajar. Senang kan? :)


Tanggungjawab jujur dan sewaktu dengannya adalah penting tika ini..
Berikan komitmen sesungguhnya..In Shaa Allah rezeki melimpah lepas ni..amin..
Doakan wia ye. Gambar sekolah? tunggu sign board sekolah siap ye..
sekolah tu semua serba serbi baru.. Penjawatan baru.
pentadbiran baru. Gaji baru. Sebabnya depa baru masuk kerajaan.
mana cikgu yang mmg dah mengajar situ memang boleh serap masuk kerajaan
kerana perkhidmatan yang dicurahkan. Rezeki murah kan..
Itu dinamakan takdir..Seronoknya tengok depa ;)

Gaji yang biasa-biasa terus bertukar standard kepada guru penjawat awam.
tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia..hanya Allah yang tahu :')
Ok yang pnting banyak yang wia belajar disitu..
permulaan pekerjaan pertama wia.. BEST!!
so far so good..Syukurillah...Sekian serba sikit
pasal tempat wia bertugas. Moga mendapat redha Allah..amin.

Selamat berblogging.....

Sunday, 22 September 2013

Hello Kitty Perfumes ♥ Cute!

Assalamualaikum....
Nak stori sikit pasal keterujaan beli perfume Hello Kitty..
beli online. Sangat jimat dan senang!
Alhamdulillah kak yang jual tu sangat baik hati..

Suka sangat shopping dengan dia...
masa wia private message (pm) dengan dia...
sangat take care..dan alhamdulillah rezeki..
nak di jadikan cerita wia kak tu terbagi perfume tester untuk wia..

dan selepas tu kak tu pos lagi perfume Hello Kitty yang original..
Jadinya dapat la wia 2 parcel dan 4 botol perfume yang comel!

Kaler pink dan merah tau uOls!! Hiksss...






 Suka dua-dua kaler ni....
wangi sangat!! Dua-dua bauan feveret wia
Klaer merah bau nya agak lembut..dan kaler pink bau pekat sikit
tapi sangat nice...wia pakai perfume pegi opis..teehee :'D
Selamat berblogging...

Saturday, 21 September 2013

Yeay dah grab Fellina Beauty Inchloss ♥

Assalamualaikum dan salam Sabtu :')
Akhirnya wia memiliki produk terlaris di pasaran ni setelah sekian lama...
Setahu wia harganya adalah RM75.00 sebotol untuk Semenanjung
dan RM80.00 untuk Sabah Sarawak..

tapi bila wia pegi beli dengan satu butik area kawasan rumah wia..
tup tup harganya turun kepada RM45.00 sebotol! harga promosi katanya..
Woww memang ohsem..Rasa nak beli 2 botol tau uOls.

Nasib wia fikir sayangkan duit dan nak tengok result dulu cemana..
beli sebotol dengan penjimatan sebanyak RM30.00..Memang berbaloi-baloi..Hikss

Niat guna lotion ni adalah untuk tampak kurus dan pipi dan dagu yang runcing ;p
kaler lotion warna PINK uOls...dan sangat wangi..
masa pakai rasa fresh sangat. Perbanyyak minum air putih..
In Shaa Allah tak sabar nak tunggu result perubahan..Hee




wajah baru felinna inchloss bermula April 2013..

KRIM PELANGSINGAN YANG BOLEH DIRASAI KESAN HEBATNYA HANYA DENGAN SEKALI SAPUAN.. SEBELUM GUNA SILA UKUR DULU SAIZ KAWASAN YANG INGIN DIKECILKAN..:)

 Risau dengan pengambilan supplement penurunan berat badan yang memudaratkan?
Malas untuk berdiet keterlaluan?
Krim pelangsingan badan sebelum ini berbau serai, halia atau sangat panas??

MEMPERKENALKAN, SEJENIS LOSYEN BADAN YANG UNIK DAN ISTIMEWA!!
BODY LOTION (dulu nya dikenali sebagai Inchloss) keluaran FELINNA BEAUTY..
berharuman persis minyak wangi memukau rasa, memiliki sensasi dingin (tidak terlalu hangat) dan mesra pengguna..
mampu membakar lemak2 berlebihan serta selulit di bahagian badan yang diingini seperti di perut, peha, pinggang dan lengan dengan sapuan mudah tanpa lekitan. Turun 5 KG sebulan tanpa berdiet dan senaman yang meletihkan!!

CARA GUNA:

-picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
-sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.
-boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)


Ok, hope ada perubahan..Sebelum guna lotion dah ukur siap-siap..
dan tunggu keputusannya..loss atau tidak..ngeee
Excited tau, wishlist terlaksana lepas gaji. Syukurr...

Nanti dah dapat resutl wia kongsikan dengan kalian..
Selamat bercuti dan ceria-ceria selalu ! :")

Friday, 20 September 2013

Ketagih Shopping Online =P

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua....
Lamanya tak hapdate belog ni...
alahai patutlah terasa rindu..Hee

Rajin blogwalk cuma tak sempat nak menaip...
mata dah nak pejam, otak pun penat..Hikss..
Bila jarang jarang menaip..rindu sangat nak menulis dalam belog..

Sejak dua menjak ni, wia dah mula balik
hobi lama yang suka shopping online..phew -,-"
Jenuh tepis nafsu nak shopping habaq mai...

tapi ada juga terlepas, shopping juga sepam dua..Huhu
sabar ajalah..Macam mana nak menabungg...
Beringat dulu..nak shopping boleh..tapi beli satu satu yang perlu dulu ;)
tunggu next gaji baru boleh on shopping pulak..

Kan semuanya dihujung jari..
klik, klik, klik sana klik sini..Buat payment..
tunggu pos laju sampai...taraaaa, daah dapat
apa barang yang kita order..Senang kan? ;)

Dari rambut sampai hujung kaki boleh dibeli secara online...
cepat, pantas dan paling penting duit laju mengalir cam air..tsk tsk. Hikhik
Sekarang kegilaan wia tak boleh tengok shawl atau tudung bawal satin atau kanggaroo
mesti nak grab jugak sehelai mahupun dua..sabar sajalah..
penggemar fesyen tudung...Hikss


Selamat berblogging semua ;)

Monday, 16 September 2013

Subhanallah ღ

Assalamualaikum....

Berkongsi quote yang sangat deep..

✿  



Selamat berblogging semua...
dan Selamat hari Malaysia...

Seronok dapat rest kat rumah hari ni..Hikss

Saturday, 14 September 2013

Akhirnya..Gaji Pertama Buat Diriku :')

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum....
Salam sabtu buat semua :')
Hari ni wia happi sangat sebabnya saja suka- suka pegi bank
nak check gaji pertama masuk ke tidak lagi..
Lagipun balik dari kedai beli barang saja suka suki nak pegi check..

tup tup check dengan selamba...
tergamam sekejap nilai dah bertambah..
I'm is super duper happy
dan tak pecaya..! Terharu ....
Subhanallah dalam pecaya tak pecaya..
Itu gaji pertama wia setelah kerja genap kerja tiga bulan
17hb ni..sob sob :') 

Akhirnya.......
13hb Setember gaji masuk...
Sebab Khamis check blum masuk. Harini check, alhamdulillah...
yippy! Boleh belanja famili makan-makan...
Bagi duit kat mak ayah, bayar ptptn..
dan shoppingg..!! Menyimpan utk masa depan dan
menabung untuk kawin..Haha..

Begini rupanya perasaan punya duit sendiri...ngee
Tapi kena juga berjimat kan...
wia ni dah ler jenis boross..Dah kena ingatkan diri sendiri
untuk tidak membeli yang bukan dari keperluan..
banyak lagi wishlist menunggu..Hikss


Sumber Google ;p

Moga bertambah rajin bekerja cik Dawia...
Peringatan untuk diri sendiri, tingkatkan prestasi, in Shaa Allah...
dimurahkan rezeki lagi berlipat ganda...
Ohsem Day..Syukur pada Ilahi...

Alhamdulillah...Bahagianya hasil titik peluh sendiri...
wia dah dewasa !! Umur 24 tahun akhirnya..
Ini duit sendiri.....Duit kerja 8 jam rehat 1 jam..tehee
:)

Friday, 13 September 2013

Yeay!! Ofis Berwajah Baru :'D

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua....
tak ada yang lebih best melainkan berasa gembira dan bahagia 
bersama kesayangan keluarga dan sahabat..

hari ni dawia cuti jadi bolehla nak menaip kat blog picisan ni...
ahhaa kalau entri lepas pasal ubah suai ofis..
alhamdulillah, wieya dah ada meja sendiri...Rasa privasi sikitt 
walaupun tak la privasi sangat..Hikhik

Biasalah meja depan pintu..Memang kena siapkan diri
dengan tetamu dan waris pelajar
yang nak bahyar yuran, urusan itu dan ini..Huhu.
tapi kira ok la kan dari yang lepas...teehee

Meja ofisku ;)

Dari pandangan hadapan ;)
Messy kan? Biasa la baru ubah suai. Kerusi pun tak buka plastik lagi ;p
Upss ada gambar pelajar sesat. Hehe..
Ok laa yang penting wia happy sangat...
In Shaa Allah nanti dah cantik siap ada almari semua..
wia pos lagi gambar ofis comel ni lagi ye..
Sekolah luar bandar..tapi sangat tenang dan best! ;)

Wednesday, 11 September 2013

Sesi Ubah Suai Ofis Baru ;)

Assalamualaikum.....
lama tak berhapdate pulak rasa belog ni..hewhew. Lama la sangat..teehee
sebenarnya wia rajin ja on9 cuma tak sempat nak menaip.
minggu ni agak sibuk. Sebab..jeng jeng..

Sibuk kisahkan pejabat baru yang transformasi hari ni...Hikhik
teruja uOls sebab dapat meja baru, meja sendiri. Rasa privasi sangat! :')
alhamdulillah Allah kurniakan satu persatu.
Sesi mengemas bermula....yeay!




Selerak kan...Nanti wia masukkan gambar yang telah ditransformasi.
tadi petang baru siap mengemas. tak sempat snap gambar,,
dah makin suka dengan kerjaya nih..
esok ada perjumpaan kat PPD...
Harap ada berita gembira..amin ya rabbal alamin ;)





Sunday, 8 September 2013

Majlis Tunang Classmate ;)

Assalamualaikum dan salam manis buat semua ...
petang semalam wia hadiri satu lagi majlis tunang kawan rapat. Azmina ;)
pegi dengann bestfriend Khairiah dan Bazilah..
alhamdulillah kami sampai awal..teruja kawan nak disunting orang..Hikss

Mina tak buat mini pelamin tapi hias bilik. Cantik sangat.
tema purple dan putih. auw..naik sangat tau ;)
cantik baju..cantik orangnya dan cantik semuanya..






Tahniah sayang! :') Happy for you..
Darah manis kiri kanan wia..
tinggal dua lagi belum.. Hehe..
sabar sabar...weouls tunggu putera raja..Haha
Ok gambar banyak upload dalam FB..
Sikit saja dalam belog..sebab nanti jadi entri bergambar...
Bestnya sorang sorang member take turn..Who next? :'D
Selamat berblogging...Rindu nak cash out Nuffnang...

Friday, 6 September 2013

Pankek / Lempeng Comel :)

Assalamualaikum....
Terasa nak hapdate pasal entri yang mudah lagi sedap.
Enak dimakan waktu petang mahupun sarapan dan dinner.
Jom cuba dengan cara mudah dan bahan yang mudah di dapati ;)




Bahan- bahan :-

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 

Cara-cara :-

  1. Satukan tepung dan baking powder
  2. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur hingga kembang dan putih. Dalam  bekas lain, campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
  3. Masukkan minyak dan susu ke dalam no 1 tadi. Masukkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  4. Sedia utk dimasak atas non sticky pan dgn api sederhana.


pssst, rindu kawan lama wia, asnie..Huhu
Sedapp kan pankek..Boleh dinikmati dengan madu dan butter.
Juga coklat! yummy......

Tuesday, 3 September 2013

.Musim hujan yang bermakna. 9th

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Welcome September, Bubye Ogos..
setiap bulan ada tarikh bermakna dalam hidup wia..
September ni in Shaa Allah ada tarikh lahir cinta hati..
tak berkesempatan nak sediakan hadiah..
agak terkilan, tapi mudah-mudahan boleh bagi double hadiah kelak. Hikss

Sekarang musim hujan kan?
Bagi penunggang moto seperti wia..Ini pengalaman.
pengalaman pegi kerja kena hujan selama 30 minit.
Memang alah bisa tegal biasa..
Mula-mula takut juga. Jalan licin.
Lepas tu sorang-sorang pulak tu survive nak balik
demi keselamatan diri. Kehujanan. Sejuk.
Takut guruh, kilat dan pokok tumbang,
semua terbayang-bayang dalam kepala.



Kalau fikir takut memang tak boleh kemana la jawabnya.
Jadi, wia memberanikan diri. Redah juga hujan.
Hujan renyai hanya sekadar basah dan sejuk.
Pandu perlahan-lahan in Shaa Allah selamat.
tapi bila tetiba kat tempat lain, hujan turun dengan lebat.
sampai tak nampak jalan. Terasa lemas.

tak nampak. Bukak cover helmet..hujan turun bak peluru. Masuk mata, pedih.
tak boleh celik. Pabila tutup cover helmet, memang tak boleh nampak apa langsung.
Sebabnya kan wia berkaca mata. Dua kali ganda kanta berkuap
dengan nafas dan titisan hujan. Wia jadi takut..


Last-last bukak cover juga gagah tahan pedih air hujan yang turun menimpa muka
dan masuk dalam mata. Mata kabur. Pejam celik pejam celik dengan kerap.
Ya Allah..wia jadi lemas. Bukan lemas melalui hidung tapi lemas penglihatan >_____<"
Hanya Allah yang tahu perasaan wia saat itu.
Nak berenti tepi jalan. Takutt..sebab jalan situ kanan kiri hutan dan pokok.
agak gerun desitu. Huhu. Teruskan juga perlahan-lahan. Gagah.

Sampai satu kawasan, hujan dah mulai renyai. Legaa..
Syukurr..Penglihatan kurangb jelas. Kelabu.
Bawa moto perlahan-lahan...Sejukk.
gagahkan juga dan dalam hati berdoa moga selamat sampai ke rumah manis rumah.
alhamdulillah, wia dapat harungi hari demi hari ;)
dah hampir 3 bulan ponn..teehee
* nanti wia stori pasal lemas dalam kabus pagi pulak *
Selamat berblogging semua.....

Sunday, 1 September 2013

Hot* Telenovela : Rosalinda Siaran 2013 ♥

Assalamualaikum semua.
Welcome September, Hope be nice to me ;)
yeay terasa nak kongsi dalam blog kesayangan.
tengok tv9 tadi ada iklan mengenai Telenovela yaang pernah femes
kat tv3 beberapa tahun lepas. Masa tu wia remaja lagi tau :')
tup tup nak ditanyangkan semula di tv9 waktu malam pulak tu..
Jom sedikit sinopsis pasal Telenovela Rosalinda ayamoor..ayamoor.. Hehe


Baik, telenovela ini pernah menjadi fenomena di tanah air kita..dengan kemunculan telenovela hebat iaitu..Rosalinda...Ringkasnya,Rosalinda adalah wanita manis yang hidup dengan keluarga miskin Mexico itu. Ketika ibunya, yang tidak benar-benar ibunya, meninggal, ia bertemu Fernando Jose, yang ayahnya dibunuh oleh ibu kandungnya dan saat ini melayani penjara masa.Kerana penyakit yang rumit, dia ilang inngatan(sebab pe tah) dan jatuh cinta dengan seorang lelaki, Alex. Setelah mendengar Fernando bermain piano, Rosalinda mendapatkan kembali ingatannya tapi sekarang harus memilih lelaki yang akan berkahwin. 
Rosalinda adalah seorang gadis cantik yang menjual bunga dan menghiasi restoran mewah. ...Suatu hari, ia bertemu Fernando Jose (part paling romantik r)seorang lelaki status sosial yang tinggi.... Dia bermain piano di restoran. Mereka akhirnya jatuh cinta, kahwin, dan memiliki anak bernama Erika.... ibu kandung Rosalinda's, Soledad, menjalani hukuman penjara 20 tahun untuk pembunuhan ayah kandung Fernando Jose. Dia tidak bersalah, tetapi entah macamana tah dituduh bersalah..... Banyakla peristiwa2 best..Erika diculik...Rosalinda dikurung di sebuah rumah sakit jiwa. 




Suatu malam, rumah sakit jiwa terbakar dan terbakar. Rosalinda berjaya plak melarikan diri. Namun, dia yakin orang yang dia sayang(anaknya) sudah mati...... Dia bertemu seorang lelaki tua yang memaksa dan menunjukkan padanya cara mencuri. Penderitaan dari kes utama dari amnesia, dia dipaksa untuk menjadi pencuri...... Dia bertemu Alex Dorantes ketika cuba untuk mencuri dari rumahnya... Alex membersihkan tubuhnya dan ia mengambil tentang identiti Dorantes Paloma dan menjadi penyanyi.. Dia jatuh cinta dengan Alex, agen bakat Rosalinda nila hingga yang membuatnya terkenal..... Fernando Jose pula dah berkahwin dengan Fedra. 

Rosalinda's hidup dengan Alex nampaknya akan berjalan dengan baik. Namun, Suatu malam, Rosalinda dan Alex mengikuti salah satu konsert Fernando Jose.. Dia memainkan lagu yang kebetulan menjadi yang pertama ia bermain hari mereka bertemu. (PART dinanti2)Dan, mencetuskan memori Rosalinda tentang masa lalunya. Lalu, Rosalinda terus ja keluar dari bangunan konsert ..... Alex bergegas ke rumah sakit. Hal ini kemudian yang Rosalinda menyedari bahawa dia tidak Paloma, 



tapi Rosalinda. Sekarang Rosalinda telah mendapatkan ingatannya kembali, dia harus kembali dan berjuang untuk mendapatkan kembali anaknya, keluarganya, dan mungkin bahkan Fernando Jose .... Sepanjang jalan, beliau bertemu peristiwa yang mengubah hidupnya dengan banyak...
Valeria telah dipenjara dan akhirnya sengsara dan putus asa dalam penjara. Telenovela ini berakhir dengan Fernando Jose dan Rosalinda meninggalkan gereja tempat Rosalinda telah merancang untuk berkahwin Alex. Mereka bahagia selamanya!!...psstt nak tunggu tiap2 petang memang lain macam tau masa tu ..Hikss. Penangannya sampai tak boleh miss langsung. Heroin dia cantik dan gojes sgt ;)
Serius..Hee. Best la mengimbau cerita Latin ni zaman remaja..Ohsemm. kih3
Selamat menonton dalam blogging dari Dawia..

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi