Tuesday, 3 September 2013

.Musim hujan yang bermakna. 9th

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Welcome September, Bubye Ogos..
setiap bulan ada tarikh bermakna dalam hidup wia..
September ni in Shaa Allah ada tarikh lahir cinta hati..
tak berkesempatan nak sediakan hadiah..
agak terkilan, tapi mudah-mudahan boleh bagi double hadiah kelak. Hikss

Sekarang musim hujan kan?
Bagi penunggang moto seperti wia..Ini pengalaman.
pengalaman pegi kerja kena hujan selama 30 minit.
Memang alah bisa tegal biasa..
Mula-mula takut juga. Jalan licin.
Lepas tu sorang-sorang pulak tu survive nak balik
demi keselamatan diri. Kehujanan. Sejuk.
Takut guruh, kilat dan pokok tumbang,
semua terbayang-bayang dalam kepala.



Kalau fikir takut memang tak boleh kemana la jawabnya.
Jadi, wia memberanikan diri. Redah juga hujan.
Hujan renyai hanya sekadar basah dan sejuk.
Pandu perlahan-lahan in Shaa Allah selamat.
tapi bila tetiba kat tempat lain, hujan turun dengan lebat.
sampai tak nampak jalan. Terasa lemas.

tak nampak. Bukak cover helmet..hujan turun bak peluru. Masuk mata, pedih.
tak boleh celik. Pabila tutup cover helmet, memang tak boleh nampak apa langsung.
Sebabnya kan wia berkaca mata. Dua kali ganda kanta berkuap
dengan nafas dan titisan hujan. Wia jadi takut..


Last-last bukak cover juga gagah tahan pedih air hujan yang turun menimpa muka
dan masuk dalam mata. Mata kabur. Pejam celik pejam celik dengan kerap.
Ya Allah..wia jadi lemas. Bukan lemas melalui hidung tapi lemas penglihatan >_____<"
Hanya Allah yang tahu perasaan wia saat itu.
Nak berenti tepi jalan. Takutt..sebab jalan situ kanan kiri hutan dan pokok.
agak gerun desitu. Huhu. Teruskan juga perlahan-lahan. Gagah.

Sampai satu kawasan, hujan dah mulai renyai. Legaa..
Syukurr..Penglihatan kurangb jelas. Kelabu.
Bawa moto perlahan-lahan...Sejukk.
gagahkan juga dan dalam hati berdoa moga selamat sampai ke rumah manis rumah.
alhamdulillah, wia dapat harungi hari demi hari ;)
dah hampir 3 bulan ponn..teehee
* nanti wia stori pasal lemas dalam kabus pagi pulak *
Selamat berblogging semua.....

2 comments:

  1. Salam September.:) May Allah ease your affairs. BTW, ma ma'na Dawia? It's a very nice name.

    ReplyDelete
  2. jaga diri yea. bawak moto hati2.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi