Wednesday, 25 September 2013

My Work Story ♥

Assalamualaikum semua.....
Rindu pulak nak menaip kat blog ni...
Kali ni nak stori sikit la pasal tempat kerja...
Hikss. wia kan sekarang kerja kat sekolah..

Meh nak stori sikit pasal sekolaah tempat wia bertugas ;)
Fiuhh 3 bulan sekolah baru nak stori...Haha
Cerita juga walaupun tak la lambat sangat...kan?

Ok wia bertugas di sekolah agama bantuan kerajaan..
kalau bukan kerajaan mmg bukan tempat wia ditugaskan laa..
sebab wia kerja bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah...
dibawah PPD (Pegawai Daerah Bandar Baharu)..

Mula bertugas 17 Jun 2013 hari Isnin..Hari Isnin..ingat lagi..
Baru menyempat rasa dua bulan gaji setakat ni..
Ok sekolah wia bermula pukul 8 pagi sehingga 3.45 petang..
waktu pejabat macam biasalah pukul 8.00 pai sampai 5.00 petang..

yang seronok nya kerja situ, sarapan dan makan tengahari adalah free!
Ok FREE ya. Capslock sikit ;p
percaya atau tidak mula wia masa mula bertugas pun macam tak pecaya..huhu
sistem kantin kat sekolah wia bertugas macam sistem asrama..
ala bufet..Cedok sendiri lauk yang terhidang. dan makan la sebanyak dan sepuasnya...
untuk cikgu cikgi dan staff laa..Para pelajar beratur ambik makanan dan makan ;)

Makanan yang free sememangnya sangat sedapp okey..
nak nak siapa yang nak diet mmg boleh lari jadual diet..
kena tahan nafsu sesungguh-sungguhnya..haha
Sebab tu wia sekarang memang tak boleh diet..
Makin tembam la uOls.. Sihat bahagia...Kurangkan kuantiti makan ja boleh..

Selain tu, kerja pun tak susah dan tak senang. 
Ikut arahan guru besar..menaip kertas kerja..
angkat phone pejabat. Bantu penolong kanan..ambik yuran
dan senyum manis jumpa waris/ ibu bapa pelajar. Senang kan? :)


Tanggungjawab jujur dan sewaktu dengannya adalah penting tika ini..
Berikan komitmen sesungguhnya..In Shaa Allah rezeki melimpah lepas ni..amin..
Doakan wia ye. Gambar sekolah? tunggu sign board sekolah siap ye..
sekolah tu semua serba serbi baru.. Penjawatan baru.
pentadbiran baru. Gaji baru. Sebabnya depa baru masuk kerajaan.
mana cikgu yang mmg dah mengajar situ memang boleh serap masuk kerajaan
kerana perkhidmatan yang dicurahkan. Rezeki murah kan..
Itu dinamakan takdir..Seronoknya tengok depa ;)

Gaji yang biasa-biasa terus bertukar standard kepada guru penjawat awam.
tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia..hanya Allah yang tahu :')
Ok yang pnting banyak yang wia belajar disitu..
permulaan pekerjaan pertama wia.. BEST!!
so far so good..Syukurillah...Sekian serba sikit
pasal tempat wia bertugas. Moga mendapat redha Allah..amin.

Selamat berblogging.....

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi