Sunday, 26 January 2014

Update yang Tertangguh..

Assalamualaikum semua......
Lamanya belog wia nih tak ber-update ;)
sambil berlatar belakangkan lagu 80-an umah jiran
terasa nak menaip di belog kesayangan nie..

Sebenarnya wia rasa down dua tiga hari nie..
sebab tu mood menaip kelaut walhal banyak yang nak
dikongsi dalam belog. Percaya atau tidak sekarang ni
wia banyak update instagram dari aktif FB/ Twitter..Hikss
tanya kawan-kawan pun ramai aktif desana..

Penutup Januari 2014, ramai pulak member satu sekolah
satu kelas, layangkan kad kenduri kawin...
alahai sayang-sayang semua, kalau tak ada aral 
pasti wia sampai..Kalau masa lapang macam sekarang
memang akan sampai. Yang dekat-dekat jela..



Seronok dengar kawan-kawan nak kawin ni tau..
kalau tanya wia..memang wia nak kawin sekarang jugak ;p Haha
tapi mr.dear belum hint apa-apa lagi...
Cewaah! gaya macam dah ready habis anak dara sorang nih..
Tak ada laa dah ramai orang tanya..tahu lah dah umur 24 tahun..
masih muda lagi ni...Haha. enjoy dulu ye dak? * angkat kening*

Banyak stori nak kongsi..tapi USB dengan lappy ni buat hal pulak.
jadi hold dulu la ye blogger sekalian.

Sebenarnya wia ada contact kenalan lama baru-baru ni..
kemain lagi tau. ada yang still macan dulu..
ada yang berubah sedikit sebanyak. Kerlass!
Apapun pandangan orang, kita letak tepi jauh-jauh..
orang hanya tahu bercakap, tapi yang hadapi kita sendiri..

So, selepas wia rasa cool balik, moleklah kiranya wia 
happykan diri sendiri dalam tahun nie.. Suka suki dulu..
Jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dan kerja..
Hanya Allah yang lebih tahu, Kalian tolong doakan ye.

Lihat ke depan..Masih banyak rezeki terbuka luas.
Kawin? Biar masa menentukan..Baru la tak nampak terdesak ..Hikhik
ambik aura banyak-banyak dulu.. *peace!*



Makan coklat dulu, baru maniss di kemudian hari :)
pss jangan diabeties sudahh..haha. bahagia bila dear memahami..
Syukur alhamdulillah....

Wednesday, 22 January 2014

Hati Berbunga-Bunga Versi 2014

Assalamualaikum......
Sekarang suka pulak tengok bunga-bungaan..
Hadoii rasa macam nak pegi Cameron je sekarang nie..Hee
Warna-warni bunga-bungaan sungguh mendamaikan :)

eh tapi tulip sangatla mahal dan jarang ada di Malaysia.
Kalau di Netherland, memang ohsem
 permandangan bunga-bungaan nie..

 feeling loved.
 feeling loved.
 feeling loved.



bunga yang bawah ni pulak tak tahu bila.....



genggam :p
Ok tak mahu nak bebel lagi,
cukup blog ni nampak munge-munge biar berseri..Hikss
Selamat berblogging semua :)

Monday, 20 January 2014

Kampung Nan Indah ;)

Assalamualaikum.....
seronok juga balik kampungg  
wia suka permandangan kampung..Hee 
walaupun tak ada sawah padi,,tapi pokok-pokok nan menghijau
sungguh cun dipandang ;)





Bergambar depan halaman tok
yang macam taman lavender ;)
penuh bunga-bungaan yang ohsem!
sebenarnya balik kampung sebab ada kenduri..

Ok itu saja nak update! Haha..
Nampak sungguh tak ada apa yang nak hapdate sekarang ni,,
sungguh balik kampung memberi ketenangan
disamping dapat makan buah-buahan tempatan seperti
durian dan rambutans..nyumss..

Selamat Berblogging semua :))

Friday, 17 January 2014

3 Buffered Earning in 2014 :)

Assalamualaikum....
Salam Jumaat muslimin muslimat...
Buka akaun Nuffnang arini..
kot-kot rezeki bertambah...dan yeay!!
BE baru dalam tahun 2014 akhirnya muncul jugak :)


Sekarang ni 3 BE tengah menari-nari dalam belog iuOls...
sangatlah happy rezeki bertambah...
Moga banyak yang dikongsi mendapat manfaat buat semua..

Sekejap dah sekarang 17hb...wia masih menanti berita baik dari
pihak KPM...Moga rezeki bersambung dipercepatkan..

Embedded image permalink

Seronok juga tengok orang lain berbisness..
buka fanpage bisness lama...terasa berabuk sakan..
dah ramai suruh wia sambung bisness. Hadoii..
Kalau nak berbisness memang kena rajin kan...
Sekarang wia memang dok rancang nak masyuk lagi dengan bisness.


Best jugak tengok orang berbisness.
teringat mini bisness inner bawal yang lepas.
Lama dah tak restock. Ok in Shaa Allah kalau wia dah terbuka hati
balik nak berbisness wia akan kongsikan dalam belog.
Support me okieh.! Sekarang masih mood malas.
tapi tersangat suka tengok orang berbisness laris cam pisang panas..Huhu

Doakan yang terbaik buat wia.. Mak pun dah support..
si dia bertambah lagi. Siap suruh cepat-cepat lagi --"
In Shaa Allah. Coming soon. Banyak lagi yang kena belajar dalam hidup.
target : Belajar menjahit dan kursus kawin.
Terima Kasih Nuffnang! ;)

Wednesday, 15 January 2014

Sambutan Maulud Nabi 1435H

Assalamualaikum......

Salam Maulidur Rasul tahun 1435H. .selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..

Allahuma solli ala sayidina muhammad wa'ala ali muhammad..


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم


Alhamdulillah wia dapat bersama-sama menyambut 
Maulud Nabi di area tmpt kmpung wia..
Meriahh!! syukur..



Dak Badrul dengan bendera Kedah :'D
Hemsem ayah kite..Hee

Ayah dan sahabat-sahabatnya :)

Perarakan...Selawat ke atas Nabi...
Dak Fadli yang kiri dgn kawan dia..

Bukan bidaah ye memuji Rasulullah S.A.W di hari kelahiran baginda..

Sambutan luar biasa rs thn ni mendgr Qasidah yg merdu memuji


 namaMu ya Muhammad sehingga manitis air mata terharu 

Moga rs kecintaan kita pd Rasulullah terlekat di hati smua 



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ


Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat :)

Monday, 13 January 2014

Samsung Galaxy S3: How to Copy Paste Text ;)


Bagaimana untuk menyalin teks dalam aplikasi Pelayar ?

Ikuti langkah-langkah yang disenaraikan di bawah untuk berbuat demikian:

  1. Buka aplikasi pelayar/browser..
  2. Navigasi ke halaman web yang mengandungi maklumat yang kita ingin salin..
  3. Pilih teks yang diperlukan dengan menyentuh skrin dan pilih teks sehingga teks yang memilih dipaparkan.
  4. Ketuk dan seret satu mata di teks yang dipilih untuk menyesuaikan kawasan teks yang dipilih. 
  5. Kawasan teks yang dipilih akan diserlahkan.
  6. Ketuk Salinan ikon untuk menyalin teks dipilih.
  7. Sentuh butang Laman Utama untuk kembali ke mod siap sedia ;)


Bagaimana untuk menampal teks disalin ke aplikasi S Memo ?

Setelah  kita salin/copy teks, kini bolehlah paste ke aplikasi lain. Dalam hal ini , uOls boleh mencuba untuk menampal teks yang disalin dari aplikasi Pelayar untuk aplikasi S Memo:

Pergi ke Apps melalui skrin Utama .
Cari ke S Memo , kemudian tekan skrin ia .
Tekan skrin memo butang (T ) yang terletak di sudut kanan atas.

Sekarang kita dh boleh tampal teks disalin ke memo dengan menggunakan salah satu langkah yang disenaraikan di bawah:

Ketuk medan teks sehingga opsyen tampalkan ditunjukkan , kemudian tekan untuk menampal teks disalin ke memo
Ketuk klipbod icon pada papan kekunci, kemudian pilih teks yang dikehendaki untuk disalin/paste
Selesai!! Maka berjayalah sesi copy paste text kedua-dua cara ini... Hehe

Bling Crystal Cute Pink Ribbon plug for earphone jack Fits iPhone 5 4 4s ,iPad ,iPad mini Samsung galaxy S2, S3, S4, 3.5mm output

Dah lama wia cuba untuk copy paste..
Baru hari ni berjaya! Biasalah baru lepas teroka sikit-sikit..
Orang lain dah guna ipong dah pun, wia masih terkedek-kedek guna
samsung mini hadiah kesayangan hati ni....

Ok selamat mencuba. Susah nak terang..
tapi cubalah perlahan-lahan. uOls pasti boleh ;)

Sunday, 12 January 2014

Facial Mask From Watsons! Ohsemm

Assalamualaikum......
sebenarnya dah beli seminggu lepas..buka laci mekap..
baru nampak mask ni..terus rasa nak merasa pakai mask.
Cemana la agaknya kan...Huhu




Mask/ topeng kertas agak tebal dan keras mempunyai lembaran plastik yang melekat padanya. Ia direndam dengan banyak intipati telus tanpa minyak wangi aroma yang terlalu kuat. wia suka!! ;)
Malam tadi wia pakai mask di muka buat pertama kalianya. Sebelumnya muka dibersihkan dan pakai ikut keselesaan.  Ia melekat dengan baik pada kulit. 
Bagi intipati baki yang tinggal di dalam plastik, wia letak kat leher dan bahu. Mula pakai tu rasa kulit bersalut, berminyak dan melekit.. Saja biasakan pakai smpai ke siang. Hehe
Pagi tadi wia bangun dan basuh muka terasa kulit lebih licin dan mempunyai cahaya penghidratan
rasa gebu dan segar jaa.. Haha Best juga ber-mask ni rupanya. 
Masuk 25 tahun baru cuba mask. Heaven sungguh ;)

Untuk set cuba-cuba wia beli 2 jenis. Satu cucumber..Satu lagi aloe vera ..
seronok juga memanjakan diri..hewhew. RM4.70 jee dapat less 20% membership..
Orang lain dah lama pakai..wia baru terkedek-kedek cuba nikmat hidup..
Selamat berblogging. Saja sharing pengalaman pakai mask..teehee

Friday, 10 January 2014

IKEA akan Dibuka di Pulau Pinang Tak Lama Lagi..Yeay!!

Assalamualaikum dan salam Jumaat smua..
Terus rasa terkejut bila ada orang share kat FB pasal IKEA..
yang terkenal dengan barang perabot yang sekecil 
sampai sebesar-besarnya yang murah lagi comel tuu akan
di buka di Utara tak lama lagi.


Berita yang wia dapat dari sumber Sini
kalau dah dekat Batu Kawan Penang memang tak jauh dah uOls..
kalau tidak jauh nak kena menapak sampai Damansara nun..
Barang/perabot dia memang nampak cecantik!

Hal ni buat wia bertambah eksited! Haha..
Hope cepatlah kan pembinaanya tuu..
dah bukak branch baru..seronoklah orang Penang..terutamanya orang Utara
nak shopping perabot yang best-best di IKEA ni kan..





Kiutnya kan.. dan saya gembira mendengar berita ini..yeehaa!!
Malaysia kian maju ke depan..
Jumaat Mubarakah buat semua :)
Selamat berblogging . Perkara best seronok dikongsi bersama.

Thursday, 9 January 2014

Pretzel..Rangup dan Sedapp! :D

Assalamualaikum....
Pertama kali cuba yang dipanggil Pretzels selepas dipromosi
kawan lama sebab dia jual. Berkenan..terus grab 4 bekas mini Pretzels
yang tengah dok femes amous sekarang ni ;p

Rasanya..seakan Pappero versi moden..
wia paling suka yang fully coated dengan coklat. Yummy!!
Satu lagi Hazelnut feveret mak..Hehe






Adik-adik pun suka...
Berebut-rebut dengan bekas saiz mini ni..
Tak pa nanti kita order lagi ye adik-adikku..
mak ayah pun turut rasa..

psst Pretzet ni juga sesuai dijadikan hadiah mahupun goodies..
Sesiapa yang sedang cari idea tu leh cepat-cepat dapatkan di kedai cookies
berdekatan dengan tempat uOls ye.
:)

Tuesday, 7 January 2014

New Black Guitar | Hobi Baru Katanya :P

Assalamualaikum...
Peel anak muda lelaki kot..minat pada gitar dan alat muzik.
tapi selalunya gitar la depa minat habis.
Sanggup berabis demi sebuah gitar..
Tang mana yang bestnya...Huhu
Petik-petik berbunyi kemudian menyanyi ikut rentak

Begitu jugak dengan adik wia yang sorang nie..
Sanggup menahan lapar..bekerja semata mata kumpul duit untuk
sebuah gitar. Minat punya pasal..
Dah terkumpul..Berdesupp pi beli sebijik.
Dapat-dapat teruih ngenyeh tak sudah...

Mula la bertatih dengan YOUtube tentang key muzik.
sampai dok berulang-ulang banyak kali..Haha
Sabar je laa. Sebagai kakak dok dengan adiknya belajar
petik gitar. Sekarang dah pandai dah sikit mainkan sebuah lagu..
Hadoii la dak Pali oii...





Duit beli gitar hasil titik peluh sendiri :)
Good Boy...! Baru tahu susah cari duit ye dik oii..
Black...Nama gitar tuu..Huhu
Selamat berblogging dan salam ceria buat semua..

Lovely DreSs ♥ Meltingg..

Assalamualaikum semua....
Saja buat entri review pasal dress yang cantik dan eksklusif nie :)
Harga berpatutan dengan design dan materialnya..
tapi dress cam cantik cepat sangat habis macam pisang goreng panas


Manarik kan? Cantik kaler...Lovely lilac 


Exclusive design for big day :')
Look beautiful like a princess..Maroon color


ROYAL NUDE



COPPER BROWN





SAPPHIRE STAR


Royal classic black..







Sesuai dipakai majlis tunang/ kawin :)
Sangat-sangat cantik!
Semua kaler pun Ohsem...
Rasa nak grab semua tau uOls..
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi