Assalamualaikum...
02.05.2015 - 02.11.2015 genap 6 bulan hari ni..
Syukur alhamdulillah. Moga baik-baik saja..
wieya tak tahu apa perasaan sekarang. Hehe
Setakat ni 60 % persiapan dan siap. Surat perletakan jawatan pun dah siap
tinggal nak hantar ke GB esok untuk pengetahuan dia notis sebulan.
dan lepas tu wieya nak tumpu pada wedding saja 100%.. hikss
Setiap bride to be lain caranya. dan semestinya masing-masing nak terbaik
untuk hari bersejarah. Moga Allah permudahkan cara dan urusan saja..
Sebenarnya buat persiapan kawin ni syok tau. tapi sekarang wieya terlalu rileks.
yang itu yang di ajar encik tunang, supaya tidak terlalu fikir..
Biar perkara berlaku dengan semulajadi dan mengikut percaturannya
Yang penting buat persiapan awal. In Shaa Allah semuanya smooth.
My Engaggement's Hand Bouquet..
Fresh flower..dan I miss my flower so much..
seminggu tahan tau bunga nie..dan kemudiannya layu dan kering :')
ada kisah disebalik bunga tangan masa wieya tunang Mei lepas ni tau.
Meh nak story sikit dalam blog picisan ni..Bismillahirrahmanirrahim...
Al kisahnya majlis tunang wieya jatuh hari Sabtu.
Jumaat adalah Hari Pekerja dan bunga tangan ni wieya order online .
sekali lagi nak cakap secara online okey.
Fresh flower pulak tu..Memang risiko giler kan..Haha
tapi wieya percaya kepada si kakak penjual tu..Jauh terbang dari Selangor tau.
Khamis last wieya kerja sebelum bercuti hari pekerja dan hujung minggu
dan 3.30 petang dah. Pukul 4 petang sampai rumah pun kotak
pos laju tak jugak muncul depan rumah. Cuak giler tau masa tu..
walhal sebelum tu 2,3 hari selepas akak
si penjual bunga tu pos dan bagi tracking number
fresh flower wieya tu tiap hari tunggu abam pos laju depan umah.
Berdebar pun ada dan bila Khamis dua hari
sebelum majlis tunang bunga belum sampai
memang tak senang duduk. Nasib tergerak hati nak whatapps akak jual bunga tu
terus dia terkejut dan terus call wieya. Terharu sat bila akak tu ingat dah smpai
bunga yang nak guna Sabtu 02 Mei tu..Esoknya confirm pos laju cuti sebab hari Pekerja.
Terus rasa down sebab waktu tu dah pukul 4.45 petang. Dah mula rasa tak ada rezeki
nak guna fresh flower time tunang hari nanti :'/
Lepas tu akak jual bunga tu call lagi
Dia cakap barang tu memang diorang dah tak leh hantar.
Kemudian dia minta abam pos tunggu
wieya datang ambik kat parit Buntar tempat bunga tu dah sampai.
Boleh rasa tak kroni nya kisah bunga tangan tunang wieya yang cantik ni. Hee
Tepat pukul 5 petang bersiap-siap ke parit Buntar.
Setengah jam juga dari rumah wieya. phew! Bayangkan balik dari kerja terus ke pusat
bandar pulak untuk ambil bunga tangan majlis nanti. Kalau tidak bunga yang segar tu
akan layu bila sampai di tangan nanti Isnin atau Selasa nanti dek cuti hujung minggu.
Gerak dari rumah pun dalam perasaan debar..Setengah jam lepas.
.Sampai la tempat yang dituju. Wieya pegi sorang tau. Naik moto lagi..Huhu
Mengikut lokasi yang dihantar whatapps oleh akak penjual bunga yang baik hati tu.
Akhirnya depan Pos Laju tu..terus masuk dan ada seorang abam tunggu.
dan bunga tu wieya ambik dengan perasaan lega.
Wahh macam drama sangat tau liku-likunya. Ingat takda rezeki laa :')
Terus balik pulak setengah jam sampai rumah. Dah maghrib pun..
tapi perasaan sangat lega yang amat. Buka je kotak pos laju tu.
Bunga tu masih freshh dan wnagi..wieya heksaited okeyy
Lega sangat..Cuma baby breath je yang macam laju.
Rendam bunga macam yang akak tu cadangkan
terus esoknya segar bugar bak baru dipetik. ngeee..
dan itulah al kisah disebalik bunga cantik nie.
.Pilihan warna, pink peach dan purple! dan taraaaa!!
Kenangan sangat seumur hidup. Rezeki dari Allah taala.
Semuanya atas kehendakNya. Aturan Allah itu cantik dan manis.
;)
Happy 6th Monthsary, My Mr.Fiance! ❤️
0 komen Si teddy Chito ✿:
Post a Comment
selaMat berkoMen ;) ♥