Monday, 9 November 2015

Prosedur HIV test untuk Bride to Be.

Assalamualaikum.
Cepat sungguh masa. Kesat mata.
Betul ke tidak ni..? phew! :')
Sebulan lagi ya rabbi..Awat rasa macam tak percaya..hehe
Ok entri lepas update pasal Borang Nikah.
Kali ni nak update pasal HIV test. Maksudnya kena cucuk
dan ambik darah. Bunyi macam seram kan?
tapi asal wieya tengok orang nak kawin macam tak ada masalah je pun.

Tak sakit ke ambik darah? Tak takut ke?
Dah la jenis takut darah. wieya tak takut jarum. tapi darah..haiss :'/
Dek kerana encik tunang dah isi borang bulan September lepas
3 bulan sebelum majlis dan selesaikan borang dia.
dia dah ambik darah dulu di tempat dia. Jadi nak tak nak wieya
pulak kena ambik turn cucuk dan ambik darah untuk HIV test di klinik tempat wieya

Nak dijadikan cerita, mulanya nak ambik cuti untuk pergi klinik
tup tup seorang akak ofis tu cakap, tak payah
 ambik cuti wieya sebab tak lama mana pun.
lagipun wieya malas nak cuti sesaja. Dan ikutkan saja akak tu.
Masa tu cuti sekolah. Maka pergilah wieya ke tempat kerja dulu.
Dalam 9.30 pagi camtu gerak ke Klinik untuk sesi HIV test
Berdebar tau sebab dengar orang cakap sakit la. Tangan nanti jadi bengkak la. Huhu
So banyak perkara bermain di fikiran sebab takut..


Apapun beranikan diri, wieya ke klinik seorang diri.
Untuk tunaikan kewajipan wieya pulak sebagai bride to be. 
Encik tunang dah settle. Syok la dia. Sesampainya di klinik
Nampak macam ramai orang. Tanya nurse sana sini.
Daftar nama. Isi borang. Then tunggu nama dipanggil dalam 10 minit jugakla
sebab ramai kan. Dengan sakit la dan bermacam kes lagi la.
Ibu mengandung, baby kena cucuk dan budak-budak nak masuk askar.

Setelah nama wieya dipanggil. Kita diberi no.giliran
tunggu pulak di depan bilik "darah" namanya.
Dengan perasaan berdebar, wieya setia tunggu di depan bilik
dengan yang lain. Rupanya ada seorang lelaki tu pun nak buat HIV test
kena dekat giliran orang lain, masuk sorang-sorang cucuk.
Kena dekat wieya..alahai kena masuk dengan mamat sorang tu pulak.
Mesti nurse tu salah faham, ingat wieya dan mamat tu couple. Hais~

masuk je dalam bilik "darah" tadi. Ada dua oang nurse bertugas.
Sorang panggil dan isi borang. Seorang lagi sedia tugas cucuk orang.
Mula kena giliran mamat tu dulu. Mungkin dia pun nak kawin kot. Haha
wieya masa tu nebes sebab nak kena cucuk. 
Sebab sebelum ni wieya nampak darah je pengsan. Tu yang risau tu.
Fobia darah barangkali. Siap sempat tanya mamat tu, sakit tak? 
dia jawab sakit la jugak. Lagilah wieya rasa cuak. Nurse siap cakap
lelaki kalau sakit kena cucuk memang tak gentle. Sebab nanti perempuan
kalau mengandung, memang kerap kena ambik darah. :') Haha

Siap je tak sampai 5 minit proses cucuk ambik darah tu, mamat tu keluar bilik.
Tiba giliran wieya pulak. Masa tu beranikan diri. 
Cuba smebang-sembang dengan nurse. 
Dia sapu lengan nak dicucuk tu dengan kapas
dan mulakan proses cucuk tu, Masa cucuk wieya tak tengok. 
Then masa nurse tarik darah guna jarum picagari. wieya cuba tengok.
 Alah, tak sakit dan tak takut mana pun seperti yang dibayang..haha. 
Pekat juga darah wieya. Jadi agak lambat nak penuh dan tarik.

 wieya kena cucuk tangan sebelah kanan. Selesai. Dalam satu botol kecik camtu
Hantar darah kita ke makmal. Then tunggu keputusan. dalam 5- 8 minit
dah dapat tau keputusan darah dan HIV. Masuk jumpa doktor bilik 4.
Doktor India. dan masa tu ada pesakit lain. Sebab orang makmal tu cakap
terus je masuk bilik doktor tu tanpa tunggu giliran. Doktor sign.
Isi borang nama, ic, alamat dan umur dalam buku, Settle!

Cuma doktor cakap darah wieya pekat. Ada kerap pening-pening tak? 
Mestilah ada. Huhu. Tapi wieya syak sebab makan vitamin Asid folik kot. Heheh
sebab doktor cakap banyak faktor boleh darah kita pekat. Selesai!

HIV Test - Done!
Kursus kawin - Done!

Terima kasih sudi baca entri ;) Syukur dah update pengalaman sendiri.
Lepas ni hantar borang nikah je. Moga semuanya berjalan lancar. amin.
Doakan kami yang baru nak bina masjid ni ye. hee

2 comments:

  1. perkongsian berguna especially untuk orang yang masih bujang seperti saya^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah..alhamdulillah :)

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi