Assalamualaikum..
26 November 2015
tarikh yang wieya takkan lupa sampai bila-bila..
sebabnya tarikh ini wieya diraikan dalam satu majlis
perpisahan kerana wieya last bertugas sebelum berhenti
untuk mengikut bakal suami kelak...
Sedih, sayu dan pilu hanya Allah yang tahu..
Bukan mudah nak lalui pengalaman begini..
tapi ini suratan takdir. wieya nekad mengikut kata hati.
3 tahun bersama tak mungkin dilupakan
pengalaman pahit manis di sini. Tempat pertama wieya bekerja :'(
Majlis dikelolakan oleh kak ziera, sheda, kak atiqah, fairuz dan kak normah.
dan dimeriahkan oleh anak sedara kak tiqah, anak kak misha, kak misha dan amal.
Perasaan itu hanya Allah yang tahu :)
Majlis disambut di KFC Taman Selasih..Ya Allah..
terima kasih untuk pengalaman ini..dirai..
walaupun perasaan bercampur baur,.Allahu..
Lepas ini, bila pulak dapat bertemu.. T_T
Kejutan dari kak Atiqah Fawwaz yang mulanya tak dapat hadir.
Langsung wieya terkejut bila tiba-tiba dia ada,,Surprisee sangat..
dan majlis diakhiri dengan pemberian cendermata dari pihak sekolah
untuk wieya.. Terharu ya Rabbi..Kak ziera paling nampak sedih..
Sayangg kak ziera sangat-sangat..
Kak ziera..orang paling terakhir peluk cium wieya..
yang bikin hati ini sayu dan menangis entah keberapa kali..
Moga Allah sentiasa menjaga nya kerna dia ibarat kakak buat wieya..
Moga berjumpa lagi kak ziera dan sahabat-sahabat yang lain :'(
Terima kasih untuk segalanya meraikan diri kerdil ini..
disaat last memegang jawatan pembantu tadbir NBOS 2013-2015.
Moga Allah memberkati..amin.
Jgn sedih2.. thehe..tahniah nak kwin dah ^_^
ReplyDeleteye.. @Diya Hanun terima kasih :)
ReplyDelete