Assalamualaikum..
Hari ni 12 November 2015 sehingga 12 Disember 2015
tinggal kurang dari 30 hari lagi nak bertukar status.
Macam pecaya tak pecaya je rasanya. Heheh
Esok fitting baju kali ke-empat. In Shaa Allah.
Lepas tu just grab and bawak balik
rumah kalau tak ada adjust dimana-mana. Mudah-mudahan :')
sebab hakak butik tu busy ada job sana sini. Begitu jugak dengan wieya.
yang pastinya tinggal 2 minggu lagi wieya akan resign kerja sekarang.
wow selepas ni semuanya serba baru. Allah hu.. Macam mana la agaknya
Moga baik-baik saja. Kawin tu kan syokk..kata member-member. Haha
Nak kata nebes..Belum rasa lagi.
Cuma dok risau tertinggal apa-apa perkara sebelum majlis.
wieya doakan wieya dan bakal suami sihat hendakNya
Begitu juga dengan kedua-dua belah pihak sentiasa sihat..amin.
Majlis berjalan lancar dan baik-baik saja.
List Sebulan Sebelum Majlis.
Confirmkan MUA untuk ketiga-tiga majlis - Done!
Payment pakej meja makan , guest corner dan deko dewan - Done!
Payment untuk OV dan OP - Done!
Confirmkan pelamin nikah, photobooth dan meja kek - Done!
Booking makan untuk nikah - Done!
Payment Homestay untuk pihak lelaki - DONE!
Discuss Kek kawin - HOLD !
Hantar borang nikah ke pejabat agama - HOLD!
Payment sewa dewan - HOLD!
Kain hias bilik dan deko - HOLD!
Bunga telur dan tempat pahar - HOLD!
Ini saja yang terlintas dalam kotak fikiran wieya setakat ni.
Kad undangan dah siap lama dah, alhamdulillah :')
Cuma tinggal minggu depan saja nak edar..
Pegi kenduri member sekolah rendah
Boleh la edar kad. tapi ramai jugak yang minta maaf tak dapat hadir, Sobs.
Sedih memang sedih tapi haruslah gembira
sebab masih ada hikmah disebalik semua ini. ngee
Fuhh tarik nafas dalam-dalam. I'm become Bride to Be soon!!
terima kasih sudi baca blog picisan nie. Hugs and kiSs ;)
Jom tido awal..esok nak pi fitting baju, yehuuuu!
eh eh..kenapa tetiba aku pulak yang rasa nerbes ni??
ReplyDeletehehehe...
tahniah sis!
Jom nebes sama-sama @sofie adie hehe
Deleteterima kasih yunk....
tahniah sis... lagi sebulan berubah la status...
ReplyDeleteterima kasih @Muhammad Faizal..doakan yang baik-baik ye ^___^
Deletealaaa seronoknya. hihihi. tahniah sis :)
ReplyDeletesronok la jugak ;) @Syafiqah Sharmeen..terima kasih..hee
Delete