Wednesday, 8 June 2016

Duit Masyuk dengan Nuffnang!

Assalamualaikum.
Pantas masa berlalu, hari ni dah masuk hari ketiga Ramadan.
Masha Allah masa tu sangat laju.
Sedar tak sedar kita dah melalu fasa menahan lapar dahaga dan nafsu
dengan baik selama dua hari yang lepas. Ok selamat berpuasa semua! :)

Hari ni wieya nak buat entri mengenai NUFFNANG!
Lama kan tak buat entri mengenai Buffered Earning.
Blogger dan Nuffnang berpisah tiada. Wieya sejak berblogging selama 6 tahun 
tetap masih setia dengan NUFFNANG kerana percaya sambil berblogging
Boleh masuk income tau. SEbab tu ramai blogger femes macam Nisa Kay, Cik Epal
Irine Nadia dan Yuyu Zulaikha boleh dapat beribu-ribu income
hanya dengan berblogging je uOls.

Bayangkan blogger femes ni boleh dapat income 
mencecah RM10 k dalam sebulan atau lebih
hanya kerana menulis dalam blog dan setia bersama NUFFNANG ;)
Bahagiakan? Yang penting banyak followers, trafik tinggi
dan banyak iklan yang menari-nari dalam blog. Memang boleh buat duit tau.


Hari ni wieya check akaun Nuffnang milik wieya, ada 5 iklan sedang rancak menari
dalam blog ni. Harapan wieya banyak bonus masuk sebelum menjelang Aidil Fitri ni :)
Mana tau rezeki Ramadan ni kan? :)

Sebenarnya seronok tau, berblogging sambil dapat duit ni ..hikss
Setakat ni wieya baru 3 kali merasa check out duit NUFFNANG, walaupun tak banyak.
Tapi puas hati jugak la boleh guna duit berblogging sendiri.

Dulu ayah wieya sangat support berblogging sambil dapat income.
Sekarang dah kawin, suami juga support wieya berblogging di rumah
sementara menjadi suri rumah tangga sepenuh masa ni.
Boring dan ingin berkongsi apa-apa boleh la menaip 
di dalam blog picisan kesayangan wieya ni. Suami support! :'D

Lagipun dah lama tak blog wieya tak ada BE (Buffered Earning). Last-last
sekarang ni dah rajin pulak berblog, masuk bulan Ramadan ni, sekali 5 BE masuk.
Rezeki di bulan Ramadan, alhamdulillah :)


Selepas ni rajin-rajin lah menaip lagi uOls. Korang yang datang ziarah blog wieya ni
pun rajin-rajinlah klik iklan yang menari-nari ni ek.
In Shaa Allah nanti wieya balas klik untuk Nuffnang korang pulak ;)
SElamat berpuasa dan selamat berblogging kawan-kawan.
Selagi wieya ada masa, selagi tu wieya akan menaip dengan hati.
Sebab menulis blog ini adalah hobi dan minat sejak zaman remaja lagi
sampailah sekarang dah nak punya anak dah pun ^____^

Rezeki 2016 sangat tak di duga, Syukur alhamdulillah.
Yang penting kena sabar dan rajin. Baru lah duit masyuk 
Terima kasih NUFFNANG Malaysia, kerana sentiasa bagi yang terbaik untuk kami
Blogger dari dulu sehingga sekarang! Bubye..

Terima kasih sudi baca entri wieya kali ni. Tunggu entri seterusnya pulak ok
See ya! Passt : Hari -hari bukak akaun NUFFNANG dengan
 harapan banyak income masuk. In Shaa Allah... Doa-doakan.
Semua orang boleh. Pecaya lah pada rezeki. Amin

4 comments:

  1. Macamana nak daftar Nuffnang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi dekat Nuffnang dan sign up dulu untuk pertama kali.
      Isi apa yang patut dan kemudian dah boleh log in macam biasa.

      Letak iklan di blog. Siap!

      Delete
  2. $$ dlm nufnang saya tak masyuk pun, sedu je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak jangan putus asa ye @atheera dayana :)
      In Shaa Allah ada rezeki awak tu nanti..hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi