Assalamualaikum :)
Salam Jumaat dan Salam Ramadan ke-19
Dalam keadaan badan tak sihat, wieya tetap
terasa nak menaip dalam blog kesayangan..Selama preggy ni,
ini kali pertama badan tak sihat (selsema) dan tak ambik sebarang ubat.
Semua ni pertama kali, walaupun berkali-kali suami ajak pegi klinik.
Janji baby aktif dan sihat..In Shaa Allah..Kuat dia puasa ❤
Dah dekat-dekat hujung Ramadan ni, ramai yang persiapan raya kan?
Dah start buat biskut raya ke uOls..dah start shopping baju raya ke? hikss
Tahun ni pertama kali wieya beraya sebagai seorang isteri :)
dan dapat beraya bersama-sama dengan suami tercinta.,Mudah-mudahan.
Eksaited sangat perasaan tu..! Seperti pasangan yang lain, terasa nak
pakai baju sedondon tu pasti. Hehe.. uOls pakai tema warna baju apa tahun ni..
Cemana persiapan nak sambut Syawal...Pejam celik pejam celik,
sekejap je kita dah nak di hujung Ramadan. Sedih ada teruja pun ada.
Apapun harapnya ibadaha kita semua diterima Allah taala. Amin
Bagi wieya ini juga kali pertama buat biskut raya dengan encik suami dan ibu mertua.
dan biskut yang pertama kali wieya buat seumur hidup belajar dari Youtube je uOls.
Barang-barang nak buat Almold London agak mahal..Patutlah biskut
ni dijual mahal di pasaran.. Haiss..Nasib tahun ni dapat buat sendirik..ngee
ni dijual mahal di pasaran.. Haiss..Nasib tahun ni dapat buat sendirik..ngee
Mengidam punya pasal..Jadi la biskut Almold London. Yang bestnya
menjadik walaupun first time buat! Ribuan terima kasih untuk suami yang bantu
dan rajin membantu isteri tersayang. Buat ibu mertua terima kasih juga
kerna memberi kerjasamadari A sampai Z. Tiga adunan wieya buat tau. Puasss hati! haha ❤
Guna penimbang untuk dapatkan kiraan yang tepat ;)
Buat 3 orang, Cepat je uli dan siap. Bakar...hikss
Taraaa!! Dah siapp di sadur coklat! Nikmatnya dapat buat sendiri
walaupun penat tapi puas hati sangat-sangat ❤
Dan paling tak sangka rasanya sesedap dibeli di kedai! Proud of you, abang..
wieya paling tak sangka suami wieya pandai menguli tepung
dan rajin membantu buat biskut raya. Jauh di sudut hati berasa beruntung bersuami kan abang.
ILoveYouSoMuch ❤ ❤ ❤
Selamat membuat persaiapan raya semua. Terima kasih sudi membaca.
Puas hati kan buat sendiri :)
ReplyDeletepuas hati sangat-sangat ^__^ @Farrah MF
Deletein the middle of final exam still. hm hm. cant wait to celebrate raya. have lots of foods. haha. happy eid Mubarak
ReplyDeleteHappy eid Mubarak Eeiou_ and Good Luck for ur final exam! :)
Deletewah..rajinya buat almond london
ReplyDeletehehe..rajin buat sebab ngidam @Nabila Syifa :)
Deletelagipun ni first time try buat dgn encik suami..
alhamdulillah menjadi!