Tuesday, 14 June 2016

Shopping Pre-Ramadan :)

Asssalamualaikum :)
Selamat berpuasa semua! Jadikan hari-hari di bulan mulia ini
hari yang baik dan indah..In Shaa Allah.

Sebenarnya wieya nak story pasal shopping barang nak masuk Ramadan
kat Mydin area tempat wieya dan husband tinggal ..hee
Walaupun dah 9 hari kita berpuasa, tak salah rasanya wieya
nak share jugak. Sebab kenangan kan? ;) 

Sorry for the late update ;p Maaf tumpu pada bulan Ramadan baru baru ni.
Ok suami wieya memang kalau beli barang buat stok katanya.
wieya sejak kawin dengan suami baru tahu keluarga 
diorang shopping macam nak buat kenduri :')
Penuh satu troli. huhu Mula-mula terkejut jugak tapi lama-lama 
macam best pulak ikut mak mertua dan suami shopping barang dapur.
Suami memang suka ajak mak mertua shopping barang. Wieya tukang teman je. heheh
Banyak tak barang.. hikss
Taraaaa!! kalau tak penuh satu troli memang bukan suami wieya la shopping barang.
Ni untuk stok sebulan. 6 bulan kawin, dah biasa kan diri beli barang banyak cenggini. heh
Happy Shopping! Baru puas hati kan?..
tapi sejak kawin ni la wieya merasa tengok shopping barang macam ni.
Apapun sayang la kat suami kite :*
------------------------------------------------------------------
Lepas shopping, suami ajak makan..
walhal baru pukul 11 pagi camtu. Apa lagi, wieya memang suka makan.
Terus ajak suami makan burger kat Marry Brown. 
sebab ni first time makan dan nak merasa dekat Marry Brown.
Dengan- dengan mak mertua makan burger pagi tu ;)
Sebab lepas tu weouls cadang nak buat laksa! So tak ada la lunch nasi.

Sedapp la jugak burger nya. Tapi mushroom soup tak boleh lawan Kenny rogers.
Thanks abang..untuk segalanya ^___^

wieya dan mak mertua. happy tummy!

Selesai makan, weouls pun balikla dengan senang hati.
wieya terus masuk dapur sediakan ikan dan rebus laksa.
Suami banyak membantu. Rupanya wieya baru tahu yang suami suka kan laksa.
Yang penting kuah pekat dengan isi ikan. nyumsss.
*terbayang-bayang kuah laksa buat sehari sebelum Ramadan*

Ok selamat berpuasa semua! Itu saja nak cerita.
yang penting puas hati dapat masak untuk suami sendiri.
Syukur Alhamdulillah. Duduk dengan keluraga mertua kena banyak mengalah
dan bertolak ansur. Sedar tak sedar dah 6 bulan hidup dengan keluarga belah suami.
Apapun Allah dah rancang yang terbaik untuk wieya dan suami. Syukurr
:)

12 comments:

  1. Woaaahh , saya belum lagi shopping mopping ni kak :p

    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa @emma diana :)
      Nanti shopping tau..hehe

      Delete
    2. Shopping Emma kene tggu husb gaji la nampak nya 25hb nanti heheh ,

      Delete
    3. heheh..xlama dah tu ;) boleh la shopping barang kan @emma diana..Shopping barang nak buat kuih raya pulak..

      :)

      Delete
  2. Salam Ramadan sis.. Reen baru follow blog sis. Follow back..? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramdan jugak buat @Maman Reen :)
      Terima kasih follow ye..

      Delete
  3. Beli stok sebulan senang budget ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul @Mrs. A :)
      Senang dan budget dan best shopping sebulan buat stok..hee

      Delete
  4. moment paling best bila nk release stress n penat keje adalah shopping..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..memang betul sangat @Nabila Syifa :)
      Shopping paling best kan..

      Delete
  5. Bestnya akak. Bukan senang tau nak betul2 ngam dan mesra dengan mertua ni. Suka tengok family kak Wieya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik @Fatin Liyana :)
      Memang susah kan..tapi alhamdulillah..boleh ngam dan mesra ;)

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi