Thursday, 30 June 2016

Kuih Siput versi Resepi Mudah :)

Assalamualaikum..
Puji-pujian hanya padamu ya Allah :)
Boleh dikatakan dua minggu kebelakangan ni wieya
dan encik suami serta mak mertua sibuk buat biskut raya.
Alhamdulillah, banyak jenis jugak biskut yang kami teruja nak buat.
Tak kira la biskut lama atau kuih baru..hikss.
Yang penting buat sendiri tu yang lagi lagi puas hati.

Tahun ni tak sangka dapat buat banyak jenis. Selalunya di rumah mak ayah wieya
sempat buat dalam dua ke tiga jenis je dek kekangan masa sebab bekerja.
Tahun ni dah bergelar suri rumah tangga dan tinggal pulak di rumah mertua
alhamdulillah, weouls tiga beranak rajin pulak buat biskut raya, ngee

Yang bestnya sang suami wieya pun turut serta mengadun tepung dan menguli.
Memang wieya hepi sangat buat biskut raya tahun ni ;)
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih siput..

Bahan-bahan untuk dikisar
Cili kering - 10 biji
Bawang besar- 4 ulas
Jintan putih/ Jintan manis -terpulang nak sedikit ke banyak
Rempah kari- 4 sudu makan
Pati Santan- RM2.00
Garam dan Perisa- Secukup rasa
Daun kari- Beberapa tangkai

Bahan-bahan :
Marjerin / Planta
Tepung Gandum

Cara-caranya adalah..
Masuk kan tepung sebanyak 1kg dengan margerin. Gaulkan.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan bagi sebati.
Pati santan tadi dikacau dengan sedikit garam dan perisa, kemudian di masukkan
dalam adunan tepung tadi. Dan uli nya sehingga tepung tak melekat di tangan. Siapp!

Tepund sedia untuk di gintil menjadi siput ;p
Taraaa!! siput comels je asah bakat bertahun tak main gintil tepung..haha
dan inilah hasilnya kuih siput-siput wieya yang cecomel, sedia untuk digoreng bersama
daun kari yang kita sediakan dia awal-awal tadi :)

Selamat mencuba,,Yeay esok suami dah start cuti raya. Bestnya lahai...
Oooo balik kampung..Oooo Balik kampung hati riang,,
Tahun ni raya di rumah mak ayah wieya dulu. Dan seterusnya begitu la bergilir-gilir
Maklum la dah duduk rumah mertua kena balik kampung sendiri. Baru syok.

6 comments:

  1. wah,, kuih siput, sy ada buat jugak 2 2 hari lepas, tp malas lak nk tulis entry psl resepi kuih siput.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. @Wan Nabihah pun ada buat jugak ke..feveret kan makan kruk krak kruk krak..

      hehe..wieya pun sbb malas la menaip pasal kuih siput ni ;p haha

      Delete
  2. I bought it already huahuahua =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..beli pun okey :)
      tapi nak puas hati..buat sendiri..hee @Eeiou_

      Delete
  3. Oh baru tau camne buat kuih siput.. Selama ni tau makan jer.. Agak mudah juga bahan2nya..
    Thanks for sharing.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome @LZ-the blog Owner ;)
      mudah je nak buat kuih siput ni..nak ngn tak nak je buat nya..hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi